Sunday, August 21, 2016

FIKIR & ZIKIR

Dua kunci yg membuka rahsia ilmu Allah ialah Fikir (tafakkur) yg merupakan pintunya dan juga Zikir yg merupakan gerbangnya. “Bertafakkur sesaat lebih baik dpd beribadat setahun”. Tafakkur ialah ketika akal minda kita merenung, menumpukan, memusatkan daya fikir dgn mendalam sehingga akal fikir kita mampu mencapai titik penyemadian fikiran dalam menghening cipta sesuatu renungan. 

TAHAP, DARJAT, MAQAM YAKIN DALAM MENGENAL ALLAH

Ilmul Yaqin iaitu kita kenal Allah dgn ilmu. Ainul Yaqin iaitu kita kenal Allah dgn diri. Haqqul Yakin iaitu kita kenal Allah dgn Allah. Rasa Ilmul Yaqin melalui kitab2, belajar berguru dgn bimbingan guru mursyid murabbi yg arif billah yg mahir dgn kaedah tazkiah nafsu berpandukan kitab ilmu tasawwuf yg sahih. Ini kaedah mengenal Allah dgn ilmu. 

MEMAHAMI RASA KETUHANAN

Bukan kita jadi Tuhan atau sama dengan Tuhan. Diri makrifat sebenarnya ialah roh kita. Allah menjadikan diri kita yang zahir (jasad iaitu sifat) dan batin (roh iaitu zat). Roh kita ialah zat diri kita yang sebenarnya semntara jasad kita ialah sifat diri kita. Hakikatnya roh kita ialah zat diri kita sebenarnya yang diciptakan Allah untuk menyembah zat yang Maha Esa iaitu Allah. 

MENCAPAI MAKAM HAKIKAT DI DALAM SOLAT

Solat adalah pembersihan jiwa raga tertinggi, setinggi2 makam makrifat seorang hamba dalam mengenali dirinya. Semakin tinggi seorang hamba mendekati Allah, semakin hampir Allah dengan hambanya. Di dalam solat, ruang kalbu menjadi luas sehingga kalbu mampu menerima rahsia2 yang melimpah. Lalu cahaya2 pun bersinar terang. Apabila cahaya menyinari kalbu maka kalbu akan menjadi lapang, terbuka untuk memerima berbagai ilmu dan makrifat. 

DIAM ADALAH KUNCI MAKRIFAT

Bismillahhirrahmannirrahim. Nasihat dari Ibnu Arabi bahawa diam ialah anak kunci yang membuka pintu makrifat. Wahai Murid !!! Bila kamu hendak berjalan menuju ke jalan ahli makrifat atau ahwal, seharusnya kamu atau siapa pun mengikuti hal-hal sebagai bantuan menuju jalan kebahagiaan kerana makrifat ialah pengetahuan hakiki tentang Allah dan ahwal ialah keadaan rohani atau ciri orang yang telah mencapai makrifat. Salah satu jalan menuju makrifat ialah DIAM. 

HAKIKAT DIAM

Hakikat diam sebenarnya ialah ibadah tingkat tinggi yang mendatangkan pahala kepada pemiliknya yang sentiasa memelihara lisan lidahnya. Sabda Nabi: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari no 6018 dan Muslim no 47). Sabda Nabi: “Barang siapa yg dapat memberi jaminan kepada ku (utk menjaga) apa yg dia antara dua janggutnya dan dua kakinya maka aku berikan kepadanya jaminan masuk syurga”. 

HAKIKAT HIKMAH HAKIKI SYURGA YANG TIDAK KESAMPAIAN

Setiap kali selesai bersilat, rutin hidup manusia ialah taat berdoa, memohon kepada Allah dgn sepenuh pengharapan, diampunkan segala dosa-dosa, diterima segala amalan2 ibadah, dimatikan dalam khusnul khatimah, dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab serta dijauhkan dari azab siksa api neraka. 

MANUSIA (INSAN) ITU ADALAH RAHSIA ALLAH

Insan Sirrullah, insan rahsia Allah. Kita hidup menanggung rahsia Allah yang merupakan janji amana diri kita kepada Allah semasa di alam roh. Telah bersediakah rohani kita untuk menunaikan janji amanah diri kita kepada Allah apabila ditanya Allah tentang janji amanah diri kita di dunia ini. 

BUKALAH PINTU TAUBAT

Siapa sebenarnya membuka pintu taubat untuk kita? Allah atau kita sendiri? Adakah roh kita turut serta menangis bersama jasad hati? Setelah pintu taubat kita telah dibuka, ada satu lagi pintu yang wajib kita buka iaitu segala pintu amal untuk menabus segala dosa-dosa. Setelah beramal, berikhtiar, berusaha dan berdoa, bertawakal serta yakin memohon kepada Allah atas rahmat dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga dan tiada batasan, kepada setiap makhluk bernyawa yang sentiasa bersyukur kepadanya di seluruh alam semesta dari alam roh sehingga ke alam syurga. 

PESANAN PARA WALI

Ketika berhimpunnya para fakir2 suci di sebuah perjumpaan para wali, Berkatalah Sultan Aulia yg digelar wali Qutub pemimpin para wali : "wahai fakir2 dijalan rohani berzuhudlah kamu pada dunia krn dunia itu menipudaya. Bukan disini tujuanmu, kampung akhirat itulah tempat abadimu. Cintai Allah sepenuh jiwa ragamu. Kasihi Rasulullah dan ulama arifbillah. Buangkan kebesaran makhluk dari hatimu. Besarkan Allah dlm puji dan sanjungmu. Bertaubatlah atas dosa kelalaianmu dan jgn mengulang2i kedosaan itu stlh engkau sadar dan beradaplah terhadap Tuhanmu.