Saturday, April 9, 2016

HAKIKAT BERMAZHAB

Hakikat Bermazhab adalah hakikat mengikut Quran dan Sunnah. Bagus pemerhatian di bawah ni: Mereka berkata: kamu bermazhab kerana kamu seorang yg taksub! Saya jawab: Tidak! saya bukan taksub. Saya berlindung dgn Allah drpd sifat taksub. Saya bermazhab hanyasanya kerana saya lihat bahwa mazhab-mazhab fiqh semuanya:

JADIKAN AMAL MU BERMUTU, BUKAN BANYAK TAPI LALAI

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan, "Engkau hendaknya berfikir untuk melakukan amal sebaik mungkin, bukan sebanyak mungkin. Banyak amal jika tidak dilakukan dengan baik adalah seperti pakaian yang banyak jumlahnya, tetapi harganya murah. Sedangkan sedikit amal tetapi berkualiti (dikerjakan dengan baik dengan ingat kepada Allah) adalah seperti sedikit pakaian tetapi mahal harganya."

SEBUAH KISAH SUFI

Ada sebuah cerita, sebagai gambaran cara menuju musyahadah: Dzun Nun berkata: aku telah melihat seorang wanita di sebuah pantai negeri Syam, maka kutanyai dia: " Dari mana engkau? Semoga Allah merahmatimu!” Wanita itu menjawab: "Dari orang-orang yang menjauhi tempat tidur.” Ertinya: Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.(QS. As Sajdah, 32:16). 

MURAQABAH RAIHLAH DENGAN PENJERNIHAN BATINMU

Wahai penempuh jalan Allah, hendaknya Anda menetapi jalan akhirat melalui ajaran yang telah diperintahkan kepadamu dalam aktiviti lahiriahmu. Bila Anda telah melakukannya, maka duduklah dalam hamparan Muraqabah. Raihlah dengan penjernihan batinmu, hingga tak tersisa sedikitpun yang menghalangimu. Berikanlah hak keseriusan dan ketekunanmu, lalu minimkanlah pandanganmu untuk melihat lahiriahmu. Apabila Anda ingin dibukakan rahsia batinmu, untuk mengetahui rahsia alam malakut Tuhanmu berupa naluri rohani yang datang kepadamu yang kemudian dihalangi oleh bisikan-bisikan yang manjauhkan dari keinginanmu, maka ketahuilah pertama-pertama, bahwa kedekatanTuhanmu pada dirimu merupakan ilmu yang langsung berkaitan dengan hatimu, melalui pengulangan terus menerus pandangan dalam menarik kemanfaatanmu dan menolak bahayamu. Lihatlah firman Allah Swt.: “Adakah sang Khalik selain Allah, yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi”

TERBUKANYA MATAHATI MENUJU MA’RIFATULLAH

Bismillahhirrahmanirrahim…

اِذَا فَتَحَ لَكَ وِجْهَةً مِنَ التَّعَرُّفِ فَلَا تُبَلِ مَعَهَا اِنْ قَلَّ عَمَلُكَ فَاِنَّهُ مَا فَتَحَهَا لَكَ اِلَّا وَهُوَ يُرِيْدُ اَنْ يَتَعَرَّفَ اِلَيْكَ اَلَمْ تَعْلَمْ اَنَّ التَّعَرُّفَ هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ وَالأَعْمَالُ اَنْتَ مُهْدِيْهَا اِلَيْهِ , وَاَيْنَ مَا تُهْدِيْهِ اِلَيْهِ مِمَّا هُوَ مُوْرِدُهُ عَلَيْكَ .

Apabila Allah berkehendak membukakan wijhah hatimu untuk menerima ma’rifat, maka tidak peduli lagi walau amalmu sedikit. Karena bila Allah membuka hatimu semata-mata karena berkehendak memperkenalkan diri-Nya kepadamu. 

KISAH IMAM GHAZALI DENGAN PEROMPAK DAN SEEKOR LALAT

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan iaitu Imam Abu Nashir Al-Ismaili. Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya. 

KISAH IMAM ABU YAZID

Imam Abu Yazid Thaifur ibnu ‘Isa ibnu Surusyan al-Bisthami, lahir di Bistham di timur laut Parsi, di sana pula ia wafat pada tahun 261 H/874 M atau 264/877 M, dan hingga kini makamnya masih ada disana. Beliau adalah pelopor aliran ekstatik (“mabuk dengan Allah”) kesufian. Ayahnya adalah salah seorang yang terpandang di kota Bistham. Riwayat kehidupan Abu Yazid yang luar biasa dimulai sejak ia masih berada dalam kandungan ibunya. Ibunya berkata padanya, “Setiap kali ibu memasukkan makanan yang syubhat ke mulut ibu, engkau meronta ronta dalam kandungan dan tak mahu diam sampai ibu mengeluarkan makanan itu dari mulut ibu”. Pernyataan ini dibenarkan oleh Abu Yazid sendiri. lbunya menyekolahkannya. Di sekolah, Abu yazid mempelajari Al-Quran. Suatu hari, gurunya menjelaskan makna salah satu ayat di surah Luqman: “Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu.” Ayat ini menggetarkan hati Abu Yazid. “Guru,” katanya seraya meletakkan buku catatannya, “izinkanlah aku untuk pulang dan mengatakan sesuatu kepada ibuku.”

DUA MODEL KEMAKSIATAN

Sufyan As-Tsauri r.a. berkata: “Setiap kemaksiatan yang timbul dari dorongan nafsu masih bisa diharapkan ampunannya.  Namun, setiap kemaksiatan yang timbul dari dorongan kesombongan, maka ia tidak dapat diharapkan ampunannya.” Sebab, menurut Imam Nawawi, kedurhakaan iblis bersumber dari sikap sombong, sedangkan ketergelinciran Nabi Adam As akibat dorongan nafsu. (Imam Nawawi Al-Bantani, kitab Nashaihul Ibad). 

IMAM AL GHAZALI: SOLAT BERLUMURAN DARAH

Imam Al Ghazali Al Thausi rah atau nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad ialah ulama tersohor yang bermartabat tinggi di sisi Allah. Beliau begitu mahir dalam feqah dan tasauf hingga dapat membawa manusia menuju ke hadhrat Allah SWT dan telah meninggalkan pedoman kepada umat dengan kitab-kitab karangan beliau, antaranya, ialah 'Ihya' Ulumuddin' dan 'Minhajul 'Abidin'.

AHLI IBADAT TIDAK TERLEPAS DARI SIFAT SOMBONG

Ketahuilah ahli ibadat dan ahli ilmu tidak terlepas dari sifat sombong dan tinggi diri, ia merasakan bahawa dia lebih baik dari orang lain, mengharapkan orang lain memenuhi keperluannya, ingin dimuliakan dan inginkan orang mengkhususkan tempat untuknya dan inginkan orang lain menyebutkan kebaikannya. Dalam amal ibadat pula menganggap orang lain binasa dan rosak yang elok dirinya sahaja. Kalau begitu dirinyalah yang binasa. Rasulullah SAW ada bersabda yang mafhumnya "Jika kamu mendengar seseorang mengatakan bahawa manusia itu binasa, sesungguhnya dialah orang yang paling binasa"Dan hadis lain Rasulullah SAW ada bersabda " Cukuplah menjadi kejahatan bagi seseorang itu apabila ia mencela saudaranya yang muslim”. Peringatan diri sendiri utk perkongsian bersama. (Ustaz Mustaffa Kamal).