Thursday, July 28, 2016

WASIAT BAGI PARA MURID

Syeikh Abul Qosim Al-Qusyairy

Langkah pertama yang harus dijejakkan oleh penempuh (al-murid) tharikat ini, adalah ia harus melangkah di atas jalan kejujuran hati yg benar, agar benar pula membangun yang berdasarkan prinsip yg shahih. Sebab para syeikh berkata, “Mereka terhalang untuk sampai kpd Allah swt. (wushul) disebabkan mereka menelantarkan prinsip2 akidah (al-ushul).”

RAHSIA DI DALAM RAHSIA

Rahsia kepada jasad ialah roh. Rahsia kepada roh ialah Allah. Jasad kita tersembunyinya roh dan roh kita tersembunyinya rahsia Allah. Diri kita sebenarnya menanggung dua rahsia. Pertama jasad menanggung rahsia roh dan kedua roh menanggung rahsia Allah. Roh tersembunyi di sebalik wajad jasad dan wajah Allah pula terselindung di sebalik roh. Untuk mengintai kedua0dua wajah itu, tiliklah ke dalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita kenal dengan rata, insyaAllah kedua-dua rahsia ini akan dapat kita kenal dengan nyata, jelas dan terang. Setelah kita mengenal diri, kita mengenal roh, segala rahsia itu tidak lagi menjadi rahsia. 

ILMU DAN MAKRIFAT

Ilmu menyadarkan manusia akan adanya Allah, sedangkan makrifat membawa manusia kehadirat-Nya. Ilmu diperoleh dgn mencari, mempelajari, menelaah sehingga memperoleh sebuah kesimpulan dan kesimpulan tersebut disebut sbg pengetahuan. Utk mendapatkan ilmu diperlukan panca indera sebagai media penerimanya.  

IMAN ASAS AMANAH

Di dalam Al Qur'an, Allah swt sentiasa menegaskan tentang iman, bahkan panggilan identiti hamba2Nya disebut dengan "Al Mu'minuun" atau "Alladziina aamanuu”. Iman secara bahasa ertinya `percaya'. Dari kepercayaan inilah munculnya sikap atau perbuatan. Seorang pesakit yang percaya kepada doktornya, ia akan patuh dan ikut apa sahaja kata-kata doktor. Ketika doktor memutuskan bahwa "Kamu kena penyakit kanser", ia terus percaya. Begitu juga apabila doktor memutuskan bahwa "Kamu perlu buat pembedahan", ia terus bersiap sedia walau banyak manapun ia mesti membayar kosnya.

TAUHID DAN MAKRIFATULLAH

Menurut Syeikh Ibnu Athaillah As Sakandri, siapapun yang merenung secara mendalam akan menyadari bahwa semua makhluk sebenarnya mentauhidkan Allah s.w.t melalui tarikan nafas yang halus. Jika tidak, pasti mereka akan mendapat siksa. Pada setiap zarah, mulai dari ukuran sub-atomis (kuantum) sampai atomis, yang terdapat di alam semesta terdapat rahsia nama-nama Allah. Dengan rahsia tersebut, semua nya memahami dan mengakui keesaan Allah. Allah SWT telah berfirman; "Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dgn kemauan sendiri atau pun terpaksa (dan sujud pula) bayang2nya di waktu pagi dan petang hari."  (QS. 13:15).

KHAUF - TAKUT KEPADA ALLAH

ABU AL LAYTS RA berkata; "Allah memiliki para malaikat di langit ketujuh. Mereka bersujud sejak Allah menciptakan mereka hingga hari kiamat. Mereka menggigil ketakutan karena takut kepada Allah SWT. Apabila hari kiamat tiba, mereka mengangkat kepala dan berkata, Maha Suci Engkau, kami menyembah-Mu dengan penyembahan yg sebenar2nya”. Itulah firman Allah SWT: Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (QS. An-Nahl [16]: 50). Yakni, mereka tidak berbuat maksiat kepada Allah sekejap mata pun. Rasulullah Saw bersabda; "Apabila tubuh hamba menggigil karena takut kepada Allah swt, dosa2nya berguguran seperti daun2 yg berguguran dari pohon."

ISTIQAMAH DI JALAN ALLAH

Dari Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah RA, ia berkata : 

يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِي حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ 

“Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, suatu perkataan yang aku tak akan menanyakannya kepada orang lain’. Rasulullah bersabda: ‘Katakanlah : Aku beriman kepada Allah, kemudian ber-istiqamah-lah kamu. [HR Muslim]

HIKAYAT DAN FADLILAH RATIB AL- HADDAD

(MANAQIB AL- HABIB ABDULLAH BIN ALWI ALHADDAD)

Abdullah bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad Al-Haddad bin Abubakar bin Ahmad Al-Musrafah bin Muhammad bin Abdullah bin Ahmad Al-Faqih bin Abdurrahman bin Alwi ’Ammil Faqih bin Muhammad Shohib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad AlMuhajir bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-'Uraidhi bin Ja'far Ash-Shodiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Husain bin Fatimah Az-Zahro' binti Muhammad SAW.  Habib Abdullah dilahirkan ke dunia pada mlm Kamis 5 Shafar 1044 H di pinggiran kota Tarim, sebuah kota terkenal di Hadhramaut, Yaman. Beliau bermadzhab Syafi‘i. Nasabnya bersambung sampai kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a, suami Fatimah binti Rasulillah. 

KEROHANIAN ISLAM DAN AHLI SUFI

Sufi adalah perkataan Arab – saf, yang bererti tulen. Alam batin sufi dipersucikan, menjadi tulen dan diterangi oleh cahaya makrifat, penyatuan dan keesaan. Istilah sufi dikaitkan juga dengan bidang kerohanian mereka yang sentiasa berhubung dengan sahabat2 Rasulullah s.a.w yang dikenali sebagai ‘puak yang memakai baju bulu'. Saf, pakaian bulu yang kasar menggambarkan keadaan mereka yang miskin lagi hina. Kehidupan dunia di dalam kesempatan. Mereka berjimat cermat di dalam makanan, minuman dan lain-lain. 

CERMIN HATI KAMU ITU TELAH DI TAKDIRKAN UNTUK MEMANCARKAN RAHSIA2 ILAHI

Sirrul Assrar (Syeikh Abdul Qadir Al Jilani)

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” bisa menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dlm kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau2an terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan2 suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sgt halus, sgt kuat sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?