Friday, August 12, 2016

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

“HENDAKLAH kamu berserah diri dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah  di dalam segala hal, agar Dia memanifestasikan kerja-Nya melaluimu. Jika kebaikan yang didapati, maka bersyukurlah. Dan jika bencana yang menimpamu, bersabarlah dan kembalilah kepada Dia. Kemudian rasakan keuntungan yang didapati dari apa yang kamu anggap sebagai bencana itu, lalu tenggelamlah  di dalam Dia melalui perkara itu sejauh kemampuan yang kamu miliki dengan cara keadaan rohani yang telah diberikan kepadamu. Dengan cara inilah kamu dinaikkan dari satu peringkat ke peringkat lainnya yang lebih tinggi dalam perjalan menuju Allah, supaya kamu dapat mencapai Dia.

LANGKAH PERTAMA MENGENAL DIRI

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa mengenal diri adalah kunci mengenal Allah, hal ini sesuai dengan ungkapan "Man 'arafa nafsahu 'arafa rabbahu' (Barangsiapa mengenal dirinya, ia mengenal Rabbnya). Dan, Allah berfirman, "Akan Kami tunjukkan ayat-ayat Kami di dunia ini dan dalam diri mereka agar kebenaran tampak bagi mereka."(QS 41: 53). 

NASIHAT IBNU ARABI

“Wahai Murid, bila kamu hendak berjalan menuju ke jalan Ahli Makrifat dan Ahwal (Makrifat adalah pengetahuan sejati tentang Allah, Ahwal adalah keadaan Rohani atau ciri orang yang telah mencapai Makrifah itu), seharusnya kamu atau siapa pun mengikuti HAL HAL sebagai bantuan menuju jalan kebahagiaan. Salah satunya adalah DIAM. Ada 2 jenis DIAM: 

NASIHAT-NASIHAT DAN KISAH TAULADAN

“Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan, sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka tidak sempurna hasil  buahnya." (Ibnu Athaillah). Ustadz Salim Bahreisy ra. mensyarahkan: Tiada sesuatu yg lebih berbahaya bagi seseorg yg sedang beramal, dpd menginginkan kedudukan dan kemasyhuran di tengah2 masyarakat. Hal ini termasuk dari tipu daya hawa nafsu. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa berendah-hati maka Allah akan memuliakannya, dan barangsiapa sombong, Allah akan menghinakannya.”

DALIL TABARRUK

(Para Sahabat Bertabarruk Dengan Segalanya Yang Berkaitan Rasulullah saw). Daripada 'Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada Nabi ketika baginda sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: "Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu.” 

SYARAT ZUHUD

ORANG ZUHUD itu mempunyai 3 Syarat :

1. Sedikit sekali menggemari dunia, sederhana dalam menggunakan segala miliknya, menerima apa yang ada, juga tidak merisaukan segala sesuatu yang tidak ada, akan tetapi giat dalam bekerja, kerana bekerja adalah mencari rezeki, sedangkan mencari rezeki, suatu kewajiban.

2. Pujian dan celaan adalah hal yang sama, tidak bergembira bila mendapat pujian, juga tidak bersedih jika mendapat celaan atau hinaan.

3. Mengutamakan redha Allah swt dari pada redha manusia atau merasa tenteram jiwanya bersama Allah swt dan merasa bahagia sebab dapat mentaati semua tuntutannya.

KAUM SUFI DI ZAMAN RASULULLAH SAW

AHLI SUFFAH merupakan satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang daripada mereka dikatakan bermulanya aliran Sufi atau Tasauf. Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang menumpang tinggal di beranda Masjid Rasulullah s.a.w di Kota Madinah. Perbelanjaan mereka ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa, lemah dan tiada kemahiran dalam urusan kehidupan harian. 

ALAM PADA ZAHIR DAN BATINNYA

“Alam ini pada zahirnya adalah tipuan dan batinnya adalah peringatan. Nafsu memandang kepada zahirnya yang menipu daya sementara hati pula memandang kepada batinnya yang memberi peringatan.”

MAKRIFAT HATI

“Terbuka mata hati memperlihatkan kepada kamu akan hampirnya Allah swt. Penyaksian mata hati memperlihatkan kepada kamu akan ketiadaan kamu di samping wujud Allah s.w.t Penyaksian hakiki mata hati memperlihatkan kpd kamu hanya Allah yg wujud, tidak terlihat lagi ketiadaan kamu dan wujud kamu.” Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. 

TANDA-TANDA LEMAHNYA YAKIN

“Tanda-tanda bergantung kepada amal, kurangnya pengharapan ketika terjadi lemahnya amal.” Sebagai seorang hamba Allah swt, manusia wajib mengabdi kepada-Nya, kerana untuk itulah ia diciptakan. Pengabdian itu harus dijadikan sebagai landasan segala aktiviti kehidupan di jalan-Nya. Supaya pengabdian itu dapat berjalan dengan baik, maka manusia harus melandasi pengabdiannya dengan 2 Sifat; Pertama Sifat Raja’ atau berharap dan kedua Sifat Khauf atau Takut.