Showing posts with label Tassawuf. Show all posts
Showing posts with label Tassawuf. Show all posts

Saturday, September 3, 2016

MENCINTAI ORANG SOLEH

Mencintai orang-orang soleh, orang alim adalah amat dituntut. Dampingilah orang alim. Kasihi mereka kerana mereka akan membawa kita kepada Allah swt. Membawa kita ke jalan Allah, bersama orang-orang soleh. Sesungguhnya mereka adalah Khazanah yang tidak ternilai yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tadah lah ilmu daripada mereka sementara Allah masih belum memanggil mereka kembali , Kerana semenjak akhir-akhir ini semakin ramai ulama tua yang pulang ke Rahmatullah. 

MADAH HAKIKI

Zahir Insan Memandang Jasmani 
Batin Insan Merenung Rohani 
Syariat Menutup Zahir Hakiki 
Hakikat Terkandung Batin Sirrusirri 

CINTA SESAMA INSAN

Cinta Sesama Insan Adalah Tangga Menggapai Cinta-Nya. Diriwayatkan pernah Syeikh Junaid Al-Baghdadi Rahimatullah merasa gelisah saat berkhalwah di rumahnya. Beliau bingung dan tidak tahu mengapa jiwanya demikian, walau berzikir dan solat tapi tidak juga dapat tenteramkan dirinya. Lalu beliau merenung dan berfikir , adakah Allah telah murka padaNya? Beliau kemudian menangis dan bertaubat di sepanjang malam, namun rasa kegelisahan tidak juga hilang dalam jiwanya.

NAFSU AMMARAH

Dunia ni bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia sebenarnya adalah mencintai penderitaan. Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.

JALAN TARIKAT TIDAK SESAT

Jangan hanya sebab LEPAT dan WAN HIZAM hangpa pukul rata semua, dok kata ilmu makrifatullah adalah ilmu sesat, semua Tarikat sesat, jalan kerohanian sesat, jalan mengenal diri sesat. Amboihh Syok nya hangpa duk pukul rata noh. 

ROH DAN HATI

Roh asalnya bercahaya. Bila ia masuk dalam jasad, ia jadi gelap disebabkan janin ketika itu menyedut darah dari dalam rahim ibu melalui uri. Itulah sebabnya hati manusia yang lahir asalnya gelap.

Friday, September 2, 2016

WALI MAZJUB-AL-MARHUM SYEIKH ABDULLAH BIN HARUN 1837-199

Kisah Pertemuan Syeikh Mahmud Dengan Sheikh Abdullah Bin Harun.

MEMBELEK-BELEK YANG HAQ

Barangsiapa yang mengenal Allah, maka ia tidak memandang dirinya dan segala sesuatu selain Allah.

HUWA ALLAH

Asalnya Huwa-Allah menjadi Hu-Allah dalam kekosongan sekosong-kosongnya yang ada Hu-Ah. Sesiapa yang benar benar ingin mencari kebenaran hakikat Ke-Tuhanan pasti akan mencari apa rahasia disebalik kalimat 'Dia Allah' (Huwa Allah).

ILMU EMPAT SEGI

Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. 

4 perkataan itu tidak asing bagi mereka yang sedang menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut.

SYARIAT DAN HAKIKAT

Mencintai orang-orang soleh, orang alim adalah amat dituntut. Dampingilah orang alim. Kasihi mereka kerana mereka akan membawa kita kepada Allah SWT. Membawa kita ke jalan Allah, bersama orang-orang soleh. Semoga kita sampai kepada kampung asal kita iaitu kampung negeri akhiratataukampung rahmat. 

DIALAH SEGALA-GALANYA

PEMULA bagi segala yang awal, PENGGERAK bagi segala yang berupaya, PENGAKHIR bagi segala yang bermula, DIAlah ALLAH Maha Atas Segala Sesuatu, yang tidak menyerupai segala sesuatu, tidak tersentuh dengan segala yang dibayang, tidak terlihat dengan segala yang dipandang. Betapa Sucinya ZAT yang Maha Agung bagi setiap kemuliaan penciptaan awal dan akhir, betapa Esanya ZAT yang Maha Sempurna bagi setiap kehidupan dunia dan akhirat.

KIASAN ORANG TUA DULU

Orang-orang tua dulu khususnya mereka-mereka yang mendalami tentang Tasawuf dan Tauhid selalu menyampaikan kepada mereka yang berjalan di jalan makrifat dengan menggunakan suatu Istilah atau Simbol atau Kiasan atau perumpamaan yang bertujuan untuk memudahkan akal dalam memahami hakikat dan makrifat sebelum memasuki Alam Rasa.

RAHSIA ALLAH

Tuhan mentajallikan Cahaya-Nya. Cahaya Tuhan itu bernama Nur. Jadi, Nur itu Cahaya Tuhan. Itulah Rahasia Tuhan. Rahasia Tuhan itulah juga dinamakan Muhammad yang awal dan Nur Muhammad itu juga dinamai titik Nur yang awal. Nur Muhammad sudah “lahir”, baru bersuara. Inilah suara Allah langsung pada Muhammad.

ZIKIR NAFS

Dalam bidang kerohanian, banyak pihak yang membicarakan tentang ZIKIR NAFS. Namun kebanyakannya masih kurang jelas atau kurang faham tentang apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ZIKIR NAFS. Penerangan terperinci tentang ZIKIR NAFS juga amatlah sedikit dan terbatas.

Thursday, September 1, 2016

DUHAI INSAN

Duhai insan...
Allah tidak menciptamu untuk menghukum
Tetapi Allah mencipta untuk berkasih sayang denganmu
Maka segala kesalahan yang dilakukanmu
RahmatNya akan mendahului murkaNya...

PESANAN SULTHONUL AULIYA SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. 

JADIKAN DUNIA SEBAGAI RAHMAT HAI HAMBA NAFSU!

Jangan mengaku-ngaku telah mencapai maqam para rabbani. Kau memuja nafsu, sedangkan mereka hanya menyembah Allah. Dambaanmu dunia, sedangkan dambaan mereka akhirat.

PERJALANAN MENYINGKAP TIRAI SUFI

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.

PEJALANAN SALIK UNTUK MENUJU JALAN BAQA' SULUK ATAU UZLAH

Suluk adalah satu bentuk latihan kerohanian yang bertujuan mengosongkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan memasukkan sifat-sifat yang terpuji ke dalamnya. Berbagai-bagai jenis ibadat dilakukan semasa bersuluk. Bentuk latihan dan ibadat yang terperinci bergantung kepada guru mursyid masing-masing.