Thursday, August 25, 2016

BERSEDIH DENGAN KEMATIAN ULAMA

Dalam kitab Tanqih al-Qaul, al-Imam al-Hafidz Jalaluddin bin Abdurrahman bin Abubakar as-Suyuthi menuliskan dalam kitabnya sebuah hadis bahwa Rasulullah Saw. bersabda:

وقال عليه الصلاة والسلام: {مَنْ لَمْ يَحْزَنْ لِمَوْتِ العَالِمِ، فَهُوَ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ} قالها ثلاث مرات

“Barangsiapa yang tidak sedih dengan kematian ulama maka dia adalah munafik.”

CORAK TASAWWUF IBNU ATHA’ILLAH

Corak pemikiran Ibnu Atha’illah dalam bidang Tasawuf sangat berbeza dengan Para Tokoh Sufi yang lain. Ia lebih menekankan nilai Tasawwuf pada Makrifat. Adapun pemikiran-pemikiran tersebut adalah seperti berikut:

CARA MEMILIH MAJLIS ILMU DAN GURU

Al-Habib Ali bin Abdur Rahman Al-Jufri berkata: Diceritakan ada seorang penuntut ilmu kebingungan dalam mencari guru pembimbing ke jalan Allah SWT di mana ia dihadapkan dengan dua pilihan majlis ilmu yang keduanya dalam kebenaran. Majlis ilmu yang pertama mengajarkan al Quran & Sunnah, begitu juga dengan majlis yang kedua, turut mengajarkan al Quran & Sunnah.maka penuntut ilmu tersebut meminta tolong kepada seorang alim untuk memilihkan majlis ilmu yang tepat untuknya dari dua pilihan yang sulit tersebut.

MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH SWT

Apabila hati sudah dalam keadaan bersih, maka hati akan memancarkan cahayanya. Cahaya ini dinamakan Nur Qalbu. Nur Qalbu ini akan menerangi akal sehingga akal dapat berfikir jernih dan merenung tentang hal-hal keTuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Perenungan yang dilakukan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menybdari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya sendiri.

NILAI SEORANG MURSYID

Bergabung dengan kalangan sufi adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorangpun terbebas dari aib dan kesalahan kecuali para Nabi. (Imam Al-Ghazali). Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’I dikenal dengan nama Imam al Ghazali lahir tahun 450 H/1058 M di propinsi Khurasan Irak. Beliau mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak dalam berhujjah sehingga digelar sebagai hujjatul Islam. 

IBNU ATHA’ILLAH: JALAN MEMPEROLEH MAKRIFAT

“Apabila Allah telah membukakan salah satu jalan makrifat (mengenal Allah) bagimu, maka jangan hiraukan mengapa itu terjadi, walaupun amalmu masih sangat sedikit. Allah membukakan pintu itu bagimu hanyalah kerana Dia ingin memperkenalkan diri kepadamu.

RAHSIA KEINDAHAN DOA IFTITAH

Ini dia diantara rahsia keindahan doa iftiftah yang sering kita lafalkan ketika menunaikan solat. Lafaz ini menunjukkan bahwa kita mengagungkan Allah dan meminta suatu hal atau hajat kepada Allah kerana hanya padaNya lah kita harus meminta dan memohon.

KELUARLAH DARI SIFAT BASYARIYYAH

"Keluarlah dari sifat-sifat kemanusianmu (sifat buruk dan rendah), semua sifat yang menyalahi kehambaan-mu, supaya mudah bagimu untuk menyambut panggilan Allah dan mendekat kepada-Nya."

KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI

Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.

Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu’. Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. 

KETIKA TERBUKANYA MATA HATI (MAKRIFATULLAH) DENGAN HAKIKAT PANGGILANNYA

اِذَا فَتَحَ لَكَ وِجْهَةً مِنَ التَّعَرُّفِ فَلَا تُبَلِ مَعَهَا اِنْ قَلَّ عَمَلُكَ فَاِنَّهُ مَا فَتَحَهَا لَكَ اِلَّا وَهُوَ يُرِيْدُ اَنْ يَتَعَرَّفَ اِلَيْكَ اَلَمْ تَعْلَمْ اَنَّ التَّعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ وَالأَعْمَالُ اَنْتَ مُهْدِيْهَا اِلَيْهِ , وَاَيْنَ مَا تُهْدِيْهِ اِلَيْهِ مِمَّا هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ .