Tuesday, January 19, 2016

KISAH IMAM AL GHAZALI DENGAN SEEKOR LALAT

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’i (450 H –505 H) atau lebih kita kenal sebagai Imam Al Ghazali atau Al Ghazali, adalah seorang Guru Sufi, filosof dan teolog muslim Persia (Iran), yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak dalam berhujjah, sehingga ia digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati kerana keluasan ilmunya. Banyak sekali karya besarnya, antara lain : Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama) ygmerupakan karyanya yang terkenal; Kimiya as-Sa’adah (Kimia Kebahagiaan); Misykah al-Anwar ; Maqasid al-Falasifah; Tahafut al-Falasifah; Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul; Mi`yar al-Ilm; al-Qistas al-Mustaqim serta Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq dlsb.

CERITA TENTANG IMAM ABU YAZID AL BUSTAMI

Berikut ini sebuah cerita dari Bayazid Al-Busthami, yang insha’Allah, dapat kita ambil pelajaran daripadanya; Di samping seorang sufi, Bayazid juga adalah pengajar tasawuf. Di antara jamaahnya, ada seorang pelajar yang juga memiliki murid yang banyak. Pelajar itu juga menjadi guru bagi jamaahnya sendiri. Kerana telah memiliki murid, pelajar ini selalu memakai pakaian yang menunjukkan kesalihannya, seperti baju putih, serban, dan wewangian tertentu.

PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT RENDAH PALING BAWAH

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar roh suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab dengan Allah. 

PERMATA YANG INDAH

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata. “Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, solat itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

MANISNYA BUAH MENJAGA LISAN

Lisan merupakan salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada kita. Lisan merupakan anggota badan manusia yang cukup kecil jika dibandingkan anggota badan yang lain. Akan tetapi, ia dapat menyebabkan pemiliknya ditetapkan sebagai penduduk surga atau bahkan dapat menyebabkan pemiliknya dilemparkan ke dalam api neraka.

JALAN DINAUNGI DI DUNIA DAN AKHIRAT

Firman Allah dalam Surah Az-Zumar Ayat 9: ”Engkaukah Yang lebih baik atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.”

ILMU MENGENAL "DIRI"

PENGENALAN: Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendirinya tanpa ada sesuatu yang menghidupkannya?

MENGHADAPI MUSIBAH CARA SUFI

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani qaddasAllahu sirrahu mengatakan: “Ketika seorang hamba diberikan musibah, maka pertama kali di dalam hatinya akan terbetik tentang pertolongan dari dirinya sendiri. Jika dia tidak dapat menyelamatkan dirinya dari musibah itu, dia akan minta tolong kepada sesama makhluk seperti raja, pemimpin, orang-orang yang mempunyai kedudukan dan kekayaan, ahli-ahli ilmu jiwa dan ahli pengobatan.

KEWALIAN SYEIKH ABDULLAH BIN HARUN (1837 - 1993)

Kisah Pertemuan Syeikh Mahmud Dengan Sheikh Abdullah Bin Harun. Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah yang Allah s.w.t sembunyikan kewaliannya. Masyarakat setempat menganggap beliau orang gila pada hal beliau merupakan salah seorang Auliya’ yang besar yang sentiasa karam di dalam memandang kebesaran Allah. Beliau seorang yang majzub. Menurut Syeikh Mahmud, Syeikh Abdullah Bin Harun adalah seorang Ahlullah berpangkat Imaman. Syeikh Mahmud mengetahui tentang Syeikh ini melalui seorang bekas pengikut Syeikh Mahmud yang bernama Hj. Abdul Rahman. Beliau telah menceritakan kepada Syeikh Mahmud tentang beberapa orang yang telah beliau temui termasuklah Syeikh Abdullah Bin Harun.

KISAH KETABAHAN UMMU SULAIM (RA) YANG MENAKJUBKAN

Berikut adalah kisah Ummu Sulaim (nama asli: Rumaiso') yang menakjubkan di mana dia begitu bersabar saat ditinggal mati anaknya. Lihat kisah ini dan galilah pelajaran menarik di dalamnya. Suatu ketika anak Ummu Sulaim jatuh sakit. Ketika itu suami Ummu Sulaim, Abu Tolhah keluar bersafar, lalu puteranya tersebut meninggal dunia. Ummu Sulaim berkata pada keluarganya, “Jangan beritahu Abu Tolhah tentang anaknya sampai aku yang memberitahukan padanya.”