Wednesday, January 13, 2010

SUMPAH SETIA MELAYU BUGIS

جكالاو توان كڤد بوڬيس
توانله كڤد ملايو
دان جكالاو توان كڤد ملايو
توانله كڤد بوڬيس
دان جكالاو موسوه كڤد بوڬيس
موسوهله كڤد ملايو
دان جكالاو موسوه كڤد ملايو
موسوهله كڤد بوڬيس
مك بارڠسياڤا موڠكير
دبينساكن ALLAH SWT سمڤأي انق چوچوڽ

KURIK KUNDI

Syoknya layan lagu "Kurik Kundi” pagi-pagi ni. Saya memang kagum dengan kekayaan bahasa MELAYU kita. Teringin hidup zaman lepas ketika bahasa MELAYU klasik digunakan secara meluas. Sungguh indah tak kira dari segi pertuturan, menegur, menasihati dan semualah. 

AYAH KEPADA TAN SRI DATO MUHYIDDIN

Ayah kepada Tan Sri Dato Muhyiddin ni bukan calang-calang orang, Ayah beliau yang bernama Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad ni adalah seorang Tokoh Ulama terkenal di Muar Johor. 

KESULTANAN SAMUDERA PASAI

Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasulullah Saw, Baginda bersabda pada segala sahabat, “Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, Maka segeralah kamu pergi ke negeri itu. Bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi. Tetapi ada seorang fakir di negeri Mu'tabari namanya, kamu bawa ia berserta kamu”.

KEUNIKAN SENI BINA MELAYU

Masjid Ulul Albab adalah masjid yang diperbuat menggunakan kayu cengal tanpa menggunakan paku, Masjid ni terletak di Seberang Jerteh, Terengganu. Senibina ini menjurus kepada senibina MELAYU berciri Islam. Masjid ini boleh menampung 1500 jemaah pada satu masa. Kos pembinaan masjid ini sebanyak RM12.3 juta di atas tapak seluas 2 hektar bagi menggantikan masjid lama yang uzur dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

LANGKAH SEMBAH

Langkah sembah bermaksud ibu segala permainan atau ibu kaedah bagi silat. Baik zahir mahupun batin, hakikat atau makrifat. Bukan pandai-pandai buat atau suka suka buat melainkan setiap gerakan ada makna dan rahsia tertentu. 

RENJER SARAWAK - THE HEADHUNTER TERBAIK DI DUNIA

Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Ranger) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer. Antara kejayaan dan pengiktirafan:

MENGAPA INDONESIA TIDAK MEMPUNYAI SULTAN?

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang MELAYU dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga MELAYU di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang MELAYU Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

SILAT JURUS TAUHID INSAN

Gerak Silat atau Jurus yang tiada berdiri atas Tauhid Ihsan, maka ia tiada kekuatan Ilahiah tetapi hanya kekuatan yang berasaskan zahiriah semata-mata seperti latihan fizikal, gerak langkah, tenaga dalam, khadam wirid dan lain-lain.

HAKIKAT KERIS

Miliki keris bukan untuk berperang
Tapi sebagai ruh jati diri bangsa
Yang berpegang teguh
pada Agama dan adat budaya