Mahabbah ertinya perasaan kesukaan dan kecenderungan, dan kasih sayang. Cinta yang memberi kesan dan melanda perasaan seseorang dipanggil semangat, cinta yg begitu dalam dan tidak dapat ditolak bahawa ia membakar utk penyatuan dipanggil semangat. Sufi telah mendefinisikan cinta sbg hubungan hati dengan yang Sang Kekasih, keinginan sangat kuat untuk merasakan-Nya, perjuangan utk mematuhi kehendak atau perintah2Nya dlm semua tindakan dan pemikiran, dan keadaan menjadi terpesona dan mabuk tanpa "ketenangan" sehingga masa penyatuan atau perjumpaan.
Thursday, July 21, 2016
LIMA JARI, NUR MUHAMMAD, NABI ADAM
Lima jari tangan kanan kita yang diberikan kepada kita, mengingatkan kita untuk menjaga keberkahan Lima ini sebagai panduan: Muhammad, Rasulullah, dan empat rekannya Abu Bakr, ‘Umar,’ Utsman dan ‘ ali, dan untuk menghormati apa yang mereka pegang sebagai kebenaran. Ketika Allah menciptakan Nabi Adam, Dia menempatkan Nur Muhammad, ciptaan pertamanya, di dahi Nabi Adam.
PUNCAK MAKRIFAT
Inilah yang disebut Tajalli. Dalam istilah lain disebut juga Musyahadah atau Mukhasafah. Manusia yang sudah mencapai tajalli berarti ia telah bermikraj. Dalam peristiwa Isra Mikraj, Nabi diceritakan telah sampai ke “Pohon Sidrah” (Pohon Lotus) yang biasa dikenal dengan sebutan Sidratul Muntaha. Dengan Mikraj berarti beliau telah sampai kepada bayt Allah lalu menemui-Nya. Nabi mengatakan: Ra’aitu Robbii fii ahsani su’uura (Aku telah melihat Tuhanku yang seelok-eloknya rupa yang tiada umpamanya). Dengan demikian, tidak ada hijab lagi antara diri dan Tuhannya. Yang ditemui adalah Cahaya diatas cahaya!
KOTA-KOTA JIWA
Kala Aku mengembara di dunia fana ini, Allah menunjukiku jalan yang lurus. Ketika menelusuri jalan itu di antara tertidur dan terjaga, seolah2 dalam mimpi, aku tiba di sebuah kota yang sangat gelap. Kota itu sangatlah luas sehingga aku tidak dapat melihat atau memperkirakan batasnya. Kota ini dihuni oleh manusia dari beragam bangsa. Semua perbuatan buruk dari segala makhluk, semua dosa yang kuketahui maupun tidak kuketahui, mengelilingiku. Kota ini dikenali dengan Kota Ammarah (Kota Yang Angkuh).
LAA ILAHA ILLALLAH
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yg menggucapkan perkataan yg mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung2 tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu Malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kpd burung2 tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yg diberi tidak dipatuhi, Malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan Malaikat tersebut supaya memberitahu burung2 supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung2 itu…
AKU DAN ALLAH
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang Maha bijaksana, Yang Maha Memiliki Ilmu Ghaib dan Yang Nyata, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Esa tiada sekutu bagi Nya, Dialah yang awal dan yang akhir, yang Batin dan yang Zahir yang meliputi Segala sesuatu. Maha Suci Allah yang mengilhamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Selawat dan salam untuk cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, pembuka pintu ilmu Ketuhanan, pelita hati,dan penawar sanubari iaitu junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan limpahkan juga rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabat sekelian.
BUNGA MAWAR DAN SPIRITUAL
“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi Mawar Merah yang berkilauan (QS. Ar-Rahman: 37).
Bunga Mawar adalah lambang ketinggian spiritual yg sempurna bagi perjalan utk mencapai nilai2 kerohanian yg dlm bagi diri seseorang. Bunga Mawar adalah gambaran ketinggian suatu kerendahan.
Sebagaimana tertulis dalam syair nadzom Ar-Rifâiyyah: Lâ tahtun bilâ fauqin walâ fauqin bilâ tahtin, Wa baina humâ bilâ qaibi, Hu Allâh Allâh Allâh. (Tiada bawah tanpa atas, tiada atas tanpa bawah, Dan diantara keduanya tanpa qaib, Dialah Allâh Allâh Allâh)
RAHSIA LISAN DAN HATI PARA WALI
Syekh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan: “Bersungguh2lah engkau dlm meraih derajat makrifatullah, krn engkau akan menyelam bersamaNya, kokoh dgn keteguhan diri menuju kpd Allah, serta dgn ilmuNya engkau menuju kpdNya. Perkataanmu adalah cermin hatimu. Lisanmu adalah penerjemah hatimu. Jika hati seseorg bercampur-baur banyak perkara, maka dia kadang berkata benar dan kadang berkata salah. Dia tidak dpt mengubah apa yg tersembunyi dlm hati.
PERKARA YANG MENGHALANG MAKRIFATULLAH
Ada beberapa perkara yang menghalangi seseorang mengenal Allah, diantaranya :
1) BERSANDAR KEPADA PANCAINDERA (2:55, 4:153): (2:55) Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang [50], kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya [51]".
[50] Maksudnya: melihat Allah dengan mata kepala.[51] Kerana permintaan yg semacam ini menunjukkan keingkaran dan ketakaburan mereka, sebab itu mereka disambar halilintar sebagai azab dari Tuhan.
TASAWUF: PERANANNYA DALAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Tasawuf merupakan salah satu dari tiga tiang asas agama Islam. Ia merupakan dimensi kerohanian bagi agama ini. Dengannya Iman dan keyakinan menjadi lebih kuat, perlaksanaan terhadap tuntutan syariat menjadi lebih sempurna dan penghayatan nilai2 akhlak menjadi lebih berkesan. Tanpanya Iman hilang kemanisannya, amal ibadah hilang kekhusyukannya dan akhlak hilang kemurniannya. Ia seumpama kawalan keselamatan dan perhiasan bagi sesebuah rumah yg menjadikannya lebih selamat dan bernilai tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)