Friday, August 19, 2016

MENGENAL ALLAH MELALUI MAKRIFAT

Makrifat itu bermaksud mengenal, melihat dan memandang Allah. Mengenal Alllah dalam erti kata sebenar, bukan setakat perkhabaran, gambaran atau khayalan, tetapi mengenal secara nyata, terang dan jelas yang tidak berbelah bahagi lagi. Makrifat itu, bukan bermaksud mengenal zat Allah, tetapi bermaksud mengenal wajah Allah. Wajah Allah itu dapat dikenal, dilihat dan di pandang melalui mata hati roh dan melalui naluri rohani diri kita sendiri dan bukannya melalui pandangan akal atau penglihatan mata kasar.

TANDA-TANDA KESUFIAN

Di antara tanda2 orang Sufi ialah hendaknya dia bersih dalam kata2nya dan perbuatannya dan gerak gerinya dpd daki2 bahaya bahaya nafsu, akhlak dan dunia. Dan juga bersih lintasan hatinya dpd debu2 pengingkaran (penentangan) terhadap Allah taala dan mengalihkan pandangannya dpd Allah kepada selain Dia. 

BERSYARIAT SAMPAI MATI SEBAGAI DASAR TASAWUF

Imam Al Ghazali mengatakan: "Ketahuilah bahawa banyak orang yang mengaku, dia adalah menempuh jalan (tarekat) kepada Allah, tapi yg sesungguhnya, yg bersungguh2 menempuh jalan itu adalah sedikit. Adapun tanda org yg menempuh jalan yg sungguh2 dan benar, diukur dari kesungguhannya melaksana kan syariat. 

MANUSIA PADA PANDANGAN HAKIKAT

Pada pandangan Hakikat manusia itu adalah :

a. Makhluk paling sempurna diciptakan Allah.
b. Manusia itu menanggung Amanah Allah.
c. Manusia itu adalah rahsia Allah.
d. Manusia itu adalah umat / keturunan Muhammad.
e. Manusia itu adalah keterpaduan Dua Muhammad menjadi satu.
f.  Manusia itu adalah pentajallian akhir Allah yang paling sempurna.

ZUHUD ITU DI SINI

Sikap zuhud adalah amalan hati, sangat samar, dalam dan memerlukan kekuatan besar untuk menumbuh kannya. Nabi Muhammad saw bersabda: “Zuhud itu di sini! Takwa itu di sini! Ketulusan (ikhlas) itu di sini!” seraya menunjuk tangan ke dadanya. Orang yang mampu menumbuhkan prinsip2 zuhud dalam kalbunya telah meneguhkan bangunan tauhid yang kokoh. 

REDHA ITU DARJAT TERTINGGI

Pernah dikatakan kepada Yahya bin Mu'az Ar Razi rahimahullah taala: “Bilakah kehidupan orang mukmin itu menjadi baik?”

Jawabnya: “Jika dia redha apa yang datang daripada Allah taala terhadap segala apa yang diqadha'kan dan ditakdirkanNya, terhadap segala apa yang dihukumkan dan ditakdirkanNya”.

Ditanyakan lagi: “Bilakah sang hamba itu menjadi redha  terhadap hal ini?”

PERUMPAMAAN MAKRIFAT

Perumpamaan makrifat itu seperti sumbu pada lampu, dan lampu itu disangkut pada tiang rumah. Selama lampu itu berada di rumah, selama itulah rumah itu akan bercahaya. Barangkali pintu rumah dibuka pula, maka cahaya itu akan menerobos keluar menerangi yang di luar juga. Bicara ahli makrifat itu, memancar cahayanya pada hati hati orang dari kumpulan hati yang bercahaya. 

DIRIKU PERLU DIBERSIHKAN

Diberitakan daripada Abu Yazid al Bisthami rah.: “Aku memandang kepada keadaan peribadatanku, dan aku dapatinya bercampur baur. Kemudian aku lihat kepada diriku dari segi pembersihannya, maka aku dapati kesemuanya terhubung dengan berbagai bagai bala bencana, dan aku dapati tidak sepi daripada disekutukan dengan yang lain, dan aku sudah tahu bahawa Allah taala tidak akan menerima apa yang disekutukan. Maka aku berkata kepada diriku itu: Wahai tempat segala kejahatan! Sudah beberapa banyak kali Allah menyeru kau kepada pentauhidan, tetapi kau tidak memperdulikannya! Maka menjadi keraslah penyakit penyekutuan itu di dalam hatiku. 

ILMU TASAWUF, ILMU HAKIKAT ATAU ILMU BATIN

Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah Ilmu Tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh. Mengapa pula ia juga dikatakan Ilmu Tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan Tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan sofa’ bermakna bersih atau murni.Tegasnya, Ilmu Tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. 

BARANGSIAPA KENAL DIRINYA MAKA KENALLAH AKAN TUHANNYA

Salah satu cara mengenal Allah ialah dgn mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yg sebenar nya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah swt. Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar.