Saturday, April 9, 2016

AHLI IBADAT TIDAK TERLEPAS DARI SIFAT SOMBONG

Ketahuilah ahli ibadat dan ahli ilmu tidak terlepas dari sifat sombong dan tinggi diri, ia merasakan bahawa dia lebih baik dari orang lain, mengharapkan orang lain memenuhi keperluannya, ingin dimuliakan dan inginkan orang mengkhususkan tempat untuknya dan inginkan orang lain menyebutkan kebaikannya. Dalam amal ibadat pula menganggap orang lain binasa dan rosak yang elok dirinya sahaja. Kalau begitu dirinyalah yang binasa. Rasulullah SAW ada bersabda yang mafhumnya "Jika kamu mendengar seseorang mengatakan bahawa manusia itu binasa, sesungguhnya dialah orang yang paling binasa"Dan hadis lain Rasulullah SAW ada bersabda " Cukuplah menjadi kejahatan bagi seseorang itu apabila ia mencela saudaranya yang muslim”. Peringatan diri sendiri utk perkongsian bersama. (Ustaz Mustaffa Kamal). 

2). AMBILLAH NASIHAT WALAU DARI SEORANG PEROMPAK

SOALAN: Apa mksd kata-kata ini? "Ambillah kata-kata hikmah walaupun keluar dari mulut siapa saja. Selagi kata-kata itu hikmah, bermanfaat, ambil saja. Imam Ghazali sendiri pernah mendapat kata-kata dari seorang perompak” dia kata imam ghazali sendiri pernah mndapt kata2 dri sorg perompak… perkataan apkah itu dri prompak??

Jawapan: Seluruh usia muda Imam Ghazali dihabiskan dengan menuntut ilmu dari beberapa orang tokoh ulamak yang terkenal pada zamannya. Segala nota dan ilmu catitan yang dipelajarinya selama ini disimpan dengan baik-baik dalam satu beg. Masanya untuk pulang ke kampung halaman sudah tiba dengan membawa sekali beg yang berisi nota-notanya. Dalam perjalanan pulang, kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, karung dan juga beg akan diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata, "Kamu boleh ambil apa sahaja yang kamu mahu, tetapi jangan ambil beg ini."

Para perompak mengesyaki sesuatu yang berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yang tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu. "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu, apa yang akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini? "Soal ketua perompak, "Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yang aku pelajari selama ini”. Jawab Imam Ghazali.

"Jika begitu kamu adalah orang yang paling bodoh, catitan yang kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini, bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri. "Balas ketua perompak, Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah yang tepat dari seorang ketua perompak yang baik hati. Mulai dari saat inilah Imam Ghazali menghafal kembali segala ilmu-ilmunya dan dimasukkan ke dalam ingatannya. Selepas ini tiada siapa lagi yang boleh mencuri ilmunya. Wallahua'alam.

3). JAUHI DOSA-DOSA KECIL

Jauhilah dosa-dosa kecil apalagi dosa-dosa besar. Selagi kita mahu meninggalkan dosa besar, taubat dari dosa-dosa kecil, beristighfar, menyesali dan mengakui bahawa kederhakaan itu sungguhpun kecil, ianya tetap merupakan hak Allah Sang Pencipta Alam Semesta yang memiliki keutamaan akan segala sesuatu. Dengan adanya penyesalan dan pengakuan akan kelemahan dan kekurangan diri, maka ketahuilah sesungguhnya Allah itu Mahaluas maghfirah dan rahmatNya. Dia pasti akan menerima taubat hambaNya dan mengampuni akan segala dosa dan kesalahannya. Firman Allah di dalam KitabNya:

(إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا

(Surah An-Nisa:31) Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).

(وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ)

(Surah Ash-Shura:37) Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

(الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

(Surah An-Najm:32) (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

No comments:

Post a Comment