Sunday, August 7, 2016

MUSYAHADAH (MENYAKSIKAN ALLAH)

Musyahadah adalah menyaksikan dan bertemu dengan Zat Wajibul Wujud iaitu Allah swt. Musyahadah ini adalah awal mengenalNya, kerana mustahil kita mengenal Allah bila tidak pernah menemuiNya. Seperti kata Pepatah: “Tak jumpa maka tak kenal, tak kenal maka tak cinta.” Menyaksikan Allah disini bukan menyaksikan dengan mata, kerana Dia tak dapat dijangkau dengan Panca Indera. 

KELEBIHAN AHLI MAKRIFAT

Jika mempelajari dengan cermat ajaran2 Agama, kita dapat memahami bahwa puncak dan inti dari semuanya adalah mengenal Allah, makrifat kepada Allah. Dan inilah yang dirindukan dan dicari oleh setiap mukmin yang sesungguhnya. Syekh Zainuddin Al-Malibari mengatakan: “Org2 yg makrifat terhadap Tuhan, mereka itu lebih utama dpd orang ahli ilmu furu‘ dan ilmu ushul dalam hal kesempurnaannya. Kerana satu rakaat org yg makrifat adalah lebih utama dpd seribu rakaat org yang alim, maka terimalah”.

PENYUCIAN DIRI

2 jenis penyucian: Pertama zahir, ditentukan oleh peraturan agama dan dilakukan dengan membasuh tubuh badan dengan air yang bersih. Keduanya ialah penyucian batin, diperolehi dengan menyedari kekotoran di dalam diri, menyedari dosanya dan bertaubat dengan ikhlas. Penyucian batin memerlukan perjalanan kerohanian dan dibimbing oleh guru kerohanian. Menurut hukum dan peraturan agama, seseorang menjadi tidak suci dan wuduk menjadi batal jika keluar sesuatu dari rongga badan. Ini perlu diperbaharui dengan wuduk. Dalam hal keluar mani dan darah haid mandi wajib diperlukan. Dalam hal lain, bahagian tubuh yang terdedah - tangan, lengan, muka dan kaki - mesti dibasuh. 

INTINYA ILMU

“Semua ilmu yang kita cari, hendaknya ilmu yang lebih mendekatkan diri kita pada Allah swt.” Dalam sebuah hadis Nabi SAW, disebutkan bahwa menuntut ilmu hukumnya wajib bagi setiap orang muslim, laki-Iaki dan perempuan. Dari hadis tersebut mungkin akan timbul pertanyaan dalam diri kita: ”Apakah kita (sebagai seorang muslim atau muslimah) sudah melaksanakan kewajiban menuntut ilmu?” Jika sudah, berarti kita sudah berupaya menjadi Muslim yang sejati. 

HAKIKAT MUHAMMAD/ MUHAMMADIAH

Hakikat yang menyeluruh iaitu Hakikat yang menguasai sekalian hakikat-hakikat. Semua Hakikat-Hakikat yang lain merupakan bahagian-bahagian daripada Hakikat yang satu ini. Hakikat Muhammadiah adalah Hakikat yang penuh dan lengkap dan hakikat yang lain mempamerkan apa yang ada dengan Hakikat Muhammadiah itu. Gabungan semua hakikat-hakikat itu baharu menyamai Hakikat Muhammadiah ini. 

SIFAT YANG MENYALAHI UBUDIYAH

Keluarlah dari sifat2 kemanusiaan yg bertentangan dgn Ubudiyah supaya mudah bagi kamu utk menyahut panggilan Allah dan mendekat ke hadratNya. Menyingkap tentang hijab-hijab. Melalui huraian ternyata betapa sukarnya untuk melepasi hijab-hijab sebelum sampai kepada Allah s.w.t. Hikmat ini memberi panduan untuk melepasi halangan dan mendekat kepada-Nya. Kita diajak supaya melepasi sifat-sifat kemanusiaan yang menyalahi ubudiyah. Sifat ubudiyah yang sejati ialah sifat malaikat kerana malaikat adalah hamba Allah s.w.t yang paling tepat melaksanakan perintah-Nya. Sifat yang paling menyalahi ubudiyah ialah sifat iblis kerana iblislah yang paling derhaka kepada Allah s.w.t. 

TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN

Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat”. (Surah Bani Israil, ayat 72). Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yg buta tetapi hatinya yg di dlm dada”. (Surah Hajj, ayat 46).

MATA HATI DAN HATI

Nur-nur Ilahi adalah kenderaan hati dan rahsia hati. Nur itu ialah tentera hati sebagaimana kegelapan adalah tentera nafsu. Jika Allah s.w.t mahu menolong hambaNya maka dibantu dengan tentera Anwar (Nur-nur) dan dihentikan bekalan kegelapan. Nur itu baginya menerangi (membuka tutupan), mata hati itu baginya menghakimkan dan hati itu baginya menghadap atau membelakang. Allah s.w.t hanya boleh dikenal jika Dia sendiri mahu Dia dikenali. 

MELEPASKAN DUNIA MELALUI ZAUK

Menyaksikan yang hak melalui suasana kedamaian yang datang daripada pelepasan segala keduniaan dan melalui zauk. Nabi s.a.w bersabda: “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik dpd pengalaman dunia dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

PENGIKUT-PENGIKUT JALAN KEROHANIAN

Org2 yang mengikuti jalan kerohanian terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta.