Monday, January 5, 2015

BAYAN SUBUH SHEIKH ABDUL WAHAB

(28/01/2000 - Tongi 2000). Bila buat usaha iman dan amal, maka Allah s.w.t akan kembangkan agama ke seluruh alam. Usaha kita ialah bawa manusia dgn perasaan kasih sayang, mendirikan mrk di hadapan pintu syurga. Itulah kerahiman dan simpati yg paling besar yg kita boleh buat utk umat Muhammad s.a.w. Org Islam tidak pandang kpd bangsa, negeri, negara, musim, cuaca. Agama Islam adalah utk seluruh alam. Kita kena buat usaha, kita kena ada sifat kerahiman, kasih sayang dan simpati utk setiap manusia di mana sahaja dia berada, apa juga cuaca di negeri dia, semua itu tidak akan membawa kesan kpd kita. Hak umat Baginda s.a.w ialah kita mesti ada perasaan kerahiman dan simpati utk mereka. Itu hak mereka. Kita sbg umat Baginda s.a.w, tggjwb kita ialah pujuk rayu mrk, usaha atas mrk supaya mereka dpt beriman dan beramal soleh dan bawa mrk ke hadapan pintu syurga. 

BAYAN SUBUH SHEIKH ABDUL WAHAB

(07/01/2001 - Tongi 2001). Tuan2 yang mulia. Allah swt telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertggjwb membawa kerja nabi2 ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada org Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertggjwb meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah org Islam yg tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah swt akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih2 lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah swt akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam. 

BAYAN MASYEIKH PAKISTAN - BAI WAHAB

(DAKWAH ADALAH USAHA IMAN ATAS SELURUH MANUSIA) (Tempat: Kebun Jeruk, Indonesia). Berikut adalah beberapa pesanan yg disampaikan oleh Bhai Wahab, Amir Dakwah tabligh di Pakistan, org yg telah lama dlm usaha dakwah Rasulullah s.a.w. 

BAYAN MAGHRIB MAULANA MUSTAKIM

(Malam Markaz Nizammuddin New Delhi). Ketika org dilahirkan di dunia ini, walaupun mereka semua dilahirkan dgn cara yg sama yaitu dari rahim seorg ibu, ttpi mereka dilahirkan dgn membawa status yg berbeda2. Inilah cara Allah memberi pelajaran pada manusia, walaupun mereka lahir dlm keadaan yg berbeda2 ttpi semuanya harus tunduk dgn keputusan Allah jika mau mendapatkan yang namanya kebahagiaan. Semuanya dari yg miskin, yg kaya, yg sehat, yg cacat, semuanya kalau mau mendapatkan kebahagiaan harus ikut cara Allah, yaitu dgn agama, tidak ada cara lain. Utk bisa menjadikan Agama sbg jalan mendapatkan kebahagiaan ini diperlukan Hidayah dari Allah. 

BAYAN MAULANA MUSTAKIM

(18/08/1992 - mesyuarat malaysia 1992 - Nizamudin). Semoga Allah s.w.t terima kedatangan dan tujuan kedatangan kita ke sini. Kita datang ke sini untuk mempelajari kerja agama (usaha kenabian atau usaha dakwah agama Allah s.w.t). Rasulullah s.a.w menerangkan kepada kita, “Apabila Allah hendak memberi kebaikan kepada seseorang, Dia beri orang itu kefahaman di dlm perkara agama”. Apabila Allah s.w.t hendak pilih dan mengguna seseorang hambaNya untuk menjalankan tugas2 dakwah, Dia beri ilmu (Quran dan Sunnah), diberiNya faham kerja2 nabuwwah dan akhlak (sifat-sifat mahmudah). Walau di dunia ini terdapat banyak kuasa dan cara yang batil untuk menyekat usaha hidayah (dakwah), namun ia tidak dapat berbuat apa-apa terhadap apa yang diputus kan Allah s.w.t. 

BAYAN MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 06/09/97). Maulana menjelaskan kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dihubungkan dengan usaha suci murni ini. Jika kita dapat menyempurnakan hak kerja ini pasti sekali lagi Allah s.w.t akan menyebarkan hidayahnya di seluruh dunia seluruh alam. Sesungguh nya Allah s.w.t yang membuat pilihan siapa yang dipilih utk membuat usaha agama. Sebagaimana Allah memilih para nabi dan ambia. Allah s.w.t menurunkan agama yang sempurna adalah untuk menafaat insan. Cara bagaimana untuk membuat usaha juga Allah telah tunjukkan. Semua tertib dan usul datang daripada Allah dan bukan ciptaan manusia atau cadangan manusia. 

BAYAN ZOHOR MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan-tuan yg mulia. Kalaulah Allah s.w.t buka hati kita utk faham apa maksud kita berhimpun di sini dan apakah yg kita akan dpt dgn kita berkumpul di sini, utk maksud yg begitu tinggi, maka tidak akan ada satu org pun yg akan minta utk balik ke rumah masing2. Kita semua akan ada keinginan utk keluar dan keluar dan keluar sehinggalah kita mati dan dikuburkan di mana-mana satu tempat. Inilah sebenarnya asas yang betul dalam membuat kerja ini. Allah s.w.t telah buka fahaman kerja ini kepada para sahabat. Mereka telah faham hakikat kerja ini yg sebenarnya dan dlm hati mereka ada kebesaran, kepentingan dan kemuliaan kerja ini. Tidak ada seorg pun dikalangan sahabat menjadikan harta atau negara sbg asas utk membuat kerja ini. Mereka juga tidak jadikan diri mereka sbg asas utk membuat kerja ini. Mereka telah menjadikan pengorbanan sbg asas dlm membuat kerja ini. Mengorban kan kemahuan dan keinginan mereka, mengorbankan segala takazah2 mereka dan mereka telah tunaikan segala takazah2 agama. Allah s.w.t telah buka fahaman dan kepentingan kerja ini kepada mereka. Mereka telah korbankan segala2nya, korbankan diri mereka, kemahuan dan takazah mereka untuk sempurnakan segala takazah2 agama Allah s.w.t. Mereka telah buat dan tunjuk pada kita macam mana hendak buat kerja ini sebenarnya. Oleh kerana pengorbanan mereka, maka Allah s.w.t telah bangunkan dan telah hidupkan agama di seluruh alam.

BAYAN ASAR MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 05/09/1999). Bila kita dapat usaha atas solat kita dan masa kita sujud kita rasa kita berada di depan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan ampunkan kita. Satu org yg begitu marah dgn kita, kita pergi pegang kaki dia, minta maaf dgn dia, walau macamana marah sekalipun, pasti dia akan maafkan kita. Kita pergi ke masjid, rumah Allah s.w.t, sujud pada Allah s.w.t, pasti Allah s.w.t akan ampunkan kita. Kerosakan yg berlaku dlm keluarga, biasanya kerana anak2. Anak jadi bala, banyaknya harta pun jadi bala kerana kita tidak berada di atas jln yg mana boleh membawa keampunan kpd kita. Utk mendapat keampunan Allah s.w.t, kita kena ikut deen (agama), bukan dunia iaitu jln ‘muhammadurrasulullah’, bukan jln yg lain. Di zaman ini, kalau org pilih agama Musa a.s., ikut betul2 Musa a.s. pun dia akan gagal, kalau dia ikut betul2 agama Isa a.s. pun dia akan gagal. Sudah diiklankan sehingga ke hari qiamat, tidak akan berjaya org yg ikut agama selain dpd agama Muhammad s.a.w. Allah s.w.t berfirman, “Aku telah redha agama Islam sbg agama kamu”. 

BAYAN ZOHOR MAULANA MUSTAKIM

(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 04/09/2000). Tuan2 yg mulia. Alhamdulillah, Allah s.w.t telah ciptakan kita dan hantar kita ke muka bumi ini utk masa yg singkat, masa yg sementara. Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia dlm agama dan bukan di dlm asbab. Jika agama ada dlm kehidupan manusia, maka Allah s.w.t akan buat keputusan kebaikan dlm hidup manusia dan Allah s.w.t akan buka pintu2 berkat dan rahmat dlm kehidupan manusia ttpi sebaliknya bila agama tidak ada dalam kehidupan manusia, sekalipun manusia bermati2an berusaha mengumpul segala asbab, mengumpul segala benda, Allah s.w.t tidak akan memulihkan kehidupan manusia, bahkan hari demi hari manusia bertambah hancur. Bila akan dapat hasil daripada agama? Hasil akan dapat bila agama sendiri ada. 

BAYAN MAULANA MUSTAKIM

(21/08/2001 - sri petaling (Jor KL 2001). Tuan2 yg mulia, Allah s.w.t pandang umat Baginda s.a.w dgn pandangan yg begitu belas rahim. Allah s.w.t maha besar dan disebabkan Allah maha besar, maka ehsanNya adalah juga besar. Tuan2 telah diberi kerja yg besar sebab itulah Allah kata, Dia telah buat ehsan yg besar atas umat ini. Ianya adalah kerja para nabi. Bila nabi Musa a.s berdoa pada Allah minta supaya adiknya Harun dijadikan nabi, Allah ceritakan segala ehsanNya keatas beliau dari beliau lahir hingga hari tersebut. Selepas itu Allah kata, kamu minta nabuwwah utk adik kamu, itupun Allah bagi. Allah telah bagi ehsan yg besar kpd umat ini. Kerana apa? Kerana kerja yg diberi kpd umat ialah kerja yg telah diberi kpd para nabi. Kerja itu adalah kerja khidmat dan umat ini dijadikan utk berkhidmat utk semua manusia. Allah telah jadikan umat ini utk ambil khidmat drp org lain. Umat ini bukan dijadikan utk menyusahkan org lain.