Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya.
Zikir nafas itu melalui hubungan nafas yang keluar masuk disertakan zikir ‘Hu Allah’ tanpa diucapkan dengan bibir suara dan hanya menyebutnya di dalam hati sahaja. ‘Hu’ adalah ketika jalannya memasuki nafas seraya mengingati ‘Lailaha illa Hu’ (tiada yang wujud melainkan DIA) di dalam kesedaran hakikat diri. Dan ‘Allah’ adalah ketika menzahirkan nafas seraya mengingati ‘Lamaujuda illallah’ (tiada yang maujud melainkan Allah) di dalam kesedaran syariat diri.
Jangan mengaku-ngaku telah mencapai maqam para rabbani. Kau memuja nafsu, sedangkan mereka hanya menyembah Allah. Dambaanmu dunia, sedangkan dambaan mereka akhirat.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda saw.
Suluk adalah satu bentuk latihan kerohanian yang bertujuan mengosongkan hati daripada sifat-sifat yang keji dan memasukkan sifat-sifat yang terpuji ke dalamnya. Berbagai-bagai jenis ibadat dilakukan semasa bersuluk. Bentuk latihan dan ibadat yang terperinci bergantung kepada guru mursyid masing-masing.
Salamun Alaikum. Bismillah Ar Rahman Ar Rahim. SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat MELAYU di Tanah MELAYU. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada ku yang fakir lagi hina di depan Allah taala. Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana.
Seorang lelaki tua ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepadanya.