(08/04/88 - nizamuddin - mesyuarat malaysia). Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan para sahabat r.a adalah org2 yg paling tawakkal kpd Allah. Manusia ingat dgn ada benda ia boleh membentuk, membina atau memudharatkan seseorang. Benda2 tidak memberi kesan, semuanya datang dari Allah. Kalau dengan benda ada kesan, bumi telan Namrud tetapi keluarkan zam-zam untuk Ibrahim a.s. Untuk seseorang bumi membinasa tetapi bumi yang sama boleh memberi menafaat kepada seorang lain. Bukan bumi yang memberi kesan tetapi yang berbuat demikian ialah Allah s.w.t. Bagaimana Allah membela atau memudharatkan seseorang dengan perantaraan kebendaan bergantung kepada kehendak Allah sendiri. Apabila Allah membuat sesuatu keputusan samada menyenangkan atau menyusahkan seseorang dengan perantaraan kebendaan maka itu semuanya dari Allah. Musuh Allah merancang untuk membunuh Rasulullah s.a.w tetapi Allah tidak mahu ini berlaku.
Showing posts with label Bayan Maulana Umar Palampuri. Show all posts
Showing posts with label Bayan Maulana Umar Palampuri. Show all posts
Sunday, January 4, 2015
BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI
(Mesyuarat Malaysia - 17/08/1992 - Nizamuddin). Allah s.w.t kurniakan upaya kpd manusia. Manusia perlu berusaha. Kaki berjalan, tangan bekerja, mata melihat, telinga mendengar, otak berfikir dan sebagainya. Allah beri pada semua orang sama ada kaya, miskin, pemerintah atau rakyat. Maksud semua manusia berusaha ialah untuk kejayaan dan mengelak dari kegagalan. Tidak semua manusia berjaya tetapi usaha perlu betul. Kalau betul akan berjaya, kalau salah akan gagal. Apakah usaha yang betul? Iaitu sebagaimana yang Allah s.w.t telah sampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan apa yang salah ialah manusia mengikut akal dan nafsu sendiri. Ingatlah! Manusia lemah, tidak akan dapat fikir jalan sendiri. Sesungguhnya kalau ikut petunjuk Allah manusia akan berjaya. Manusia hanya nampak dan faham sedikit sahaja. Banyak perkara yang manusia tidak nampak, tidak tahu dan tidak faham. Malahan, natijah pada tiap-tiap perkara dan usaha sangat sedikit diketahui oleh manusia.
BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI
(mesyuarat malaysia 1994). Kefahaman akan datang bila tuan-tuan lihat, dengar dan fikir dengan penuh talab. Cahaya syurga begitu hebat, di dunia ini umpama api pateri (welding). Silaunya mentenakkan mata. Begitu juga syurga adalah lebih hebat lagi. Rahmat dan azab Allah s.w.t tiada hadnya. Begitu hebat di luar pemikiran kita. Dunia ini merupakan hijab kepada kehebatan akhirat. Untuk menegakkan ini Nabi s.a.w diboikot (dipulaukan) selama 30 bulan di Lembah Muttallib. Hati kita seperti bekas yang kosong, apa yang diisi itulah yang dipanggil seperti secawan teh, secawan kopi dan sebagainya. Dakwah amat khilaf dengan dunia. Dakwah memanggil kepada ghaib tetapi keduniaan memanggil kepada zahiriah.
BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI
(Bayan utk ulamak - pattaya, thailand (1996). InsyaAllah kita akan buat hubungan dgn org awam. Utk menghubungkan diri kita dgn org awam tidak ada jln lain melainkan jln dakwah. Sbb itulah alim ulamak diminta keluar satu tahun supaya berjalan diseluruh negara ini utk buat hubungan dgn org awam. Ulamak adalah utk mengerakkan org awam. Utk mengerak kan org awam kita sendiri kena bergerak tuan2. Macamana org yg membawa kereta, dia membawa kenderaan. Sebelum dia menbawa kenderaan, dia kena belajar membawa kenderaan tadi. Kalau dia tidak belajar membawa kereta dia akan kemalangan. Sbb itulah diminta setahun alim ulamak utk bawa org awam ini. Macamana nak bawa org miskin, macamana nak bawa org2 kaya, macamana nak jumpa pemimpin2. Sbb itulah alim ulamak penting sgt utk dtg pada maksud kenabian ini.
BAYAN MAULANA UMAR PALAMPURI
Pengalaman manusia itu khilaf ttpi kesan amal itulah sebenarnya hakikat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dlm diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah utk tarbiyah badan zahir. Dgn adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta kestabilan wujud dlm kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing2. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila dtgnya maut. Roh tertakluk kpd beberapa keadaan. Pertama, tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kpd doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah spt bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak. Kedua, di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yg sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dgn izin Allah. Ketiganya, seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan akan dibalas (amalan ketika di dunia).
Subscribe to:
Posts (Atom)