Showing posts with label Bayan Maulana Yaakob. Show all posts
Showing posts with label Bayan Maulana Yaakob. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

BAYAN MAULANA YAAKOB

(06/09/1997). Maulana memberitahu rata2 di dunia ini menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta. Oleh itu mrk siang malam telah berusaha utk menambahkan harta. Mereka telah menggunakan perempuan2 mrk dan anak2 gadis utk mengumpulkan harta, dan ada juga yg telah menggunakan kanak2 utk mengumpulkan harta. Semua manusia di seluruh dunia dlm kegelisahan kerana telah meletakkan harta sbg asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia skrg dlm huru-hara, masalah silih berganti, kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Penipuan dan pembohongan berlaku di mana2, rasuah, pencurian, zina, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku. Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan utk mendapatkan harta. Utk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yg betul, iaitu kejayaan bukan pada harta ttpi kejayaan atau kegagalan di tangan Allah s.w.t. Qarun yg bnyk harta tidak berjaya, begitu juga Kaisar dan Kisra yg mempunyai pemerintahan yg besar juga tidak berjaya. Kedai kecil atau kedai besar tidak memberi kesan apa2 ttpi kesan dtg dari Allah s.w.t dgn kudratNya.  

Saturday, January 10, 2015

BAYAN MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/97). Maulana memulakan bayan dengan mengalukan semua karkun lama yang datang dari Malaysia dan mendoakan mereka yang telah dipilih itu diterima oleh Allah s.w.t. Seterusnya Maulana menyatakan karkun lama itu adalah mewakili negeri2 mereka dan karkun2 di negeri mereka sedang menanti sesuatu yang akan dibawa pulang dan disampaikan kepada mereka. Amalan yg dibuat ini mengikut Maulana adalah mirip yang dibuat oleh sahabat Nabi di zaman Rasulullah s.a.w di mana para sahabat telah datang untuk bersohbat dengan Rasullullah. Maulana menasihatkan semua karkun lama yang hadir perlu satu fikir dan jangan berpecah. Fikir yang perlu dibawa ialah bagaimana kebesaran dakwah Rasulullah s.a.w dapat dihayati oleh semua karkun. Beliau mengingatkan karkun lama jangan terperangkap dengan tarikan bazar di luar Masjid Banglawali. Suasana dakwah di Nizamuddin skrg terbentuk adalah hasil pengorbanan dan susah payah org2 lama seperti Maulana Ilyas, Maulana Yusuf dan Maulana Inamul Hassan. 

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(nizamuddin -  06/09/98).  Bila manusia buat usaha ke atas benda, maka benda itu akan menjadi berharga. Sbg contohnya apb manusia membuat usaha ke  atas tanah maka di atasnya akan didirikan bangunan dan rumah. Manusia menganggap itulah kemajuan. Ttpi sebaliknya apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, berbagai keburukan akan keluar dari diri manusia. Oleh itu nabi2 didtgkan kemuka alam utk membuat usaha ke atas diri manusia. Nabi2 tidak membuat usaha keatas benda. Apb usaha ke atas manusia tidak dibuat, manusia tidak mengenal makrifat Allah. 

BAYAN SUBUH MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t telah memberi amalan dakwah kpd umat ini. Umat ini ialah umat dakwah. Umat sebelum ini adalah umat amal. Allah s.w.t telah limpah kurniakan kpd umat ini amalan dakwah di dunia ini iaitu menyeru manusia kpd agama Allah s.w.t dan mereka buat usaha iman. Mereka akan dakwah dan buat kerja iman. Allah s.w.t berfirman, “….ukhrijatlinnas….”, “kamu adalah sebaik2 umat dikeluarkan utk faedah sekelian manusia”. Kamu dilahirkan utk berkhidmat kpd manusia. Kamu bukanlah dijadikan utk diri kamu, anak-isteri kamu, perut kamu semata2 ttpi utk berkhidmat pada seluruh manusia. Memberi makan adalah tggjwb kamu, memberi pakaian adalah tggjwb kamu, membantu org yg perlu adalah tggjwb kamu, memberitahu org jln yg lurus adalah tggjwb kamu, membantu org2 yg ditimpa musibah adalah tgjwb kamu, membantu org lain, menerima tetamu juga adalah tggjwb kamu. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA YAAKOB

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/1999). Tuan2 yg mulia. Kita digalakkan dtg awal utk solat, duduk di saf pertama, dekat dgn imam, luruskan barisan dan berdiri rapat2. Dlm bayan begitu juga, kita cuba duduk depan dan duduk rapat2 kerana limpah kurnia dpd Allah s.w.t akan dtg dgn kadar iman yg ada dlm kehidupan kita. Skrg, sunnah belum lagi diamalkan, kita masih duduk jauh2. Minta tuan2 semua duduk rapat2 lagi. Jgn duduk jauh2. Jgn tinggal langsung tmpt kosong di depan kita. Memanglah suara akan sampai ttpi sunnah masih lagi tertinggal. Sebenarnya pembesar suara ini menghapuskan sunnah. Duduk jauh2 menghapuskan sunnah. Dia fikir dia boleh dengar. Kalau tidak ada pembesar suara, semua ada keinginan dan keredhaan utk dtg dekat2 utk dengar apa yg dikatakan ttpi bila ada pembesar suara, semua org fikir duduk jauh pun tidak mengapa.