Ulangsiar penjelasan Markaz Nizamuddin mengenai kekhalifan dalam soal Amir dan Syura Alami, Mutakab Hadith dan tertib kerja.
Darihal khilaf berkenaan Syura alami - Nizamuddin (Maulana Syamim DB, Markaz Sri Petaling - 7 Disember 2016).
Semata-mata dengan limpah kurnia daripada ALLAH SWT dan dengan kasih sayang ALLAH SWT, ALLAH SWT telah kurniakan pada kita satu usaha yang besar, satu usaha yang agung, usaha kurun pertama iaitu usaha dakwah. Bukan kita yang meletakkan diri kita di dalam usaha ini tapi ALLAH SWT yang pilih kita dan letakkan kita dalam usaha ini. Siapa yang ALLAH SWT kehendaki, ALLAH SWT pilih, ALLAH SWT istiqamahkannya dan dengan sebabnya tersebar agama dan manusia dapat hidayat. Bila ALLAH SWT berkehendakkan, macam mana ALLAH SWT berkehendakan untuk sisihkan dia, maka Allah akan sisihkan dia bila2 masa sahaja dan ini tidak akan memudaratkan ALLAH SWT dan tidak akan mengurangkan sedikit pun khazanah ALLAH SWT.