Friday, January 15, 2016

BAGAIMANA ILMU DI ANGKAT DAN KEJAHILAN TERSEBAR

Oleh: Ust Iqbal Zain

Rasulullah s.a.w bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

“Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus dari hamba-hamba-Nya, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga apabila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Bukhari)

KELIRU, ADAKAH INI YANG DINAMAKAN MAKRIFATULLAH

Di atas IzinNya dan RahmatNya. Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat. Sedikit perkongsian buat renungan bersama secara umum. Sempurna makrifah pada kaedah usuluddin ialah apabila seseorang itu dapat membezakan antara Qadim dan Muhaddas (Allah dan hamba). Selagi seseorang tidak dapat membezakan dirinya dengan Allah dikhuatiri dia akan mensyirikkan Allah pada sifat yang tidak layak bagi Allah. Sempurna makrifah pada kaedah fiqih ialah apabila seseorang itu mampu menetapkan hukum-hukum dalam Islam dan dengan pengetahuan itu dapat dia beramal dengan khusyuk dan tawadduk, tertib sesuai dengan syarat dan rukun dalam peribadatan. Sempurna makrifah pada perjalanan keruhanian (tasawwuf) ialah apabila seseorang mengenal Allah dengan ilmu, mata hatinya sehingga tidak terhijab baginya pandangan zahir kepada yang batin dan pandangan batin kepada yang zahir.

BOLEHKAH KITA MELIHAT ALLAH?

Boleh atau tidak adalah bergantung kepada "persepsi" cara mana kita mentafsirkan soalan di atas. Persepsi itu pula, boleh jadi boleh, boleh jadi tidak boleh atau boleh jadi tidak boleh dipersepsikan langsung! Soalnya, yang mana satu yang melihat? Mata atau Penglihatan?

ANTARA WALI MAJZUB DAN ORANG GILA

Memandangkan saya sendiri masih lagi tidak mengerti tentang istilah "jazbah"atau "majzub" yang banyak diperkatakan dalam kitab-kitab Tasawwuf dan perbezaan di antara wali majzub dan orang gila, maka terdetik dalam hati saya untuk membuka beberapa lembaran kitab al-Fatawa al-Fathoniyyah bagi al-Alim al-Allamah al-Mufassir al-Lughawi al-Nawhi al-Mu'arrikh Syeikh Ahmad al-Fatani al-Makki al-Fatani, wafat 1325H.( Beliau ialah guru bagi Tok Kenali,Tok Selehor, Tok Kemuning, Tok Bachok, Tok Pulau Ubi, Tok Guru Kok Geting, Tok Bermin dll.) Kitab ini mengandungi fatwa-fatwa Syeikh Ahmad al-Fatani dalam 3 cabang ilmu(Usuluddin,Fiqh dan Tasawwuf). 

KARAMAH TOK KENALI

Banyak cerita tentang karamah Tok Kenali sudah diselit-selitkan secara tidak langsung dalam tulisan ini namun masih banyak lagi kejadian pelik yang benar-benar berlaku ke atas diri Tok Kenali sebagai seorang wali Allah itu. Antaranya adalah seperti berikut: Tok Kenali membenci amalan jahiliah berlaga kerbau yang masih menjadi kegemaran orang zaman itu. Satu hari, riuh-rendah orang ramai berpesta meraikan kemenangan kerbau laga milik Tok Deramin. Kerbau itu dipakaikan baju berhias. Kebetulan bertembung dengan Tok Kenali, lalu beliau bertanya, “Kenapa dipakai-pakai macam ni?” Orang di situ menjawab secara mempersenda, “Kerbau itu panas.” Tok Kenali pun membalas jawapan itu dengan berkata, “Biar dia panas.” Dan pada malamnya rumah Tok Deramin termasuk bangsal kerbaunya terbakar hangus.

JANGAN TINGGALKAN ZIKIR

DI dalam al-Quran Allah SWT bahawa Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Kerana itu, ingatlah (berzikirlah) kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.” (Surah al-Baqarah [002], ayat 152).

MATI TAPI HIDUP

Ada orang yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati. Ada yang bertanya, “Kenapa ziarah maqam Aulia? Sedangkan mereka tiada memberi kuasa apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah!” Habib Umar bin Muhammad bin Salim Al-Hafidz menjawab: Benar wahai Saudaraku aku juga sama pegangan dengan mu bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan aku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada Cinta Tuhan. Tapi aku juga hairan, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi Ahli Dunia, mereka juga tiada kuasa apa-apa. Malah mematikan hati. Yang hidupnya mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa pada Cinta Tuhan.

BEKAL ROHANI PARA PEMBURU MAKRIFAT

Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani mengatakan: “Wahai kaumku! Kalian harus berusaha mencapai titik komitmen yang kukuh dalam beribadah kepada Allah. Sebab, Dia mendatangi mereka yang berdiri dengan taat di hadapan-Nya”. Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Ketika seorang hamba berdiri berlama-lama di hadhirat Tuhannya, dan dengan penuh kepatuhan melaksanakan solatnya, maka dosa-dosanya jatuh berguguran, seperti daun-daun kering yang jatuh dari pepohonan pada hari ketika angin bertiup dengan kencang. Dan, ketika seorang hamba bersikap tulus dan taat kepada Tuhannya, maka dosa-dosanya berguguran dan dibersihkan dari dirinya, baik dari luar (zahir) maupun dari dalam (batin). Kalbunya akan dipenuhi dengan cahaya, dan wujud terdalam (sirr) menjadi suci dan tenang.”

MATI SEBELUM MATI MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan, “Wahai hamba Allah, sadarilah bahwa engkau hanya sebatas diberi harapan. Maka, jauhilah segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla dengan kalbumu sehingga engkau dapat dekat kepada-Nya. Matilah engkau sebelum mati. Matilah engkau dari dirimu dan makhluk. Sungguh telah diangkat berbagai hijab dari dirimu dan Allah Azza wa Jalla.”

10 ADAB DALAM MENUNTUT ILMU : PANDUAN DARI IMAM AL GHAZALI

Dalam penulisan agung “Ihya Ulumuddin” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.