Tuesday, April 12, 2016

MUTIARA NASEHAT IMAM AL HADDAD

Beberapa untaian nasehat berharga dari shohiburratib Alhabib Abdullah bin 'Alwi Alhaddad, beliau mengatakan : 

عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فِي السِّرِّ وَالْعَلَنْ

Bertakwalah kepada Allah pada hal rahasia dan terang

وقَلْبَكَ نَظِّفْهُ مِنَ الرِّجْسِ والدَّرَنْ

Bersihkan hatimu dari penyakit batin yang menyerang

MEMANDANGLAH ALLAH SWT DENGAN PENUH CINTA

Cinta kepada Allah ini adalah hal yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah berbicara berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalangi cinta kepada Allah dalam hati manusia, dan kita telah berbicara berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu. Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini. Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya. Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain. Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu hal yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai agama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu. Mereka tidak percaya manusia boleh mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia. Kata mereka; maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah saja.

GURU KITA MURSYID HAKIKI?

"Lawlaa murobbi maa 'araftu robbi" (Tanpa Guruku, aku takkan mengenal Tuhanku). Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan, “Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasihatmu.” Ibnu Athaillah as-Sakandari dalam kitab Al-Hikam mengatakan, “Janganlah berguru pada seseorang yang yang tidak membangkitkan dirimu untuk menuju kepada Allah dan tidak pula menunjukkan wacananya kepadamu, jalan menuju Allah”.

PUASA YANG MEMBAWA KEPADA MATI DIRI SEBELUM MATI HAKIKI

Hubungan puasa bagi yang hidup didunia ialah supaya dapat merasakan mati sebelum mati agar dapat mencapai puncak dzauk ma’rifatullah. Ketika Syekh Abu Yazid Al Busthami ditanya : "Dengan apa engkau mendapatkan ma'rifat wahai Syeikh?” Beliau menjawab: "Dengan perut lapar dan badan telanjang”. Sabda Rasulullah : Likulli syai’in babun wa babul ibadah al-shiyam. Ertinya : Segala sesuatu mempunyai pintu dan pintunya ibadah ialah puasa.

PUASA SYARIAT DAN PUASA HAKIKAT

Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.

NIAT-NIAT MASUK KE DALAM RAMADHAN

Para ulama soleh telah mengajar kepada kita niat-niat yang dianjurkan untuk dibuat sebelum masuk kedalam bulan Ramadhan supaya lebih besar rahmat dan ganjaran pahala yang akan diperolehi.  Niat adalah umpama pili air. Semakin besar dan semakin banyak niat yang dibuat maka semakin besar pili rahmat dan pertolongan itu dibuka untuk tercurah kepadanya. Niat yang dimaksudkan disini adalah selain dari niat puasa pada malam hari kerana itu hukumnya wajib manakala yang sedang kita bincangkan ini niat-niat yang berbentuk azam. Antara niat /azam yang dianjurkan ialah ;

RASULULLAH TIDAK PERNAH TIDUR SEBELUM MENCIUM FATIMAH

Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’. Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

MASAMU UNTUK SIAPA

Dalam sebuah hadis qudsi :

يَا ابْنَ آدَمَ ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلَأْ قَلْبَكَ غِنًى وَأَمْلَأْ يَدَيْكَ رِزْقًا . يَا ابْنَ آدَمَ ! لَا تُبَاعِدْ عَنِّي أَمْلَأْ قَلْبَكَ فَقْرًا وَأَمْلَأْ يَدَيْكَ شُغْلًا "رواه [  الترمذي 2466 ]  و [ الحاكم 7926 ] وَقَالَ : صَحِيحُ الْإِسْنَادِ

Allah s.w.t berfirman: "Wahai anak Adam!, luangkan masa untuk  beribadah kepada-Ku, akan Ku penuhkan hatimu dengan kekayaan dan kedua tangan mu dengan rezeki. Wahai anak Adam!, jangan menjauhkan diri dari-Ku, akan Ku penuhkan hatimu dengan kefakiran dan kedua tanganmu dengan kesibukan"

ANUGERAH ZIKIR UNTUKMU KETIKA ALLAH MENGINGATIMU

Allah menganugerahkanmu 3 kemuliaan: 

(1) Dia membuatmu ingat kepada-Nya, dan jika bukan kerana kurnia-Nya, maka engkau tak layak atas melimpahkan dzikir kepada-Nya dalam diri.

(2) Dia membuatmu diingat oleh-Nya, kerana Dia menguatkan hubungan-Nya denganmu.

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah s.a.w sebelum baginda wafat. Rasulullah s.a.w telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid. Maka pada suatu hari, Rasulullah S.a.w meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.a.w