Wednesday, August 31, 2016

DIRI YANG TERTIPU

Ramai yang tertipu dengan amal, lalu mereka menghitung amal bagaikan kanak-kanak yang menghitung nilai wang dinilai dengan bilangan sedangkan ia hanya timbunan duit satu sen sahaja.

PERANGI NAFSU

Perangilah nafsu mu dengan pedang-pedang riadah, iaitu di atas empat jenis: sedikit makan, kurang tidur, kurang bercakap dan menahan diri dari menyakiti.

RAHSIA MAKRIFAT

Amat sukar untuk menjelaskan mengenai hakikat dan makrifat kepada yang hanya membatasi pengajian dan kefahaman dalam mempelajari agama sekadar pada zahir Syariat saja, menghafal ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadist akan tetapi tidak memiliki roh dari pada Al-Qur’an itu sendiri. 

LAILATUL QADAR

Redup sepi malam ini.. 
Nan indah bintang-bintang.. 
Kebisingan terkurung sunyi.. 
Angin sepoi dingin merindu.. 

KEBODOHAN YANG NYATA

Kau tahu nilai dan harga setiap barang Tapi kau tak tahu menilai ruhmu. Itulah kebodohan!

KEMATIAN: SIAPA YANG BERSEDIH PADA HAKIKATNYA?

Seorang Mukmin yang benar

Meyakini ALLAH SWT dan segala firmanNya
Meyakini Rasul dan apa yang disabda Baginda saw
Akhirat adalah tempat tinggal sebenarnya
Dunia adalah tempat ia singgah sahaja

DUHAI DIRI JASMANIKU

Berkata diri Rohani pada diri Jasmani tika mahu menyatu 
Atas perintah TUHAN..
Duhai diri Jasmani ku

KETAUHIDAN BERBICARA

Biar sampai berdetik “ingatan”
Biar sampai kebersamaan “dirasai”
Biar sampai wajahNya “dipandang”
Mahabbah Rasul kunci pembuka

BURUNG DATANG BERSAMA SANGKARNYA DAN PULANG KEMBALI PUN BERSAMA SANGKAR

Dalam pengajian Ma'rifat, Setiap orang yang menuntut ilmu (mengenal Allah), RUH tidak sekali-kali membenarkan jasad tinggal sendirian atau berseorangan didalam tanah.

DUHAI RASULULLAH SAW

Duhai diri yang dibelah dada
Mata ku menangis untuk memandang wajah mu
Namun siapalah aku untuk memandang wajah mu

Tuesday, August 30, 2016

AKU AMAT DEKAT

(Aku itu merujuk kepada Allah, Yakni Allah amatlah dekat dengan kita), 

CINTA SESAMA INSAN ADALAH TANGGA MENGGAPAI CINTA NYA

Diriwayatkan pernah Syeikh Junaid Al-Baghdadi merasa gelisah saat di rumah khalwahnya. Tidak tahu kenapa jiwanya demikian, walau berzikir dan solat tapi tidak juga dapat tenteramkan dirinya. Lalu beliau merenung adakah Allah telah murka padaNya? Beliau kemudian menangis dan bertaubat di sepanjang malam, namun rasa kegelisahan tidak juga hilang dalam jiwanya.

TAUHID HAKIKI

Berdiri Ibrahim as dan puteranya melihat Kaabah Seraya berdoa, Moga ALLAH SWT menerima amal kami. Kaabah adalah simbol kepada Ketauhidan Ibrahimiah. 

DUHAI PERINDU ALLAH

Ingatlah hari-hari tika kita di Alam Lahut dahulu,

KETUHANAN DIRI

Firaun mengaku Tuhan bukan mengaku dirinya sama rupa dengan Dzat Tuhan, tetapi mengaku di atas mempunyai sifat yang sama dengan Allah. Jika Allah ada kuasa, dia juga ada kuasa. Begitu juga sifat yang lain. Tuhan ialah apabila kita meyakini sesuatu itu ada kekuasaan yang sama dengan Allah dan kita amat bergantung pada kekuasaannya.

HAKIKAT SOLAT

Ketahuilah Saudara Ku Sekalian, Solat Itu Bukan Menyembah, Namun Ianya Adalah Berdiri, Menyaksikan Diri Sendiri Iaitu Bersaksi Diri Kita Sendiri Bahwa Tiada Yang Nyata Pada Diri Kita, Hanya Allah. Iaitu Diri Batin (Allah) Dan Zahir (Muhammad) Yang Membawa Dan Menanggung Rahsia Allah SWT.

WALI ALLAH TANPA NAMA DAN TANPA GELARAN

Suatu hari aku bertemu dengan orang gila (Al-majnuni Murokab) tak jauh dari makam seorang wali, Dia duk bercakap seperti sedang berbicara dengan seseorang, dia berbicara seperti ini:

NAFAS

Bagi para Aribillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh, nafas adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini. Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas. Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal. Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.

KETAHUI RAHASIA INI

“Barang siapa tidak mengetahui tetang ilmu pernafasan maka dia tidak akan mengetahui, Syahadat, Istinja, Junub dan Janabat”.

NILAI ROH

Kau tahu nilai dan harga setiap barang.Tapi kau tak tahu menilai ruhmu. Itulah kebodohan!

Kita sering salah dalam menentukan kepentingan dalam hidup. Kita tahu tentang nilai jasad dan benda-benda di sekeliling kita. Kita terlalu mengagung-agungkan jasad dan lahiriah kita. Kita menjaga dan mengangkatnya seolah-olah jasad dan tubuh badan inilah yang utama dalam hidup kita. 

Monday, August 29, 2016

KETIKA ALLAH MENAMPAKKAN ANUGERAHNYA

Syeikh Ibnu 'Athaillah As-Sakandary berkata, "Apabila Allah swt hendak menampakkan anugerah keutamaanNya padamu, maka Allah menciptakan amal bagimu dan mengaitkan amal itu kepadamu." 

WIRID YANG PENUH KEBERKATAN

1- Aurad Qusysyasyi atau Aurad Madaniyah
2- Ratib al-'Attas
3- Ratib al-Haddad

MATIKAN DIRIMU SEBELUM MATI

Apabila kamu ‘mati’ dari makhluk, maka akan dikatakan kepada kamu, “Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu”. Kemudian Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badanniyah. 

KEHIDUPAN TANPA MENGINGATI ALLAH

Tanpa Nafas, Jantung tidak akan berfungsi. Tanpa Zikir Nafas, Qolbu akan Mati. Qolbu akan hidup bila nafas berzikir dengan Ismu Zat Allah. 

TERSINGKAPNYA TABIR HAKIKAT

Alkisah seorang ulama sufi Syeikh Abu Bashir Rahimahullah Ta'ala sedang berdiri berhampiran Ka’bah sambil memandang kepada orang ramai yang sedang bertawaf.

BERSULUK

Bersuluk itu bukan bertapa. Bertapa seorang diri manakala bersuluk itu haruslah dipimpin oleh Guru Mursyid, Kerana Guru Mursyid lah yang menjadi Wasitah bagi menyampaikan salik itu kepada Allah, Guru Mursyid yang akan memantau dan bimbing para salik kerana dialah yang lebih memahami proses dan perubahan seorang salik. 

ZIKIR ITU TIADA BATASAN

"Berzikir dan berselawat tidak dibatasi dengan jumlah, Ianya boleh diucapkan sebanyak berapapun tidak kiralah duduk selepas solat, berdiri mahupun berbaring.”

SATU AMALAN

ZIKIR TAJALLI YANG DIBACA DALAM HATI SECARA ‘SIRR’.


Inilah petua Al-Marhum guruku,

ILMU EMPAT SEGI

Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Empat perkataan itu tidak asing bagi mereka yg sdg menjalani pengajian Mengenal Allah. Pelbagai tafsiran dan penerangan dari Guru-Guru Pembimbing untuk memberi kefahaman berkenaan empat kata tersebut.

SOLATUL DAIM

TIADA SATU NAFAS PUN TERLEPAS DARIPADAKU MELAINKAN DI SITU PULA ADA QADAR YANG BERLAKU DI ATAS MU, karena hakikat nafas itu adalah penyatuan antara pencinta dengan yg dicintai, inilah yg dikatakan makna solat yg berkekalan, sebab solat itu adalah MIKRAJNYA bagi org yg mukmin, maka dari itu ikutilah gerak nafasmu sampai kepada yg dicintai yaitu Allah, inilah peringkat yg terpuji krn pada peringkat inilah yg dikatakan: "SOLATLAH ENGKAU Kepada DIRIMU SENDIRI, Sebab YG ADA PADA DIRIMU HANYALAH PENYEMBAHAN PADA DIRIMU, TIADA LAIN DIRIMU ITU MELAINKAN DIRIKU JUA ADANYA”.

Sunday, August 28, 2016

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK IBADAT

Jangan bangga dengan banyak solat, puasa dan zikir kerana itu semua belum membuat Allah gembira. Apakah perkara yang membuat Allah gembira?

*Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?

DUNIA PENJARANYA MUKMINUN, SYURGANYA KAFIRUN

“Dunia adalah penjara bagi orang-orang yang beriman, dan (dunia adalah) Syurga bagi orang-orang kafir." (HR Muslim). Demikianlah kata-kata bijak yang keluar dari lisan mulia Rasulullah Muhammad s.a.w yang tercatat rapi oleh Imam Muslim rah. Apa sebab hingga dunia dianggap sebagai penjara bagi orang-orang yang beriman? Dunia merupakan penjara bagi orang-orang yang beriman kerana mereka yakin akan kekalnya kehidupan akhirat, sehingga mereka lebih memilih untuk “memenjarakan” nafsu duniawi.

BERSUCI ADALAH SEPARUH KEIMANAN, SABAR ADALAH CAHAYA

Dari Abu Malik al-Harits bin Ashim al-Asy'ari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Bersuci adalah separuh keimanan dan Alhamdulillah itu memenuhi timbangan, SubhanAllah dan Alhamdulillah itu dapat memenuhi atau mengisi penuh apa-apa yang ada diantara langit-langit dan bumi. 

HINANYA DUNIA, AKAN JADI MULIA JIKA KITA

Oleh : Ziyad Abu Irsyad

Seperti namanya dunia itu rendah. Dalam kamus bahasa Arab, "dunia" diambil dari kata danaa - yadnuu yang berarti qaruba, dekat atau dani-u yang berarti rendah. Memang dunia itu pada hakekatnya bernilai rendah, itu fakta yang sebenarnya dimana banyak manusia atau umat Islam khususnya yang tidak mengetahui dan menyadarinya. Sehingga, mereka salah dalam menilai dunia itu sendiri, kerana salah menilai itulah menyebabkan mereka juga salah memilih. 

TUTUP MATA HATIMU

Tutup mata hatimu dari melihat segala sesuatu selain Allah. Selagi mata hatimu masih melihat semua itu, maka kurnia Allah dan kedekatan kepada-Nya tidak akan terbuka bagimu. Oleh kerana itu, tutuplah semua itu dengan kesedaran bertauhid kepada Allah, mem-fana’-kan diri kamu dan dengan ilmu kamu. Setelah itu, akan terbukalah mata hatimu untuk melihat Allah Yang Maha Besar. 

KENALILAH TUHAN YANG MENGUJI MU

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” SubhanAllah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. 

LILLAHI TA`ALA

Segugus idea diilhamkan daripada Tuhan mendetikkan hati ini untuk berkomunikasi maya dalam blog ini. Lintasan hati mengenai perbincangan “LiLlahi Ta`ala” berlegar-legar di kotak minda, mendesak jari-jemari untuk menari bersama papan kekunci laptop, menumpahkan idea-idea yang barangkali semacam satu bentuk koreksi dan muhasabah kita bersama. 

DEFINISI KASYAF MENURUT ULAMA TASAWUF

Meluruskan faham terhadap pengertian Kasyaf (Bukanlah Ahli Tasawwuf dan Ahli Tareqah beribadah semata-mata mencari Kasyaf). Sayyid berkata: “Firasat secara etimologi bererti ketetapan dan penglihatan. Sedangkan menurut istilah ahli hakikat, firasat bererti terbukanya keyakinan dan menyaksikan yang ghaib (Sayyid, Ta’riffat as-Sayyid, hlm 10). Ibnu Ujaibah berkata: Firasat adalah fikiran yang menyerang hati, atau sesuatu yang nampak di dalamnya. Biasanya dia tidak akan salah, apabila hati itu bersih. Dalam hadis disebutkan:

MAKRIFATULLAH ITU ANUGERAH ATAU HIDAYAH ALLAH

Makrifat itu kurniaan Allah semata. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui belajar kepada Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui membaca dan mendalami Kitab atau Buku Para Ulama. Ada yang dikurniakan Makrifat melalui mimpi. Ada yang dikurniakan Makrifat kerana rajin mengerjakan amalan wajib dan amalan sunnah. 

HAFAL QURAN 30 JUZ DAN HADlTS TAK MENJAMIN MANUSIA MENDAPAT HIDAYAH MEMELUK ISLAM

Kisah nyata ini di tuturkan Habib Quraisy bin Qosim Baharun, Cirebon, dr kisah perjalanannya th 1996. Kala itu pesawat melintasi daratan Afrika. Diantara penumpangnya Habib Quraisy dan ibu Tua sekitar 65-70 tahun berpenutup jilbab di sebelahnya. “Dimana asal Anda?” Tanyanya. Tahu Habib Quraisy orang Indonesia, dia mengajaknya berbahasa Indonesia dan amat fasih pula. Ibu Tua itu tersenyum bijak sambil berkata “Saya ‘Alhamdulillah’ menguasai sebelas bahasa dan 20 bahasa daerah”. Ibu Tua mulai mengupas pembahasan Al Qur’an dg indah dan mahir.

Saturday, August 27, 2016

BERDOSAKAH BANGLA YANG MEMETIK BUAH TANAMAN KITA LALU DIMAKANNYA?

Seorang orang kampung saya bercerita, "Dua tiga orang Bangla yg lalu di tepi rumah saya, memaut ranting buah rambutan dan makan. Tak minta, main ambik saja, macam harta bapa depa." 

Saya cuba jawab masalah ini sekadar yg saya tahu dan kongsi dengan anda semua, moga bermanfaat. Harta seseorang itu ada 3 peringkat pemilikannya:

SEJARAH TASAWUF: 'ABU MADYAN'

Barangkali bagi kita yg menetap di kawasan Asia Tenggara tak banyak mengenal wali besar kawasan Barat yg bernama Abu Madyan tersebut, kerana pengaruh Syekh Abdul Qadir Jailani yg hidup sezaman dengannya lebih dominan di sini. Sesungguhnya Abu Madyan adalah salah satu tokoh penting dalam sejarah Tasawuf yg membentuk lanskap ruhani di kawasan Maghribi.

TAFAKKUR

Tafakur ialah proses menggunakan akal fikiran disertai hati untuk memahami maksud dari sesuatu perkara. Ia adalah satu proses untuk membuka pintu kefahaman terhadap sesuatu perkara. Tafakur sejenis dari zikir dan ia lebih tinggi darjatnya kerana zikir diumpamakan seperti proses menginstall software , sementara tafakur pula ialah berfikir bagaimana untuk mengaplikasikannya agar tercapai maksud dari penginstallan software.

PERINGATAN SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata di dalam Kitabnya 'Futuhul Ghaib':

"Mengapa kamu merasa sombong dengan perbuatanmu sendiri, bangga dengan dirimu sendiri dan mengharapkan ganjaran sambil mengatakan bahawa semua ini adalah kerana kekuatan yang dikurniakan Allah kepadamu, pertolongan-Nya dan izin-Nya?

SUSUR GALUR SANAD TAREKAT NAQSABANDI

Susur jalur sanad Tarikat Naqsabandi Khalidi, Syeikh Abdul Wahab Rokan dari Nabi Muhammad s.a.w. Asal-usul Syeikh Abdul Wahab Rokan. Syeikh Abdul Wahab Rokan lahir dengan nama Abu Qosim, setelah menunaikan ibadah haji ia berganti nama menjadi Haji Abdul Wahab. Sedangkan tambahan nama Rokan menunjukkan bahwa ia berasal dari wilayah Sungai Rokan. 

CIRI KHAS KAUM SUFI DARI ETIKA

Keadaan dan ilmu yang membezakan mereka dari ulama yang lain. Syeikh Abu Nashr as-Sarraj rah berkata: Hal pertama yang merupakan ciri khas kaum Sufi yang membedakannya dari Ulama yang lain setelah mereka boleh melakukan semua kewajiban dan meninggalkan larangan, adalah meninggalkan hal-hal yang tidak dianggap perlu dan penting, memutus semua hubungan yang hanya akan menghambat/menghalang antara mereka dengan apa yang diinginkan dan dituju. Sebab yang menjadi maksud dan tujuannya tidak lain adalah al-Haq, Allah Azza Wa Jalla.

MENCARI HIKMAH DI SEBALIK DUKA DAN DERITA

Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya. Namun, seperti mana penyakit, ia hadir ke dalam kehidupan seseorang melalui pelbagai jalan. Kita tidak mencari penyakit, tetapi jika ia datang juga, kita akan sabar dengan mengharapkan pahala dan keampunan Allah. Walaupun penyakit itu tidak digemari, tetapi betapa ramai insan yang menghampirkan diri kepada Allah kerana penyakit yang menimpanya. 

BERSANDAR DIRI HANYA KEPADA ALLAH

“Salah satu tanda bergantungnya seseorang kepada amalnya adalah kurangnya raja’ (harapan terhadap rahmat Allah) tatkala ia mengalami kegagalan (dosa).”

MENGENAL ALLAH SWT

AWALUDIN Makrifatullah Artinya : Awal agama mengenal Allah.

LAYASUL Solat ILLA BIN Makrifat Artinya: Tidak sah solat tanpa mengenal Allah swt.

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Artinya: Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.

ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA Artinya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami,kami menjadi saksi.(QS.AL-ARAF 7:172)

DIBUKANYA PINTU MAKRIFAT

“Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk Makrifat (mengenal padaNya), maka jangan menghiraukan soal ilmumu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu melainkan Dia akan memperkenal diri kepadamu. Tidakkah kau ketahui bahwa Makrifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepadamu, sedang amal perbuatanmu hadiah daripadamu, maka dimanakah letak perbandingannya antara hadiahmu dengan pemberian kurnia Allah kepadamu.”

Friday, August 26, 2016

HADITH: BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA IBARAT PINTU SYURGA YANG PALING TENGAH

Menziarah seorang kawan yg kematian ibunya yg dijaga selama ini,dia berbisik kepada saya masa bersalam, "Telah hilanglah pintu syurga dirumah saya." Saya hanya mengucap takziah dan menyantuninya dg ajakan untuk bersabar. Apakah maksud pintu syurga dirumahnya telah hilang? Ini satu perkataan orang berilmu, orang yg mengetahui.

BEBERAPA AMALAN HATI

NIAT - satu makna dengan keinginan dan maksud. Tidak sah dan tidak diterima suatu amalan tanpa disertai niat. Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu tergantung pada niatnya dan seseorang hanya akan mendapatkan apa yang ia niatkan." (HR Muttafaq ‘Alaihi)

REZEKI YANG SUDAH DITETAPKAN

“Kesungguhanmu mengejar apa yang sudah dijamin untukmu (oleh Allah) dan kelalaianmu melaksanakan apa yang dibebankan kepadamu, itu merupakan tanda butanya basyirah (mata batin).”

TIGA SIKAP YANG HARUS DIJAUHI

Diriwayatkan dari Nabi SAW, beliau pernah bersabda: “Siapa yang pada pagi harinya mengeluh kesulitan hidup maka dia sama dengan mengeluhkan Tuhannya. Siapa yang pada pagi harinya bersedih kerana urusan dunia maka dia pada pagi hari itu telah membenci ketetapan Allh SWT. Siapa yang merendahkan diri pada orang kaya kerana pada kekayaannya, sungguh telah hilang dua pertiga dari agamanya (ketaatanya).”

BUTA MATA HATI

Kita dapat melihat benda disekitar kerana ada cahaya, kalau siang ada cahaya matahari dan kalau malam ada cahaya bulan atau lampu. Tanpa cahaya maka penglihatan kita tidak berfungsi sama sekali. Namun demikian, pada orang-orang tertentu yang cacat matanya (buta) walaupun diberi cahaya terang benderang tetap tidak dapat melihat apa-apa, tetap berada dalam kondisi gelap gulita.

MELENYAPKAN AKUAN DIRI

Bagi setiap ahli-ahli thorikat hendaklah tahu bahawa untuk kita menggapai kejayaan maka kita hendaklah menjalani proses-proses melenyapkan akuan diri yang menyebabkan rosaknya pegangan kita terhadap Allah s.w.t kerana akuan diri yang tidak benar atau palsu akan menjatuhkan kita kedalam lembah syirik kepada Allah. Apakah itu akuan diri?

JANGAN TERGESA-GESA BERSANGKA BURUK

Suatu ketika, seorang Sufi yang masih muda datang dengan maksud ingin berguru kepada Abu Said Abul Khair, seorang Guru Sufi yang terkenal kerana ‘karamah’nya dan gemar mengajar Tasawwuf di pengajian-pengajian. Rumah Guru Sufi itu terletak di tengah-tengah padang pasir. Ketika Sufi Muda itu tiba di rumahnya, Abul Khair sedang memimpin Majlis Pengajian, di tengah-tengah para muridnya. Sewaktu Abul Khair membaca Surah Al-Fatihah. Di tiba pada ayat:

LANGKAH PERTAMA MENGENAL DIRI

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahwa mengenal diri adalah kunci mengenal Allah, hal ini sesuai dengan ungkapan "Man 'arafa nafsahu 'arafa rabbahu' (Barangsiapa mengenal dirinya, ia mengenal Rabbnya). Dan, Allah berfirman, "Akan Kami tunjukkan ayat-ayat Kami di dunia ini dan dalam diri mereka agar kebenaran tampak bagi mereka.” (QS 41: 53)

KISAH SUFI

Carilah ulama yang benar anakku, yang hidup dan ibadahnya tidak mengharapkan syurga. Dikisahkan ada seorang Pemuda Ahli Maksiat yang mencari cari Ulama untuk jadikan Gurunya. Sang Pemuda mencari Ulama sebab ibunya sebelum wafat berwasiat 'Carilah Ulama Yang Benar anakku yang hidupnya tidak mengharapkan Syurga tetapi takut akan Neraka’.

KALAM WALI

Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati waliNya itu rasa ingin mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.

Thursday, August 25, 2016

BERSEDIH DENGAN KEMATIAN ULAMA

Dalam kitab Tanqih al-Qaul, al-Imam al-Hafidz Jalaluddin bin Abdurrahman bin Abubakar as-Suyuthi menuliskan dalam kitabnya sebuah hadis bahwa Rasulullah Saw. bersabda:

وقال عليه الصلاة والسلام: {مَنْ لَمْ يَحْزَنْ لِمَوْتِ العَالِمِ، فَهُوَ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ} قالها ثلاث مرات

“Barangsiapa yang tidak sedih dengan kematian ulama maka dia adalah munafik.”

CORAK TASAWWUF IBNU ATHA’ILLAH

Corak pemikiran Ibnu Atha’illah dalam bidang Tasawuf sangat berbeza dengan Para Tokoh Sufi yang lain. Ia lebih menekankan nilai Tasawwuf pada Makrifat. Adapun pemikiran-pemikiran tersebut adalah seperti berikut:

CARA MEMILIH MAJLIS ILMU DAN GURU

Al-Habib Ali bin Abdur Rahman Al-Jufri berkata: Diceritakan ada seorang penuntut ilmu kebingungan dalam mencari guru pembimbing ke jalan Allah SWT di mana ia dihadapkan dengan dua pilihan majlis ilmu yang keduanya dalam kebenaran. Majlis ilmu yang pertama mengajarkan al Quran & Sunnah, begitu juga dengan majlis yang kedua, turut mengajarkan al Quran & Sunnah.maka penuntut ilmu tersebut meminta tolong kepada seorang alim untuk memilihkan majlis ilmu yang tepat untuknya dari dua pilihan yang sulit tersebut.

MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH SWT

Apabila hati sudah dalam keadaan bersih, maka hati akan memancarkan cahayanya. Cahaya ini dinamakan Nur Qalbu. Nur Qalbu ini akan menerangi akal sehingga akal dapat berfikir jernih dan merenung tentang hal-hal keTuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Perenungan yang dilakukan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menybdari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya sendiri.

NILAI SEORANG MURSYID

Bergabung dengan kalangan sufi adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorangpun terbebas dari aib dan kesalahan kecuali para Nabi. (Imam Al-Ghazali). Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi’I dikenal dengan nama Imam al Ghazali lahir tahun 450 H/1058 M di propinsi Khurasan Irak. Beliau mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak dalam berhujjah sehingga digelar sebagai hujjatul Islam. 

IBNU ATHA’ILLAH: JALAN MEMPEROLEH MAKRIFAT

“Apabila Allah telah membukakan salah satu jalan makrifat (mengenal Allah) bagimu, maka jangan hiraukan mengapa itu terjadi, walaupun amalmu masih sangat sedikit. Allah membukakan pintu itu bagimu hanyalah kerana Dia ingin memperkenalkan diri kepadamu.

RAHSIA KEINDAHAN DOA IFTITAH

Ini dia diantara rahsia keindahan doa iftiftah yang sering kita lafalkan ketika menunaikan solat. Lafaz ini menunjukkan bahwa kita mengagungkan Allah dan meminta suatu hal atau hajat kepada Allah kerana hanya padaNya lah kita harus meminta dan memohon.

KELUARLAH DARI SIFAT BASYARIYYAH

"Keluarlah dari sifat-sifat kemanusianmu (sifat buruk dan rendah), semua sifat yang menyalahi kehambaan-mu, supaya mudah bagimu untuk menyambut panggilan Allah dan mendekat kepada-Nya."

KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI

Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan.

Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan Sahabat-Sahabat Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu’. Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. 

KETIKA TERBUKANYA MATA HATI (MAKRIFATULLAH) DENGAN HAKIKAT PANGGILANNYA

اِذَا فَتَحَ لَكَ وِجْهَةً مِنَ التَّعَرُّفِ فَلَا تُبَلِ مَعَهَا اِنْ قَلَّ عَمَلُكَ فَاِنَّهُ مَا فَتَحَهَا لَكَ اِلَّا وَهُوَ يُرِيْدُ اَنْ يَتَعَرَّفَ اِلَيْكَ اَلَمْ تَعْلَمْ اَنَّ التَّعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ وَالأَعْمَالُ اَنْتَ مُهْدِيْهَا اِلَيْهِ , وَاَيْنَ مَا تُهْدِيْهِ اِلَيْهِ مِمَّا هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ .

Wednesday, August 24, 2016

MENYAKSIKAN YANG HAQ

Menyaksikan yang haq melalui suasana kedamaian yang datang dari pelepasan segala keduniaan.  Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN

Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat." (Surah Bani Israil, ayat 72). Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada." (Surah Hajj, ayat 46).

RINDU YANG TAK PERNAH BERTEPI

Menurut Imam Al-Ghazali, Allah SWT pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud a.s.: "Wahai Daud! Sampai bila engkau akan menyebut-nyebut Syurga dan tak pernah meminta perasaan rindu kepada-Ku?” Nabi Daud a.s. bertanya:“Siapakah orang-orang yang merindukan-Mu, ya Allah?”

PENGERTIAN WALI SONGO

Istilah Wali Songo terambil dari dua kata - "Wali" dan "Songo". Terminologi "Wali" itu sendiri dalam pengertian bahasa berarti "Lawan" (musuh). Sedangkan pengertian "Wali" menurut ahli hakikat mempunyai dua makna, yaitu barangsiapa yang dipelihara dan dijaga oleh Allah Azza wa Jalla, sebagaimana yang tersirat dalam firman Allah Azza wa Jalla: "Dan Dia (Allah) yang mengendalikan segala urusan orang- orang shaleh (dengan memberikan pertolongan kepada mereka)". 

MENGHADAPLAH HATIMU PADA-NYA DENGAN PENUH TAUHID

Barangsiapa menyembah Allah SWT kerana suatu yang diharapkan daripada-Nya atau kerana merasa dia berbuat dengan sifat taatnya dari sisi taat dia maka akan datang siksa daripada-Nya, maka tiadalah ia berdiri pada haq segala sifat-Nya kerana bahawasanya Hak Tuhan atas segala hamba-Nya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala Sifat-Nya yang Jamilah. 

KALAU ADA RASA, BUKTIKAN CINTAMU

Yahya Ibn Muadz Ar-Razi mengatakan, “Siapa saja yang mencintai Allah, maka ia pasti membenci dirinya". Menurut Yahya pula, siapa saja yang tidak memiliki 3 hal berikut ini, maka itu berarti ia tidak cinta. Pertama, lebih mengutamakan firman Allah SWT dibandingkan dengan ucapan manusia. Kedua, lebih mengutamakan bertemu Allah dibandingkan dengan bertemu makhluk. Ketiga, lebih mengutamakan ibadah daripada berkhidmat kepada makhluk.

TAREKAT MENURUT HABIB LUTHFI BIN YAHYA

Makrifat adalah “mengerti dan mengenal”. Mengerti belum tentu mengenal, tapi kalau mengenal sudah pasti mengerti. Jadi makrifat di sini adalah mengenal Allah Swt., seperti halnya kita mengetahui sifat-sifatNya, baik yang wajib, mustahil dan jaiz. Tapi pengenalan itu baru pondasi. Untuk mengenal lebih jauh kita harus sering-sering mendekati Allah Swt. agar Allah juga mendekat dengan kita. Makhluk Allah banyak yang mengerti tapi tidak mengenal Allah. Dengan ilmu makrifat ini, kita belajar mengenal Allah dan Allah pun akan mengenali kita. Tapi tidak semudah yang kita bayangkan, diperlukan ritual-ritual khusus untuk bisa lebih dekat dengan Allah dan agar kita juga tidak lalai dengan Allah.

PERINGKAT-PERINGKAT MATI SEBELUM MATI

"Matikan diri kamu sebelum engkau mati”

MATI YANG PERTAMA iaitu seolah-olah bercerai Roh dari Jasad, tiada daya upaya walau sedikit pun jua, hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaranNya yaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu adalah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu Tubuh Jasad ini kepada yang menanggung amanah yaitu Rohaniah jua. 

25 TANDA KARAMAH ORANG YANG MENJADI PILIHAN ALLAH DI DUNIA

1. Allah swt sentiasa mengingat dan memuji-muji nama mereka kerana mereka selalu memgingat Allah.

2. Allah swt sentiasa mengucap terima Kasih kepada mereka kerana mereka selalu bersyukur kepada Allah.

3. Allah swt sangat kasih dan cinta kepada mereka. Kerana mereka sentiasa berselawat keatas kekasihnya iaitu Nabi Muhammad saw.

HAKIKAT NUR MUHAMMAD (ASAL KEJADIAN)

(Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani r.a. Maka berkata Shaikh tentang Nur Muhammad (iaitu Hakikat Muhammad) atau ringkasnya asal kejadian. Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredhaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Tuesday, August 23, 2016

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD

Petikan Kitab : Risalatul jam'iyah karya Al Habib Ahmad bin Zain Al Habsyi: Di dalam sebuah Ceramah Al Musnid Al Allamah  Al Arif Billah Al Hafidz Habib Umar bin Hafidz telah menceritakan bahawa Al Imam Hasan As Sadzilisalah satu Ulama Tabi'in pernah bermimpi bertemu Rasulullah saw. 

MENEMPUH JALAN MUQARRABIIN

Syeikh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam: “Hal yang membuatmu kecewa ketika tidak diberi adalah kerana engkau tidak memahami hikmah Allah di dalamnya”. Syekh Abdullah Asy-Syarqawi menjelaskan bahawa jika kau masih merasa kecewa dan sedih kerana tidak diberi oleh-Nya, itu bertanda kau tidak memahami hikmah di balik pemberian Allah. 

LATIHAN ROHANIAH SEORANG SUFI

Menurut Imam Al Ghazali para sufi lah pencari kebenaran yang paling hakiki. Jalan Sufi adalah paduan Ilmu dengan Amal, sebagai buahnya adalah Akhlak. Keistimewaan Para Sufi tidak mungkin tercapai hanya dgn belajar, harus dgn ketersingkapan batin, keadaan rohaniah, serta penggantian tabiat2. Lebih jelasnya menurut Imam Al Ghazali, Tasawwuf adalah semacam pengalaman maupun penderitaan yg sejati. Imam Al Ghazali menyatakan, Para Sufi adalah “org2 yg yg lebih mengutamakan keadaan rohani dpda ucapannya”. Imam Ghazali menghuraikan seluruh pengalaman rohaniahnya dlm karyanya 'Al-Munqidz min al-Dhalal', sedangkan 'Ihya’ ‘Ulumudin' menghuraikan tentang Jalan Tasawwuf. 

SEBUAH KISAH PARA SUFI

Diriwayatkan oleh Syaikh Syamsuddin at-Tabrizi bahwa suatu hari ketika Syaikh Abu Yazid al-Busthami sedang dalam perjalanan menuju Mekah untuk menunaikan ibadah Haji, beliau mengunjungi seorang Sufi di Bashrah. Sufi itu menyambut kedatangan beliau dengan sebuah pertanyaan: “Apa yang anda inginkan hai Abu Yazid?”. Syeikh Abu Yazid pun segera menjelaskan: “Aku hanya berhenti sejenak, kerana aku ingin menunaikan ibadah Haji ke Mekah”. “Cukupkah bekalmu untuk perjalanan ini?” tanya Sang Sufi. “Cukup!” jawab Syaikh Abu Yazid. “Ada berapa?” Sang Sufi bertanya lagi. “200 dirham!” jawab Syeikh Abu Yazid. 

NASIHAT IMAM GHAZALI

Imam Al-Ghazali dalam Kitab 'Al-Mawaizh Al-Ahadis Al-Qudsiyyah' mengungkapkan sebuah Hadis Qudsi, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam! Kerjakanlah seperti yg Ku-perintahkan dan hindarilah apa yg Ku-larang, niscaya Aku jadikan jejak hidupmu abadi. Aku adalah Zat Yang Maha Hidup tak akan pernah mati. 

PETIKAN TAFSIR AL-AZHAR BUYA HAMKA

“Dan janganlah engkau berjalan di atas bumi dalam keadaan sombong”. (pangkal ayat 37 Surah Al Isra’). Marahan kita artikan sombong, yaitu org yg tak tahu di mana letak dirinya. Bersifat angkuh, karena dia telah lupa bahwa hidup manusia di dunia ini hanyalah semata-mata karena pinjaman Tuhan. 

SATU KISAH ZUHUD

Ada kisah kesufian yang diceritakan oleh Ibnu Athaillah As Sakandary tentang seorang Sufi yang hidup kaya raya namun hartanya yang berlimpah ruah itu tidak menghalangnya untuk menjadikan dia seorang zahid. Dalam kisahnya itu Ibn Athaillah berkata: “Seorg Guruku pernah bercerita, bahawa di Maghribi ada seorang Sufi yang hidupnya zuhud terhadap duniawi dan bersungguh2 dlm ibadahnya. Sumber hidupnya hanya apa yg diperolehi daripada memancing. Pada suatu hari, salah seorg murid Sufi ini hendak pergi ke salah sebuah Kota. Maka, berkatalah Sufi tersebut, “Jika kamu sampai di Kota, maka temuilah saudaraku, sampaikan salamku padanya dan mintalah doa. Sesungguh nya dia adalah seorang Wali Allah”. 

KISAH DAN HIKMAH DARI KITAB FUTHUL GHAIB

1). Wahai mereka yang menjadi hamba hawa nafsu mereka! Janganlah kamu mengira bahwa diri kamu masuk ke dalam golongan mereka yang menjadi ahli Allah. Kamu telah menghambakan diri kamu kepada hawa nafsu kamu, sedangkan mereka menghambakan diri mereka kepada Allah swt. Kamu menghendaki dunia, sedangkan mereka menghendaki akhirat. Kamu hanya melihat dunia ini saja, sedangkan mereka melihat Tuhan yg menjadikan langit dan bumi. Kesenanganmu terletak pada mahluk, sedangkan kesenangan mereka terletak pada Allah. Hati kamu terikat kepada Dunia, tetapi hati mereka terikat kpd Allah Yang Maha Agung. 

TUJUH TINGKATAN ZIKIR DALAM TASAWUF

1). Zikir Thawaf: Zikir ini dilakukan dg cara memutar kepala, mulai bahu kiri menuju bahu kanan dgn mengucap Laailahaaillallah sambil sedikit menahan nafas, stlh smpi bahu kanan nafas ditarik lalu mengucapkan illaallah yg dipukul kan kedlm hati sanubari yg bertmpt di 4 lapisan hati di dada sebelah kiri tmpt berdiamnya nafsu lawwamah.

ZIKIR QALBU

Zikir Qolbu disebut juga zikir tersembunyi, zikir khafi, iaitu zikir yg tersembunyi di dlm hati, tanpa suara dan kata2. Zikir ini hanya memenuhi kalbu dgn kesedaran yg sgt dkt dgn Allah, seirama dgn detak jantung serta mengikuti keluar masuknya napas. Keluar masuknya napas yg dibarengi dgn kesedaran akan kehadiran Allah merupakan pertanda bahawa qalbu itu hidup dan berkomunikasi langsung dgn Allah. 

Monday, August 22, 2016

TUHANMU MAHA PENGAMPUN

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawa engkau bangun (solat Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari org2 yg bersama2mu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dgn tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yg terdahulu (dgn memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam solat). 

SIDDIQIN DAN ARIFFIN

Syariat dan Hakikat akan mendidik dan memimpin kita menjadi seorang Insan Kamil yang mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah murni manusia secara suci lagi mulia. Orang seperti itulah yang Allah maksudkan sebagai golongan As Siddiqin atau golongan Al ‘Arifin. Sifat mereka Allah uraikan dalam Surah Al Furqaan ayat 63 - 74, terjemahannya: “Dan hamba2 Tuhan Yang Maha Penyayang (hamba2 yg baik) itu ialah mereka yg berjalan di atas muka bumi dgn rendah hati dan apabila org jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yg mengandung) keselamatan. 

SIFAT ALLAH YANG DIPINJAMKAN

Allah itu bersifat Qadim dan kita bersifat hamba. Namun sebagai hamba, kita diberi sedikit SifatNya dalam menjalani kehidupan sbg manusia. Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, Sama', Basar dan Qidam adalah 7 sifat yang diberi pinjam kpd kita buat sementara waktu. Untuk menggerakkan kita Allah berikan Qudrat, tenaga atau upaya, keupayaan untuk kita bergerak sebagai manusia. Qudrat pula tidak cukup kalau tidak ada Iradat, hasrat atau keinginan, bila dah boleh bergerak dan ada keinginan, boleh dan pasang angan angan apa yg nak dimiliki atau ke mana nak dituju. 

MEMBENCI KERANA AGAMA

Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: Jika terdapat di dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang kepada seseorang, maka telitilah perbuatannya itu berdasarkan Al Qur’an dan Hadis. Jika benci kamu itu sesuai dengan Al Qur’an dan Hadis, maka bergembiralah kamu, kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jika benci kamu itu tidak sesuai dgn Al Qur’an dan Hadis, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu telah mengikuti hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci orang itu kerana terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka berarti kamu tidak berlaku adil dan kamu telah menentang Allah dan Rasul-Nya. 

DALIL DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

SOAL: Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?

JAWAB: Ya jelas ada dalilnya. Masakan doa tidak ada dalilnya. Di dalam al-Quran Allah s.a.w berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kpdKu, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya org2 yg menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". (QS Ghafir:60).

LUASNYA PENGAMPUNAN ALLAH

Sebuah Hadis riwayat Imam Tirmizi: Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Taala berfirman: “Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. 

JANGAN CAMPUR URUSAN ALLAH

Syekh Ibnu Atha'illah mengatakan: “Ingatlah, jangan sampai engkau ikut mengatur bersama Allah. Org yg ikut mengatur bersama Allah spt org yg diutus majikannya ke suatu daerah utk membuatkan beberapa baju baginya. Si pelayan itu pun pergi ke daerah tersebut dan setibanya di sana ia bertanya: “Di mana aku akan tinggal? Siapa yg akan kunikahi?” Dia sibuk dgn berbagai urusan itu sehingga melupakan mengerja kan tugas yg diamanatkan majikannya. 

SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT, MAKRIFAT

Islam adalah iman, ilmu dan amal. Iman adalah persoalan akidah atau ketuhanan. Ilmu dan amal pula, ada yg berbentuk lahiriah dan ada yg berbentuk batiniah atau rohaniah. Bertolak dari akidah, maka timbullah keperluan utk beribadah sama ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Stlh Tuhan dikenali, dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita utk menyembah dan mengagungkanNya dan utk mengabdikan diri kpdNya. Akan terdoronglah kita utk melaksanakan segala suruhan dan meninggal kan segala laranganNya. Akan terdoronglah kita utk patuh dan taat kpdNya. Akan terdoronglah kita utk berjuang dan berkorban krnNya. 

FAHAMILAH TAUHID PARA GURU SUFI

Oleh : Ustaz Iqbal Zain

Imam Al-Qusyairi mengatakan: “Ketahuilah, wahai hamba2 yg dikasihi Allah, sesungguhnya para guru kaum sufi telah membangun kaedah2 ajaran sufi di atas prinsip ketauhidan yg benar. Mereka menjaganya dari bid’ah; mendekatkannya dgn tauhid yg mereka perolehi dari para salaf dan ahli sunnah. Ajarannya tidak mengandungi unsur tasybih (menyerupakan dgn makhluk) mahupun ta’thil (mengabaikan makna). Mereka mengerti apa yg menjadi hak Allah Zat Yang Maha Dahulu. Mereka memahami benar ‘ketiadaan’ yg menjadi karakter dasar makhluk. 

MEMBELA KAUM SUFI, TASSAWUF, TAREKAT

Oleh Habib Ali Al-Jufri

Tasawwuf dan Tarekat: Ada yg tidak senang kpd tasawwuf dan tarekat. Kedua2nya dibenci terus, seboleh2 nya hendak dikuburkan, dihilangkan dari hati umat Islam. Memang ada tarekat yg tersasar dari landasan (melanggar panduan Al-Quran dan Sunnah), namun ada tarekat yang muktabar dan diiktiraf oleh alim ulamak. Kepada mereka yg memusuhi tasawwuf, amat sukat sekali utk menghapuskannya dari umat Islam kerana sbgmn yg dijelaskan oleh Habib Ali Al-Jufri - walaupun ada yg mempergunakan Kalam Ibnu Taimiyah utk mengecam ahli sufi, beliau tetap memuji tasawwuf dan merasa terhormat dirinya memilikki hubungan sanad dengan Imam Abdul Qadir Al-Jailani. 

Sunday, August 21, 2016

FIKIR & ZIKIR

Dua kunci yg membuka rahsia ilmu Allah ialah Fikir (tafakkur) yg merupakan pintunya dan juga Zikir yg merupakan gerbangnya. “Bertafakkur sesaat lebih baik dpd beribadat setahun”. Tafakkur ialah ketika akal minda kita merenung, menumpukan, memusatkan daya fikir dgn mendalam sehingga akal fikir kita mampu mencapai titik penyemadian fikiran dalam menghening cipta sesuatu renungan. 

TAHAP, DARJAT, MAQAM YAKIN DALAM MENGENAL ALLAH

Ilmul Yaqin iaitu kita kenal Allah dgn ilmu. Ainul Yaqin iaitu kita kenal Allah dgn diri. Haqqul Yakin iaitu kita kenal Allah dgn Allah. Rasa Ilmul Yaqin melalui kitab2, belajar berguru dgn bimbingan guru mursyid murabbi yg arif billah yg mahir dgn kaedah tazkiah nafsu berpandukan kitab ilmu tasawwuf yg sahih. Ini kaedah mengenal Allah dgn ilmu. 

MEMAHAMI RASA KETUHANAN

Bukan kita jadi Tuhan atau sama dengan Tuhan. Diri makrifat sebenarnya ialah roh kita. Allah menjadikan diri kita yang zahir (jasad iaitu sifat) dan batin (roh iaitu zat). Roh kita ialah zat diri kita yang sebenarnya semntara jasad kita ialah sifat diri kita. Hakikatnya roh kita ialah zat diri kita sebenarnya yang diciptakan Allah untuk menyembah zat yang Maha Esa iaitu Allah. 

MENCAPAI MAKAM HAKIKAT DI DALAM SOLAT

Solat adalah pembersihan jiwa raga tertinggi, setinggi2 makam makrifat seorang hamba dalam mengenali dirinya. Semakin tinggi seorang hamba mendekati Allah, semakin hampir Allah dengan hambanya. Di dalam solat, ruang kalbu menjadi luas sehingga kalbu mampu menerima rahsia2 yang melimpah. Lalu cahaya2 pun bersinar terang. Apabila cahaya menyinari kalbu maka kalbu akan menjadi lapang, terbuka untuk memerima berbagai ilmu dan makrifat. 

DIAM ADALAH KUNCI MAKRIFAT

Bismillahhirrahmannirrahim. Nasihat dari Ibnu Arabi bahawa diam ialah anak kunci yang membuka pintu makrifat. Wahai Murid !!! Bila kamu hendak berjalan menuju ke jalan ahli makrifat atau ahwal, seharusnya kamu atau siapa pun mengikuti hal-hal sebagai bantuan menuju jalan kebahagiaan kerana makrifat ialah pengetahuan hakiki tentang Allah dan ahwal ialah keadaan rohani atau ciri orang yang telah mencapai makrifat. Salah satu jalan menuju makrifat ialah DIAM. 

HAKIKAT DIAM

Hakikat diam sebenarnya ialah ibadah tingkat tinggi yang mendatangkan pahala kepada pemiliknya yang sentiasa memelihara lisan lidahnya. Sabda Nabi: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari no 6018 dan Muslim no 47). Sabda Nabi: “Barang siapa yg dapat memberi jaminan kepada ku (utk menjaga) apa yg dia antara dua janggutnya dan dua kakinya maka aku berikan kepadanya jaminan masuk syurga”. 

HAKIKAT HIKMAH HAKIKI SYURGA YANG TIDAK KESAMPAIAN

Setiap kali selesai bersilat, rutin hidup manusia ialah taat berdoa, memohon kepada Allah dgn sepenuh pengharapan, diampunkan segala dosa-dosa, diterima segala amalan2 ibadah, dimatikan dalam khusnul khatimah, dimasukkan ke dlm syurga tanpa hisab serta dijauhkan dari azab siksa api neraka. 

MANUSIA (INSAN) ITU ADALAH RAHSIA ALLAH

Insan Sirrullah, insan rahsia Allah. Kita hidup menanggung rahsia Allah yang merupakan janji amana diri kita kepada Allah semasa di alam roh. Telah bersediakah rohani kita untuk menunaikan janji amanah diri kita kepada Allah apabila ditanya Allah tentang janji amanah diri kita di dunia ini. 

BUKALAH PINTU TAUBAT

Siapa sebenarnya membuka pintu taubat untuk kita? Allah atau kita sendiri? Adakah roh kita turut serta menangis bersama jasad hati? Setelah pintu taubat kita telah dibuka, ada satu lagi pintu yang wajib kita buka iaitu segala pintu amal untuk menabus segala dosa-dosa. Setelah beramal, berikhtiar, berusaha dan berdoa, bertawakal serta yakin memohon kepada Allah atas rahmat dan kasih sayang Allah yang tidak terhingga dan tiada batasan, kepada setiap makhluk bernyawa yang sentiasa bersyukur kepadanya di seluruh alam semesta dari alam roh sehingga ke alam syurga. 

PESANAN PARA WALI

Ketika berhimpunnya para fakir2 suci di sebuah perjumpaan para wali, Berkatalah Sultan Aulia yg digelar wali Qutub pemimpin para wali : "wahai fakir2 dijalan rohani berzuhudlah kamu pada dunia krn dunia itu menipudaya. Bukan disini tujuanmu, kampung akhirat itulah tempat abadimu. Cintai Allah sepenuh jiwa ragamu. Kasihi Rasulullah dan ulama arifbillah. Buangkan kebesaran makhluk dari hatimu. Besarkan Allah dlm puji dan sanjungmu. Bertaubatlah atas dosa kelalaianmu dan jgn mengulang2i kedosaan itu stlh engkau sadar dan beradaplah terhadap Tuhanmu. 

Saturday, August 20, 2016

JANGAN BERGANTUNG SELAIN DARI ALLAH

Ketika aku sedang berjalan di lereng gunung, kuterlihat sekumpulan manusia yg menderita sakit. Aku bertanya kepada mereka: "Apakah yg telah terjadi kpd kamu semua?”. Mereka menjawab: "Di dlm tempat suluk yg terletak di sini tinggal seorg yg soleh. 

RAHSIA NUR MUHAMMAD

Apb kita hendak mengenal Diri maka hendaklah terlebih dahulu kita kenal akan Rahsia Nur Muhammad, kerana rahsia Nur Muhammad itulah yang dapat mengenalkan kita kepada Sebenar2nya Diri. Adapun yg bernama diri itu terbagi kpd dua bahagian iaitu yg pertama diri yg zahir dan kedua diri yg batin. Diri kita yg zahir itu, adalah bayang2 diri kita yg batin, yg juga berhuruf dan berkalimah Allah. 

PENGERTIAN TASAWWUF

Islam merupakan agama yg menghendaki kebersihan lahiriah sekaligus batiniah. Hal ini tampak misalnya melalui keterkaitan erat antara niat (aspek esoterik) dengan beragam praktek peribadatan seperti wudhu, shalat dan ritual lainnya (aspek eksoterik). Tasawuf merupakan salah satu bidang kajian studi Islam yang memusatkan perhatiannya pada upaya pembersihan aspek batiniah manusia yang dapat menghidupkan kegairahan akhlak yang mulia. Jadi sebagai ilmu sejak awal tasawuf memang tidak bisa dilepaskan dari tazkiyah al-nafs (penjernihan jiwa). 

WAHDATUL WUJUD DAN WAHDATUL SYUHUD

Salah satu isu-isu besar yang mencetuskan kontoversi dalam dunia tasauf sehingga kini ialah Wahdatul Wujud. Pemahaman dalam konsep ini masih sering diperbincangkan. Kita sering mendengar perkataan Wahdatul Wujud tetapi kurang mendengar orang menyebut perkataan Wahdatul Syuhud. Kekadang kita tidak jelas dan kurang faham apa yang dikatakan Wahdatul Wujud itu. 

TAREKAT SUFI DALAM PANDANGAN SYAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYYAH

Penjelasan Ibn Taimiyah mengenai tarekat sangat penting untuk dikemukakan lebih jauh disini, sebab sekali lagi selama ini ia sering dituding sebagai anti tarekat dan bahkan dijadikan rujukan utama oleh sebagian kecil umat untuk menentang tarekat, padahal Ibn Taimiyah tidak pernah menentang tarekat/tasawuf kecuali yang nyata sekali bertentangan dengan Al-Quran dan al-Sunnah. 

MELIHAT TUHAN

Hadis riwayat Abu Hurairah r,.a bahwa Sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, apakah kami dapat melihat Tuhan kami pada Hari Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda: “Apakah kalian terhalang melihat bulan di malam purnama?” Para sahabat menjawab: “Tidak, wahai Rasulullah”. 

PERJALANAN SUFI

Ada dua jalan yg ditempuh org dlm mencari yg haq dgn masing2 dalilnya: ’Man `arafa nafsahu faqad `arafa rabbahu’ (Barang siapa mengenal dirinya maka pasti dia akan kenal Tuhannya). Dalil ini yang sangat popular dikalangan sufi, meditator , filosofi, teolog. Pada jalan pertama, biasanya dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yg sangat sederhana iaitu ketika ia melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yg membuat nya atau ada yg berkuasa dibalik alam ini, mustahil alam ini ada begitu saja dan alam merupakan jejak2 penciptanya. 

TANDA-TANDA AHLI TASAWWUF

Di antara tanda2 orang Sufi, ialah hendaknya dia bersih dalam kata katanya dan perbuatannya dan gerak gerinya dpd daki daki bahaya bahaya nafsu, akhlak dan dunia dan juga bersih lintasan hatinya daripada debu debu pengingkaran (penentangan) terhadap Allah taala dan mengalihkan pandangannya daripada Allah kepada yang selain Dia. 

WAHDATUL WUJUD (KEESAAN WUJUD)

Bagi ahli sufi ke esaan wujud amat penting difahami karena kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur. Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari2 (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas utk diri kamu sendiri, dgn sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu spt menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini). 

SYEIKH ABU QASIM AL QUSYAIRY

Firman Allah swt.: “Dan janganlah kamu mengusir org2 yg menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki Wajah Nya.” (Q.s. AI An’aam: 52). Diriwayatkan oleh Anas ra., bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan mempekerjakannya.” Seseorang bertanya, “Bagaimana Dia mempekejakannya, wahai Rasulullah?” 

Friday, August 19, 2016

MENGENAL ALLAH MELALUI MAKRIFAT

Makrifat itu bermaksud mengenal, melihat dan memandang Allah. Mengenal Alllah dalam erti kata sebenar, bukan setakat perkhabaran, gambaran atau khayalan, tetapi mengenal secara nyata, terang dan jelas yang tidak berbelah bahagi lagi. Makrifat itu, bukan bermaksud mengenal zat Allah, tetapi bermaksud mengenal wajah Allah. Wajah Allah itu dapat dikenal, dilihat dan di pandang melalui mata hati roh dan melalui naluri rohani diri kita sendiri dan bukannya melalui pandangan akal atau penglihatan mata kasar.

TANDA-TANDA KESUFIAN

Di antara tanda2 orang Sufi ialah hendaknya dia bersih dalam kata2nya dan perbuatannya dan gerak gerinya dpd daki2 bahaya bahaya nafsu, akhlak dan dunia. Dan juga bersih lintasan hatinya dpd debu2 pengingkaran (penentangan) terhadap Allah taala dan mengalihkan pandangannya dpd Allah kepada selain Dia. 

BERSYARIAT SAMPAI MATI SEBAGAI DASAR TASAWUF

Imam Al Ghazali mengatakan: "Ketahuilah bahawa banyak orang yang mengaku, dia adalah menempuh jalan (tarekat) kepada Allah, tapi yg sesungguhnya, yg bersungguh2 menempuh jalan itu adalah sedikit. Adapun tanda org yg menempuh jalan yg sungguh2 dan benar, diukur dari kesungguhannya melaksana kan syariat. 

MANUSIA PADA PANDANGAN HAKIKAT

Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :

a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
b. Manusia itu menanggung Amanah Allah.
c. Manusia itu adalah rahsia Allah.
d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
e. Manusia itu adalah keterpaduan Dua Muhammad menjadi satu.
f.  Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.

ZUHUD ITU DI SINI

Sikap zuhud adalah amalan hati, sangat samar, dalam dan memerlukan kekuatan besar untuk menumbuh kannya. Nabi Muhammad saw bersabda: “Zuhud itu di sini! Takwa itu di sini! Ketulusan (ikhlas) itu di sini!” seraya menunjuk tangan ke dadanya. Orang yang mampu menumbuhkan prinsip2 zuhud dalam kalbunya telah meneguhkan bangunan tauhid yang kokoh. 

REDHA ITU DARJAT TERTINGGI

Pernah dikatakan kepada Yahya bin Mu'az Ar Razi rahimahullah taala: “Bilakah kehidupan orang mukmin itu menjadi baik?”

Jawabnya: “Jika dia redha apa yang datang daripada Allah taala terhadap segala apa yang diqadha'kan dan ditakdirkanNya, terhadap segala apa yang dihukumkan dan ditakdirkanNya”.

Ditanyakan lagi: “Bilakah sang hamba itu menjadi redha  terhadap hal ini?”

PERUMPAMAAN MAKRIFAT

Perumpamaan makrifat itu seperti sumbu pada lampu, dan lampu itu disangkut pada tiang rumah. Selama lampu itu berada di rumah, selama itulah rumah itu akan bercahaya. Barangkali pintu rumah dibuka pula, maka cahaya itu akan menerobos keluar menerangi yang di luar juga. Bicara ahli makrifat itu, memancar cahayanya pada hati hati orang dari kumpulan hati yang bercahaya. 

DIRIKU PERLU DIBERSIHKAN

Diberitakan daripada Abu Yazid al Bisthami rah.: “Aku memandang kepada keadaan peribadatanku, dan aku dapatinya bercampur baur. Kemudian aku lihat kepada diriku dari segi pembersihannya, maka aku dapati kesemuanya terhubung dengan berbagai bagai bala bencana, dan aku dapati tidak sepi daripada disekutukan dengan yang lain, dan aku sudah tahu bahawa Allah taala tidak akan menerima apa yang disekutukan. Maka aku berkata kepada diriku itu: Wahai tempat segala kejahatan! Sudah beberapa banyak kali Allah menyeru kau kepada pentauhidan, tetapi kau tidak memperdulikannya! Maka menjadi keraslah penyakit penyekutuan itu di dalam hatiku. 

ILMU TASAWUF, ILMU HAKIKAT ATAU ILMU BATIN

Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah Ilmu Tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh. Mengapa pula ia juga dikatakan Ilmu Tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan Tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan sofa’ bermakna bersih atau murni.Tegasnya, Ilmu Tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. 

BARANGSIAPA KENAL DIRINYA MAKA KENALLAH AKAN TUHANNYA

Salah satu cara mengenal Allah ialah dgn mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yg sebenar nya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah swt. Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. 

Thursday, August 18, 2016

MUSYAHADAH

Tercapainya musyahadah ini adalah dgn adanya mujahadah dlm beramal. Terjadinya keadaan yg demikian ini apabila seseorg sudah berada dlm maqam fana, yakni penglihatannya hanya ditujukan kpd Allah semata-mata. Karena pada hakikatnya wujud hakiki yg kekal hanyalah Allah, sedang wujud lain tiada lagi. 

KETENTUAN ALLAH DAN KEHIDUPAN MANUSIA

Dalam Kalam Hikmah kedua Imam Ibnu Athaillah Askandary menyatakan: “Kehendak anda kepada tajrid di samping Allah swt mendirikan (meletakkan) anda di dalam asbaab (causes) adalah merupakan syahwat yang tidak nampak dilihat. Kehendak anda kepada asbab disamping Allah mendirikan anda didalam tajrid bererti turun dari himmah (determination) Yang Maha Tinggi”. 

SULUK DALAM TASAWWUF

SULUK berarti memperbaiki akhlak, mensucikan amal, dan menjernihkan pengetahuan. Suluk merupakan aktiviti rutin dalam memakmurkan lahir dan batin. Segenap kesibukan hamba hanya ditujukan kpd Rabb. Bahkan ia selalu disibukkan dgn usaha2 menjernihkan hati sbg persiapan utk sampai kepada-Nya (wusul). 

MENGENAL ALLAH SWT

AWALUDIN MA’RIFATULLAH (Artinya : Awal agama mengenal Allah).

LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT (Artinya: Tidak sah shalat tanpa mengenal Allah).

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU (Artinya: Brgsiapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya).

ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA (Artinya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi (QS.AL-ARAF 7:172).

AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU (Artinya: Manusia itu RahasiaKu dan akulah Rahasianya).

WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN (Artinya: Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat).

ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ (Artinya: Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu).

LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH (Artinya: Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu).