Sunday, April 17, 2016

MENETAP DI TEMPAT YANG BENAR

Hati seorang mukmin dapat menjadi teguh dan kukuh untuk meninggalkan maksiat dengan cara MENETAP DI TEMPAT PELARIAN YG BENAR. (Fafirruu ila Allah….. Berlarilah menuju Allah). Untuk dapat menggapainya, tempuhlah cara-cara berikut:

DOA AGAR DILINDUNGI DARI LIMA MANUSIA BERSIFAT BURUK

Rasulullah s.a.w: 

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَليَّ رَبّاً، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابَاً، وَمِنْ خَلِيْلٍ مَاكِرٍ عَيْنُهُ تَرَانِي، وَقَلْبُهُ يَرْعَانِي؛ إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN PUASA ARAFAH

Diingatkan kepada semua saudara2 seakidah agar berpuasa sunat pada hari Arafah kerana pada hari tersebut sangat mulia. Maka hari Arafah adalah semulia hari dalam setahun. Rasulullah s.a.w bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan lainnya: Seafdhal doa hari Arafah dan seafdhal ucapan yang aku dan nabi2 sebelum ku ungkapkan ialah:

لا إله إلا اللهُ وحدَه لا شريكَ له، لهُ الملكُ وله الحمدُ وهو على كلِّ شىءٍ قدير”.

SHALAWAT ADALAH PENGHANTAR MA’RIFAT DAN IBADAH YANG PASTI DITERIMA

Seorang murid pernah bertanya kepada Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Mesir: “Syaikh, dalam buku Anda tertulis bahwa membaca shalawat adalah satu-satunya ibadah yang pasti diterima oleh Allah. Apakah benar demikian? Mohon penjelasannya”. Syaikh Ali Jum’ah menjawab: “Ya benar, saya menulis demikian. Bershalawat Nabi adalah amalan yang pasti diterima oleh Allah. Jika kamu bersedekah, dan kamu ingin dipuji, maka sedekahmu sia-sia. Begitu pula jika kamu shalat karena ingin diperhatikan manusia, shalatmu tanpa pahala. Tapi jika kamu bershalawat, walaupun kamu riya, kamu tetap akan mendapatkan pahala, karena shalawat berhubungan dengan Nabi Allah yang agung, yaitu Nabi Muhammad Saw.”

UMUR SYAIDATINA AISYAH KETIKA BERKAHWIN

Umur Syaidatina Aisyah Ketika Berkahwin Dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh : Ustaz Muhammad Husni Ginting

Seorang ulama di india yang bernama Habibur Rahman Shiddiqi al-Kandahlawi telah menulis sebuah buku tentang umur Sayyidah Aisyah kawin dengan Rasulullah s.a.w mungkin tujuan orang tersebut baik, tetapi jika dilihat dari efek negatifnya lebih besar dan menghancurkan sendi agama islam, kenapa saya katakan demikian? sebab beliau telah membuat orang islam ragu dengan kesohihan kitab Sohih Bukhari, sebahagian teman yang membaca permasalahan ini hanya memikirkan tentang satu permasalahan akal dan adat kebiasaan, tetapi permasalahannya adalah mencakup keberadaan pembesar-pembesar ulama islam yang telah dipercaya berabad-abad untuk di ikuti, hal ini dianggap mempermainkan sunnah dan menolak kitab Sohih Bukhari. 

HEBATNYA ALLAH MENCIPTA SEEKOR NYAMUK

Seekor nyamuk diletakkan di bawah mikroskop, diperbesar 400 kali! Ternyata di kepalanya terdapat 100 mata. Berat nyamuk yang hanya 0,001 gram. Di mulutnya ada 48 gigi. Di dadanya ada 3 buah jantung!, ditiap jantung ada 2 atrium, 2 bilik jantung dan 2 katup jantung. Nyamuk memiliki alat pendeteksi panas. Dan nyamuk melihat segala sesuatu dengan pendeteksi panasnya. Memiliki alat pencair darah kerana darah manusia itu kasar bagi nyamuk agar dapat mengalir di belalai nyamuk, dia mengambil contoh darah dulu baru mulai menggigit.

MUHASABAH DIRI DI AWAL TAHUN HIJRAH

Imam Hasan Al-Basri, mengatakan, ''Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau sebahagian dari hari, apabila satu hari berlalu, maka berlalu pulalah sebahagian hidupmu”. Kerana itu, di waktu pergantian tahun diharapkan kita manafaatkannya untuk mengmuhasabah diri. Memperbaiki kesalahan-kesalahan, berhijrah dengan meninggalkan hal-hal buruk, serta mempersiapkan diri untuk meraih rahmat, ampunan dan redha Allah.

ADAB DAN AKHLAK DI KALANGAN ULAMA

Orang bertanya apakah masih ada orang yang Alim dalam bidang Hadith di Malaysia? Apakah masih ada maulana yang benaran? Maka Alhamdulillah, Masih ada ulama hadith yang benaran di Malaysia, iaitu Maulana Hussin Bin Abdul Qadir, beliau berusia 52 tahun. Maulana Hussin alim dalam bidang Hadith, bahkan sanad hadith menyambung hingga kepada Imam Muslim seterusnya kepada Rasulullah SAW. Ya benar, Nama jarang di sebut2 di masyarakat awam, namun jika bagi tolabul ilmi kenal akan Maulana Hussin, Beliau tidak mencari masyhur semata-mata, Namun Allah angkat beliau seorang ulama yg hebat.

AMALAN WAKTU SUBUH

Kita sebagai umat Rasulullah s.a.w diberi banyak keistimewaan dengan ganjaran pahala yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Waktu subuh mempunyai ganjaran yang begitu besar jika seseorang itu mengetahui kelebihannya. Kita wajib mensyukuri dan akan ketahui akan nikmatnya ketika menutup mata, berada di Padang Mahsyar dan di hari Kiamat kelak.

HIKMAH DIAM JIKA DIMAKI ORANG

Ibn Ajlan dari Said Almaqburi dari Abu Hurairah berkata: Ada seseorang memaki Abu Bakar Assidiq r.a. sedang Rasulullah SAW duduk. Maka Rasulullah SAW diam, Abu Bakar a.s. juga diam. Kemudian ketika orang itu telah diam, Abu Bakar a.s. menjawab, maka segera Nabi SAW bangun dari tempat duduknya. Maka dikejar oleh Abu Bakar sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia maki-maki saya dan engkau diam. Ketika saya menjawab, tiba-tiba engkau bangun pergi?”.