اَعُوْذُ بِااللهِ مِنَ اْلشَّيْطَا نِ الْرَجِيْم بِسْمِ اللهِ اْلَرّحْمنِ اْلرَحِيْمِاَشْهَدُ اَنْ لا َاِلَهَ اِلا الله وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ اللهاَلله ُوَحْدهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ مُحَمَّدٌ عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهْ حَقُّ الله - رَحْمَةُ الله – رِضَأ الله
Syeikh Abdul Qodir Al Jilani menerangkan tentang kedudukan manusia, yang kalau salah memilih jalan hidupnya akan diturunkan ke peringkat yang paling rendah. Lebih lanjut Beliau menjelaskan bahawa: Allah Yang Maha Tinggi menciptakan Roh Suci sebagai ciptaan yg paling sempurna, yg pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan mutlak bagi Zat-Nya.
Kemudian Dia berkehendak mengantarkannya kepada alam rendah. Tujuan Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar Roh Suci mencari jalan kembali kepada yang benar di hadapan yang Maha Kuasa, mencari kedudukannya yang dahulu yang hampir dan akrab dengan Allah. Dihantarkan-Nya Roh Suci kepada perhentian Utusan2Nya, Wali2Nya, Kekasih2 dan Sahabat2Nya.

Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya mula2 kepada kedudukan akal asbab bagi keesaan, bagi roh universal, alam Nama2 dan Sifat2 Ilahi, Alam Hakikat kepada Muhammad s.a.w. Roh Suci memiliki dan membawa bersama2nya benih kesatuan. Apabila melalui alam ini ia dipakaikan Cahaya Suci dan dinamakan ‘Roh Sultan’.
Apabila melalui Alam Malaikat yang menjadi perantaraan kepada mimpi2, ia mendapat nama ‘Roh Perpindahan’. Bila akhirnya ia turun kepada dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging yg Allah ciptakan utk kesesuaian makhluk-Nya. Ia dibaluti oleh jirim yg kasar bagi menyelamatkan dunia ini kerana dunia kebendaan jika berhubungan langsung dgn Roh Suci maka dunia kebendaan akan terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya dgn dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan, Roh Manusia.

Tujuan Roh Suci dihantar ke tempat ciptaan yang paling rendah ini ialah supaya ia mencari jalan kembali kepada kedudukannya yang asal, makam persinggahan, ketika ia masih di dalam bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia sepatutnya datang ke alam benda yang kasar ini, dan dengan melalui hatinya yang berada di dalam mayat ini, menanamkan benih kesatuan dan menumbuhkan pokok keesaan di dalam dunia ini. Akar pokok masih berada pada tempat asalnya.
Dahannya memenuhi ruang kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah, mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di dlm bumi hati roh itu menanamkan benih Agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok Agama agar diperoleh buahnya, tiap satunya akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga sampai di hadapan Allah.

Allah membuatkan jasad2 atau tubuh2 utk dimasuki oleh Roh-Roh dan bagi Roh-Roh ini masing2 mempunyai nama yg berbeda-beda. Dia berada di ruang penyesuaian di dalam tubuh. Diletakkan-Nya Roh Manusia, Roh Kehidupan di antara daging dan darah. Diletakkan-Nya Roh Suci di tengah-tengah hati, berada di ruang dalam bentuk yang sangat patut untuk menyimpan 'rahsia' di antara Allah dengan hamba-Nya. Roh-Roh ini berada pada tempat yang berbeda2 dalam tubuh, dengan tugas yang berbeda, urusan yang berbeda, masing2 umpama membeli dan menjual barang yang berlainan, mendapat faedah yang berbeza.
Perniagaan mereka sentiasa membawakan kepada mereka banyak manafaat dalam bentuk Nikmat dan Rahmat, Allah berkata: “Sesungguhnya org2 yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam2 dan terang2an, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." (Surah Fatir, ayat 29)

Layaklah bagi setiap manusia mengetahui urusannya di dalam alam kewujudan dirinya sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah faham bahawa dia tidak boleh mengganti apa yang telah ditetapkan untuknya dan digantungkan di lehernya. Bagi orang yang mahu mengganti apa yang telah ditetapkan untuknya, yang terikat dengan cita-cita dan dunia ini, Allah berkata: “Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur, dan dilahirkan apa yang ada di dalam dada.” (Surah ‘Aadiyat, ayat 9-10). “Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada Hari Kiamat sebuah Kitab yang dijumpainya terbuka. (Surah Al-Isra', ayat 13)”. (Sirrul Asrar).
No comments:
Post a Comment