Surau lama yang terbiar dan ditinggalkan ini dahulunya merupakan salah satu institusi pengajian pondok yang terkenal diasaskan oleh Tuan Guru Haji Mahmud Taib Bin Haji Mahmud Ali pada tahun 1910 di Kubang Semang, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Sunday, January 10, 2010
SEJARAH TERCIPTA KITA MENANG DI LAUT CHINA SELATAN
1). Alhamdulillah! Terkini khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia: sejarah baru tercipta apabila para perwira kita baru sahaja menyempurnakan misi ekplorasi di Blok ND2, Lala-1 di Laut China Selatan meski pun diasak hebat kapal-kapal China Komunis sejak lebih lima bulan lalu.
KENALI SARAWAK RANGERS
SOALAN : Saya dari Malaya. Tak pernah dengar pun nama Sarawak Rangers sebelum ini. Kononnya awak nak bangkitkan semangat Sarawak Rangers dalam diri orang-orang Sarawak untuk menentang Malaya. Berikan lima sebab mengapa Malaya mesti takut pada Sarawak Rangers.
DAULAT SULTAN
TULAH ni maksud dia balasan akibat buruk yang akan menimpa seseorang atau kelompok akibat mengingkari perintah Sultan atau keturunan dia yang mempunyai Daulat. "Kesetiaan Kepada Raja" yang termaktub dalam Perlembagaan itu bukannya saja-saja. Ada orang kata Sultan bukan Tuhan, buat apa nak taat perintah Sultan? Baik taat perintah Allah.
WIRID-WIRID ALAM MELAYU
Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikhul Akbar Ahmad Al-Qasyasyi, ulama besar di Tanah Suci di kurun-16.
PEMBINAAN ISTANA MELAKA
Diceritakan bahawa setelah istana kedua Al-Marhum Sultan Mansur Shah terbakar, baginda memberi arahan untuk menyediakan istana yang ketiga dalam masa sebulan. Justeru itu, Bendahara Melaka telah bergegas mengerah tukang-tukang dari 15 sub-etnik Melayu yang berada di Melaka ketika itu.
FIRASAT LAKSAMANA HANG TUAH
Maka Laksamana pun berkata “Hai jurumudi bilangkan Mendam Berahi ini”. Maka dibilangkanlah oleh jurumudi. Maka angin pun turunlah terlalu keras dan ombak pun terlalu besarlah.
THE MAGNIFICIENT 12: KUMPULAN PEGAWAI POLIS YANG TUMPASKAN BOTAK CHIN
Sebuah kumpulan khas yang digelar MAGNIFICIENT 12 telah ditubuhkan oleh DSP Kulasingam yang menjadi perancang utama untuk menangkap Botak Chin. Ahli Magnificent 12 adalah pegawai dan anggota detektif TERBAIK yang dipilih khas bagi memburu Botak Chin. Ia dianggotai Tuan Gilbert Ang, Tuan Gui Poh Choon, Tuan Kenny Woodworth, Tuan Bahwandi Hiralal, Tuan G. Ralingam, Tuan Ong Kim Hock, Sarjan Chong Kam Wah, Koperal Leong See Fook dan empat orang lagi tak pasti siapa namanya.
PEDANG RASULULLAH DARI KEDAH TUA
Di dalam Istana Topkapi di Turki terdapat sebilah pedang milik Rasulullah Saw. Ianya adalah antara pedang yang terbaik kualitinya di masa itu dan merupakan pedang istimewa yang dapat dibezakan dari pedang-pedang lain dari segi pembuatannya berasaskan teknologi pamor keris (teknologi campuran aloi besi) yang juga dikenali sebagai ‘wootz steel’ oleh Barat.
MAT INDERA, PEJUANG ATAU PETUALANG?
Siapa masih ingat dengan kisah Mat Indera? Orang Melayu yang menjadi ketua komunis Bintang 3. Namanya menjadi bualan orang ramai selepas beliau mengetuai komunis untuk menyerang Bukit Kepong. Masih ingat lagi kan peristiwa Bukit Kepong? Sesetengah orang anggap beliau hero dan sesetengah lagi anggap sebagai pengganas.
Subscribe to:
Posts (Atom)