Thursday, January 14, 2016

TASAWWUF DALAM PANDANGAN AL JUNAID

Dasar-dasar Tasawuf: “Kitab ini iaitu Al-Qur’an adalah kitab paling mulia dan paling lengkap. Syariah kita adalah aturan hidup yang paling jelas dan paling rinci. Tareqat kita, yakni jalan Ahli Tasawwuf, dikuatkan dengan Kitab dan Sunnah. Maka barang siapa belum mendalami al-Qur’an, memelihara Sunnah dan memahami makna-maknanya tidak boleh di ikuti.”

TAREKAT SAMANIYAH - MANAQIB SYEKH SAMMAN AL-MADANI AL-HASANI

MANAQIB SYEKH SAMMAN AL-MADANI AL-HASANI, (Sang Pendiri Tarekat Sammaniyah & Penjaga Makam Rasulullah Saw). Nama beliau adalah Ghauts az-Zaman al-Waliy Quthb al-Akwan asy-Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Madani keturunan Sayyidina Hasan bin Sayyidina Ali dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra binti Sayyidina Rasulullah Saw . Beliau adalah ulama besar dan wali agung berdarah Ahlul Bait Nabi beraqidah Ahlussunnah wal Jama’ah dengan Imam Asy’ari dalam bidang teologi atau aqidah, dan Imam asy-Syafi’i madzab fiqih furu’ ibadatnya, dan Imam Junaid al-Baghdadi dalam tasawufnya.  Beliau Ra. tinggal di Madinah menempati rumah yang pernah ditinggali Khalifah pertama, yakni Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq Ra. (seorang Shiddiq yang paling agung yang tiada bandingannya, kecuali para Anbiya wal Mursalin).

KISAH PARA WALI: BERBAIK SANGKA TERHADAP ALLAH

Diceritakan dari Syeikh Ibrahim Al-Khowwas rah, bahwasanya dia berkata; Aku meninggalkan negeriku menuju ke Makkah untuk berhaji, kali ini tanpa kenderaan dan bekal apa pun. Di tengah perjalanan, aku tersesat sehingga tidak mengetahui arah mana yang harus dituju. Tiba-tiba terlihat olehku seorang pendita Nasrani mendatangiku seraya bertanya: “Wahai Pendita muslim! bolehkah aku menemanimu dalam perjalanan ini?” “Boleh, jawabku kepadanya. Memang kebetulan pula, saya pun tak mempunyai teman yang lain.” Aku tidak tahu dari mana pendita Nasrani, dan aku pun tidak mahu bertanya. Hatiku berkata syukur aku telah dikurniai Tuhan seorang teman, kalau tidak tentu aku akan terus sesat tidak tahu menuju ke mana.

TAHAPAN RUHANI SEORANG HAMBA

Syekh Abdul-Qadir Al-Jailani mengatakan tentang sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis Qudsi: “Barangsiapa yang disibukkan berzikir kepada-Ku dan jauh dari meminta kepada-Ku, maka Aku akan memberikan sesuatu yang paling baik yang diberikan kepada orang yang meminta”. Menurut Syekh, hal tersebut terjadi, kerana sesungguhnya seorang Mukmin itu jika dia menginginkan Allah swt, maka Allah akan menyucikan dan memilihnya. Semua keadaan akan dijalaninya dengan pertolongan Allah SWT. Dan, Allah juga akan memberikan ujian kepadanya dengan berbagai macam ujian dan cobaan. Maka, orang tersebut akan menjadi miskin setelah dia kaya. Dia terpaksa meminta rezeki kepada makhluk ketika semua usahanya sudah buntu. Kemudian, Allah akan menjaganya untuk tidak meminta kepada mereka dan memaksanya untuk berutang kepada mereka. Allah swt kemudian akan menjaganya untuk tidak berutang kepada mereka dan memaksanya untuk berusaha, memberikan kemudahan dan kelonggaran dalam usaha tersebut.

PERASAAN RINDU KEPADA ALLAH SWT ADALAH PENGHAPUS DOSA

Al-Junaidi Al-Baghdadi pernah berkata :

1) Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).

2) Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.

3) Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).

4) Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.

TAUHID

Ketahuilah, Allah itu zatNya esa oleh kerana itu pasti sifat dan af’alNya jua esa kerana sifat dan af’alNya itu terbit dari zatNya. Sifat itu kelakuan bagi zat dan af’al itu perbuatan bagi zat maka disini yang ditilik adalah zat Wajibul Wujud yang bernama Allah. Allah itu adalah semata-mata asma’ bagi zat Wajibul Wujud oleh kerana itu janganlah sembah Allah kerana ianya hanya sekadar nama yang tiada ain wujud dan hanya sebagai khabar bagi memperkenalkan zat Wajibul Wujud. Matlamat penyembahan itu adalah tertuju kepada zat Wajibul Wujud dan bukan kepada asma’ bagi zat Wajibul Wujud. Namun jika setelah difahami bahawa zat Wajibul Wujud itulah tempat tujuan penyembahan dan Ia memperkenalkan diriNya sebagai bernama Allah maka tiadalah salahnya mengatakan “aku sembah Allah” bahkan wajib.

HATI DAN PERANG SABILILLAH

'Hati' kita manusia (bukan yang dimaksud hati daging yang setongkol itu) diibaratkan sebuah negeri yang dua Raja berebut ingin menakluki dan bertakhta. Bila hati itu baik dinamakan Hati Malaikat. Bila hati jahat di namakan Hati Iblis, kerana ada dua Rajanya maka hati itu jadi berpusing-pusing atau berbolak-balik kerana diperintah oleh dua Rajanya, yang mana di sana berlakulah perang sabilillah.  Rasulullah s.a.w.kata ini adalah Perang Besar di banding dengan perang fizikal atas muka bumi atau perang tempur jet pejuang di udara! Maka nilai manusia di sisi Allah ialah Hati Nuraninya yang bersih yang tidak ada satu titik kotor comotnya.

ZIKIR SIRR MENURUT SYEIKH IBNU ATHA'ILLAH

Sebagai tanda bahawa sebuah zikir sampai pada sirr (nurani terdalam pada jiwa yang kelak menjadi tempat cahaya penyaksian) adalah saat penzikir dan objek zikirnya lenyap tersembunyi. Zikir sirr terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya, apabila engkau meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu. Zikir tersebut terbang masuk ke dalam dirimu untuk menyedarkanmu dari keadaan tidak sedar kepada keadaan hudhur (hadirnya kalbu). 

PESAN CINTA UNTUK DAUD A.S

“Wahai Daud! Berpeganglah engkau pada firman-firman-Ku. Buanglah sikap “dari dirimu untuk dirimu” agar kecintaanmu kepada-Ku tak tertutup dari dirimu. Janganlah kamu jadikan hamba-hamba-Ku berputus asa dari rahmat-Ku, agar Aku tidak putuskan gelora hasrat nafsumu kepada-Ku. Kerana Aku hanya memperkenankan hasrat nafsu itu bagi makhluk-Ku yang lemah. Makhluk-Ku yang kuat tidak patut untuk menuruti syahwat, sebab syahwat dapat mengurangi kenikmatan bermunajat kepada-Ku. Balasan paling ringan bagi makhluk-Ku yang kuat (yang mengikuti syahwatnya) adalah menghalangi akal mereka dari-Ku. Aku tidak rela jika dunia dinikmati oleh kekasih-Ku. Aku juga membebaskannya dari dunia itu.

HURUF ALLAH

Setiap huruf dalam nama Allah (الله) itu memiliki keunikan dan rahsianya yang tersendiri. Jika masing-masing huruf itu dipisahkan, maka itu tidak akan mengubah makna dasarnya atau mencacatkan keseluruhan maknanya, bahkan makna itu akan tetap unggul dan sama maksudnya bagi Zat Wajibal Wujud. Justeru itu, huruf-hurufnya bersifat komprehensif, lengkap sempurna serta tidak mengurangkan hikmahnya. Pada asalnya adalah Allah (الله). Jika huruf alif diasingkan, ia menjadi ‘Lillahi’ (للهِ). Jika lam pertama diasingkan, ia menjadi ‘Lahu’ (Ù„َÙ‡ُ). Selanjutnya, jika lam kedua diasingkan, ia menjadi ‘Huwa’ (Ù‡ُÙˆَ). Jika kedua-dua lam ditanggalkan, ia menjadi ‘Ah’ (اَÙ‡ْ). Jelasnya, jika huruf-huruf itu dipisahkan, maksudnya tetap tertuju kepada Rabbul Izzati. Manakala nama-nama-Nya yang lain itu tidaklah seperti demikian.