Wednesday, August 10, 2016

WASIAT NASIHAT IBNU ATHAILLAH ASQANDARI

“Jika engkau telah berusia 40 tahun, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh siang maupun malam. Sebab, waktu pertemuanmu dengan Allah 'Azza Wa Jalla semakin dekat. Ibadah yang kau kerjakan saat ini tidak mampu menyamai ibadah seorang pemuda yang tidak menyia-nyiakan masa mudanya. Bukankah selama ini kau sia-siakan masa muda dan kekuatanmu. 

KAFILAH ROHANI

Dalam Kafilah Rohani yang berjalan menuju Tuhan, kita melihat barisan yang panjang. Mereka yang berada dalam barisan mempunyai martabat yang bermacam2, bergantung pada sejauh mana mereka telah berjalan. Dari tempat berangkat ke tujuan, ada sejumlah station yang harus mereka lewati. Darjat mereka juga bergantung pada banyaknya station yang sudah mereka singgahi. Pada setiap station selalu ada pengalaman baru, keadaan baru, dan pemandangan baru. Sangat sulit menceritakan pengalaman pada station tertentu kepada mereka yang belum mencapai station itu. Dalam bahasa Tasawwuf, station itu disebut Manzilah atau Maqam. Pengalaman rohani yang mereka rasakan disebut Hal.

PENURUNAN MANUSIA KE PERINGKAT YANG PALING RENDAH


اَعُوْذُ بِااللهِ مِنَ اْلشَّيْطَا نِ الْرَجِيْم بِسْمِ اللهِ اْلَرّحْمنِ اْلرَحِيْمِاَشْهَدُ اَنْ لا َاِلَهَ اِلا الله وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا 

رَسُوْلُ اللهاَلله ُوَحْدهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ مُحَمَّدٌ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهْ حَقُّ الله - رَحْمَةُ الله – رِضَأ الله

Syeikh Abdul Qodir Al Jilani menerangkan tentang kedudukan manusia, yang kalau salah memilih jalan hidupnya akan diturunkan ke peringkat yang paling rendah. Lebih lanjut Beliau menjelaskan bahawa: Allah Yang Maha Tinggi menciptakan Roh Suci sebagai ciptaan yg paling sempurna, yg pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya. 

MENGENALI SOLAT DA'IM (SOLAT BERTERUSAN)

Di dlm Al-Quran ada menyebut: “Hendaklah kamu menjaga solat2mu dan solat wustha (yg di tengah)” (Al-Quran) yg dimaksudkan dgn solat oleh ahli fekah (syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg zahir seperti berdiri, lidah membaca, ruku’, sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan2 tertentu. Oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut ‘salawat' (beberapa solat). 

MAKNA SULUK DALAM TASAWUF

Suluk berarti memperbaiki akhlak, mensucikan amal, dan menjernihkan pengetahuan. Suluk merupakan aktiviti rutin memakmurkan lahir dan batin. Segenap kesibukan hamba hanya ditujukan kepada Sang Rabb, bahkan ia selalu disibukkan dengan usaha2 menjernihkan hati sebagai persiapan untuk sampai kepada-Nya (wusul). Ada dua perkara yang dapat merusak usaha seorang Salik (pelaku suluk), iaitu pertama, mengikuti selera org2 yang mengambil aspek2 yang ringan dalam penafsiran dan kedua, mengikuti org2 sesat yang selalu menurut dengan hawa nafsunya.  Barangsiapa yang menyia-siakan waktunya,maka ia termasuk org bodoh. Dan org yg terlalu mengekang diri dgn waktu maka ia termasuk org lalai. Sementara org yg melalaikannya, dia adalah org2 lemah.

CIRI ORANG YANG MAKRIFAT

Ciri-ciri org yg makrifat adalah 'laa khaufun 'alaihim wa lahum yahzanuun'. Ia tidak takut dan sedih dgn urusan duniawi. Kerana itu, kualiti Makrifat kita dapat diukur. Bila kita selalu cemas dan takut kehilangan dunia, itu tandanya kita belum Makrifat. Sbb, org yg Makrifat itu susah senangnya tidak diukur dari ada tidaknya dunia. Susah dan senangnya diukur dari dekat tidaknya ia dgn Allah. Maka, kita harus mulai bertanya bagaimana agar setiap aktiviti dapat membuat kita semakin kenal, dekat dan taat kpd Allah. Salah satu ciri org Makrifat adalah selalu menjaga kualiti ibadahnya. Terjaganya ibadah akan mendatang kan 7 keuntungan hidup.

CINTA DUNIA CINTA AKHIRAT

Orang yang mengenal dirinya sendiri, akan mengenal Tuhannya. Siapa yang mengenal perhiasan dunia dan mengenal akhirat, maka ia akan menyaksikan dengan Cahaya Jiwa, betapa kehidupan dunia itu bertentangan dengan kehidupan akhirat. Salah satunya adalah, bahwa seseorang tidak akan mencapai kebahagiaan di akhirat, kecuali jika menghadap Allah swt dengan Makrifat dan Mahabbah kepada-Nya. 

HAKIKAT DI SEBALIK SESUATU HANYA LAH ALLAH SWT

“Bagaimana mungkin dapat dibayangkan, kalau sesuatu dapat menjadi hijab atasNya, padahal Dialah yang menampakkan segala sesuatu?” 

“Bagaimana dapat dibayangkan, kalau sesuatu mampu menjadi hijab atasNya, apabila Dialah yang nampak ada pada segala sesuatu?” 

“Bagaimana mungkin dapat dibayangkan, kalau sesuatu mampu untuk menjadi hijab atasNya, padahal Dialah yang terlihat dalam segala sesuatu?” 

MUSUHI DIRIMU DAHULU

JANGANLAH kamu mengira bahwa diri kamu termasuk dalam golongan KEROHANIAN, kecuali jika kamu telah menjadi musuh diri kamu, terpisah dari anggota2 badan kamu, kaki dan tangan kamu serta memutus kan hungunganmu dengan wujud kamu, dgn gerak dan diam kamu, dgn pendengaran dan penglihatan kamu, dengan percakapan dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindak tanduk kamu dan dengan apa saja yang kamu anggap datang dari diri kamu sendiri. Setelah semua itu lenyap, maka barulah wujud kerohanian dihembuskan kepada kamu, kerana semua itu adalah tabir yang menghalangi kamu dengan Tuhan kamu. Apabila roh kamu telah bersih dan suci, maka rahasia di atas segala rahasia dan yang ghaib dari segala yang ghaib akan terbuka bagi kamu akan dapat membedakan antara musuh dengan sahabat dan yang haq dengan yang batil serta Tauhid dengan Syirik.

MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH

Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan Maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaikan akhlak adalah utk membersihkan qalbu yg bererti mengosongkan diri dari sifat2 yg tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat2 yg terpuji (TAJALLI) yg selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI). Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat ditempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing2 iaitu harus di tempuh secara bertingkat2.