Monday, January 16, 2023

KETURUNAN DARI NUR-I-MUHAMMAD

Riwayat ini adalah dari Kaab Al-Akhbar, yang dikenal sebagai Abu Ishaq. Kaab adalah seorang ulama dari kalangan orang Yahudi dan selama kehidupan Rasulullah s.a.w yang diberkati, beliau tinggal di tanah Yaman. Beliau tidak beriman dengan Baginda s.a.w selama hidup Baginda tetapi setelah Baginda wafat di masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq atau menurut pendapat lainnya semasa Umar Al-Khattab barulah beliau memeluk Islam. Beliau juga ada meriwayatkan beberapa hadith yang telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Baginda s.a.w yang mulia. 

Sunday, January 1, 2017

SAYYID ASH SHALAWAT (SULTAN ATAU PEMIMPIN DARI SEMUA SELAWAT)

Keutamaan Sayyid ash-Shalawat Grandsyekh Syarafudin Daghestani qs (Sultan Salawat). Mawlana Syekh Muhammad Hisyam Kabbani (q). 24 Maret 2012 - Fenton Michigan USA. Bismillahir Rahmaanir Rahim.

Saturday, September 3, 2016

SATU KALI ZIKIR SIRR SEBANDING DENGAN 35 JUTA ZIKIR LISAN

Jika Asma Allah diucapkan sekali saja dengan lisan, itu disebut zikir (mengingat) lisan, namun jika Nama Allah diingat dengan hati, maka itu akan sebanding dengan dengan tiga puluh lima juta ucapan-ucapan (zikir) lisan. Itulah zikir hati atau zikir sirr. Ada 35 juta pembuluh darah dalam tubuh, dan semua terhubung ke jantung. Jika Nama Allah diucapkan bahkan sekali saja (dengan hati) maka semua yang mengalir mengucapkan juga. Rasulullah saww bersabda, “Wahai Abu Dzarr! Berzikirlah kepada Allah dengan zikir khamilan!”, Abu Dzarr bertanya : “Apa itu khamilan?” Sabda Rasul : “Khafi (dalam hati)” (Mizan al-Hikmah 3 : 435)

ZIKIR FIDA

Zikir Fida adalah zikir untuk memohon kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka, baik untuk diri sendiri ataupun diperuntukkan pada orang lain yang telah meninggal. Adapun kalimat zikir Fida itu bermacam-macam diantaranya:

MENCINTAI ORANG SOLEH

Mencintai orang-orang soleh, orang alim adalah amat dituntut. Dampingilah orang alim. Kasihi mereka kerana mereka akan membawa kita kepada Allah swt. Membawa kita ke jalan Allah, bersama orang-orang soleh. Sesungguhnya mereka adalah Khazanah yang tidak ternilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tadah lah ilmu daripada mereka sementara Allah masih belum memanggil mereka kembali , Kerana semenjak akhir-akhir ini semakin ramai ulama tua yang pulang ke Rahmatullah. 

MADAH HAKIKI

Zahir Insan Memandang Jasmani 
Batin Insan Merenung Rohani 
Syariat Menutup Zahir Hakiki 
Hakikat Terkandung Batin Sirrusirri 

CINTA SESAMA INSAN

Cinta Sesama Insan Adalah Tangga Menggapai Cinta-Nya. Diriwayatkan pernah Syeikh Junaid Al-Baghdadi Rahimatullah merasa gelisah saat berkhalwah di rumahnya. Beliau bingung dan tidak tahu mengapa jiwanya demikian, walau berzikir dan solat tapi tidak juga dapat tenteramkan dirinya. Lalu beliau merenung dan berfikir , adakah Allah telah murka padaNya? Beliau kemudian menangis dan bertaubat di sepanjang malam, namun rasa kegelisahan tidak juga hilang dalam jiwanya.

JASAD PULANG BERSAMA RUH

Ayahku jenis tak campur dan sibuk hal orang. Asyik duduk di surau kecik yang aku bina khas untuk dia menghabiskan masa tuanya. Solat dan puasanya tak pernah tinggal, tapi ada satu perkara yang aku kesal. Bila aku nak hantar dia pergi menunaikan haji ke Mekah, dia kata, “Tak payahlah, Kau hantarlah emak kau sorang jer pergi”. Aku bertanya lagi, kenapa? Dengan mudah jer dia jawab, “Setiap malam abah pergi”. 

RIJALUL GHAIB

Rijalul Ghaib ramai yang menyangka bahwa ianya adalah dari bangsa Jin. Sedangkan sebahagian ulama menggelarinya untuk arwah para solihin dan malaikat yang membantu para mukminin dalam perjuangan dakwahnya. 

NAFSU AMMARAH

Dunia ni bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia sebenarnya adalah mencintai penderitaan. Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.