(Rasulullah s.a.w mengerjakan haji hanya sekali sahaja seumur hidup Baginda).
Pada bulan Zulkaedah 6 Hijrah (April 628), Nabi Muhammad s.a.w bermimpi menunaikan umrah ke Mekah, lalu mengajak para sahabat untuk menunaikan mimpi tersebut. Maka Rasulullah s.a.w berserta sekitar 1500 sahabat berangkat menuju Mekah, mengenakan pakaian ihram dan membawa haiwan-haiwan qurban. Kaum musyrikin Quraisy mengerahkan pasukan untuk menghalang-halangi, sehingga rombongan dari Madinah tertahan di Hudaibiyah, 20 km di sebelah barat laut Mekah.