Wednesday, August 24, 2016

25 TANDA KARAMAH ORANG YANG MENJADI PILIHAN ALLAH DI DUNIA

1. Allah swt sentiasa mengingat dan memuji-muji nama mereka kerana mereka selalu memgingat Allah.

2. Allah swt sentiasa mengucap terima Kasih kepada mereka kerana mereka selalu bersyukur kepada Allah.

3. Allah swt sangat kasih dan cinta kepada mereka. Kerana mereka sentiasa berselawat keatas kekasihnya iaitu Nabi Muhammad saw.

4. Allah swt sentiasa membantu untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.

5. Allah swt menjaminkan rezeki yang halal kepada mereka di sana jua mereka berada.

6. Allah swt sentiasa memelihara diri mereka dan menolak segala kejahatan keatas mereka.

7. Allah swt sentiasa permudahkan sesuatu yang baru ditempuhinya.

8. Allah swt anugerahkan kepada mereka dengan jiwa yang cukup tenang dan amat tenteram.

9. Mereka ditinggikan hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.

10. Mereka berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan itu bertaraf hamba.

11. Mereka kaya hati dan kaya jiwanya jika sempit. Mereka tidak juga terkejut jika Allah swt. menganugerahkan kekayaan kepadanya. Jiwa mereka juga tidak terasa susah dan gelisah jika Allah swt. mendatangkan kepada mereka kesempitan, kemiskinan dan kesusahan.

12. Nur Hati mereka bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya, rahsianya dan hikmahnya.

13. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah swt. mengujinya dengan bala yang besar.

14. Allah swt. menganugerahkan keberkatan yang meliputi semua bidang dan permudahkan segala urusannya termasuk dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain lain, sehingga orang lain dapat berbuat demikian sepertinya. Diberkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya. Wajah mereka sentiasa bercahaya, sesiapa memandangnya akan merasa gemar kepadanya dan akan memberi penghormatan kepadanya dengan izin Allah swt.

15. Setiap langkahnya diberkatkan oleh Allah swt. Jarak perjalanan yang jauh Allah swt. pendekkan (permudahkan) sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.

16. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah dibumi ini. Dengan izin Allah swt. Walau pun mereka di beri kemampuan untuk berbuat demikian namun mereka tidak gemar padanya.

17. Mereka mampu membongkar rahsia2 Allah swt. untuk diri mereka dan memberi perunjuk kepada murid2nya.

18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai (muridnya), sehingga jin dan manusia sanggup menjadi khadam kepada mereka demi mengharapkan syafa’at dari Rasulullah dan keberkatan dari Allah SWT.

19. Allah swt. mengabulkan setiap do’a mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah.

20. Allah swt. anugerahkan kepada mereka kasyaf mata hati dan mata zahir.

21. Orang ramai sentiasa tidak membenci kepada mereka kecuali orang2 yang tinggi ammarahnya.

22. Mereka2 ini sentiasa digeruni oleh makhluk2 halus apabila memandang kepadanya.

23. Allah swt masukkan mereka kedalam maqam IKHLAS, hinggakan tiada suatu tuntutan atau imbuhan yang mereka tuntut dari Allah swt.

24. Allah swt sentiasa memelihara mereka dan dianugerahkan kepada mereka maqam REDHA demi Allah swt.

25. Mereka sentiasa ZUHUD dan merasakan diri mereka seumpama mayat yang bakal hancur.

(Almarhum Tok Aqee - Al fatihah).

No comments:

Post a Comment