Monday, February 15, 2016

RAHSIA MERASAKAN ZIKIR TAHLIL

Tahlil adalah zikir yang utama dan mulia di sisi Allah Swt seperti yang banyak di temui dalilnya dalam Al-Qur’an dan Al-Hadist yang di sampaikan Rasulullah Saw kepada umatnya yang ingin lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah Swt dan merasakan betapa manisnya iman kepada Allah Swt. Zikir tahlil ini paling sering di lakukan oleh umat muslimin pada setiap kesempatan, baik itu setelah shalat fardhu, sunat atau pada saat hajatan dan lain sebagainya, tetapi kaum muslimin sering juga melakukan zikir ini sebagai wirid yang tetap baginya dan terjadwal pula waktunya, tetapi timbul pertanyaan bagaimana melaksanakan zikir ini secara benar dan sesuai dengan tujuan serta maknanya?

JIWA ROH INSANI

Ketahuilah bahawa Allah Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatu yang berbeza iaitu: Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain.

Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Haiwani, Ruh Tobie dan lain-lain atau bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya.

TASAWUF DAN FIQH

Ada yang mengatakan bahwa tasawuf itu menggunakan bahasa yang tidak tegas. Tapi, itu boleh jadi kerana tasawuf berbicara tentang masalah batiniah. Yang batiniah itu, tentu saja, tidak bisa diungkapkan secara lugas dan tegas. Dalam fiqh, bahasa yang digunakan tegas dan lugas. Tapi, jika terjadi perbedaan pendapat antara satu faqih dengan faqih yang lain, bukankah itu juga menjadi tidak tegas? 

TUHFATUL MURSALAH (BERGURULAH)

Kitab Al-Tuhfah al-Mursalah Ila Ruh al-Naby dikarang oleh Muhammad Ibnu Syeikh Fadhlullah Al-Burhanfuri Al-Hindi. Beliau adalah seorang sufi dari Gujerat (wafat 1620M). Ajaran Martabat 7 nya berdasarkan atas faham dari Ibn Arabi (wafat 1240M). Sheikh Muhammad Fadhlullah merupakan Bapa Martabat 7 di nusantara. Ajaran Martabat 7 yang muncul dari Gujerat ternyata segera mempengaruhi perkembangan pemikiran mistik Islam di Acheh. Dalam abad 17 ada empat orang tokoh pemikir sufi di Acheh mengembangkan ajaran Martabat 7 dari faham Muhammad Ibn Fadhlullah iaitu Hamzah Fansuri, Shamsuddin Pasai (wafat 1630M), Abdul Rauf dari Singkel (1617-1690M) dan Nuruddin Ar-Raniri.

IBLIS BERHALA DIRI

“Awal agama mengenal Allah. Apakah Iblis tidak mengenal Allah? Aku makin takut.., Kerana aku nampak 'Iblis' dalam diriku. Dan aku mencelanya siang malam...”

Ingatlah kita umat Nabi s.a.w. yang mana pada malam kelahirannya telah berjatuhan Berhala Berhala yang ada di muka bumi ini.Namun yang menjadi pertanyaan,mengapa dalam diri kita ini terdapat Berhala Berhala yang terus kita pelihara? padahal ,sudah seharusnya Berhala Berhala tersebut kita hancurkan,kita rabohkan kita buang dalam diri kita.Ketahuilah Berhala Berhala yang berada dalam diri kita adalah perasaan kecintaan yang berlebihan terhadap dunia dan merasa benci serta takut dengan datangnya kematian.Inilah kelemahan yang terdapat di dalam dada sebahagian besar manusia,yang mana perkara ini telah di sebut dan diingatkan oleh Baginda Nabi s.a.w. didalam untaian sabdanya.

AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR YANG BENAR

“Yang wajib atas kita semua adalah menjadi da’ie dan bukan diwajibkan kita menjadi kadi atau mufti(menghukum sahaja). (firman Allah Ta’ala) “katakanlah (wahai Muhammad); Inilah jalanku,aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku.Apakah kita mengikuti Baginda s.a.w. atau tidak?.Maka dakwah itu maknanya adalah: Memindahkan manusia dari keburukan menuju kebaikan,dari kelalaian menuju mengingati kepada Allah,dan dari yang berpaling(dari Allah) kepada kembali menuju kepada Allah dan dari sifat yang buruk kepada sifat sifat yang baik.

KUMPULAN ADAB

ADAB GURU TERHADAP MURID:

Ketahuilah hai saudara-saudaraku, tidaklah sah ilmu tanpa adanya adab dan tidaklah sah adab itu melainkan diketahui oleh masing-masing pihak:

1. Menanggung jawab sesuatu pertanyaan yang di datangkan muridnya, dan di jawab dengan sebenar-benarnya.

2. Jangan lekas marah.

TELAH ADA ALLAH DAN TIADA SESUATU BESERTANYA DAN DIA KINI ADALAH TETAP SEBAGAIMANA ADANYA

Pada martabat zat, segala sifat, nama dan semua kewujudan lenyap di dalamnya, tidak boleh disaksi dan ditakbir lagi. Selagi boleh disaksi dan ditakbir ia masih lagi sifat bukan zat. Apabila sampai kepada perbatasan: “Lemah mengadakan pendapat tentang zat Ilahiat”, seseorang tidak ada pilihan melainkan mengakui wujudnya zat Wajibul Wujud (Wajib Wujud) kerana jika tidak wujud zat nescaya tidak ada sifat dan tidak ada kejadian atau perbuatan. Seorang bukan ahli kasyaf bermakrifat dengan akalnya dan beriman kepada zat Wajibul Wujud setelah terjadi kebuntuan akalnya mengenai hal ketuhanan pada suasana yang diistilahkan sebagai Wahadiyyah atau suasana pentadbiran Ilahi yang juga dipanggil Rububiah. 

SEMBILAN ROH

Wali Songo, Hyang Wali Sangha dalam simbol Majapahit dan dalam simbol Dasabayu diidentikkan secara Islami adalah cahaya (Nur) Mulia (Muhammad) menuju bhakta yang muttaqin. 

MEMANDANG DENGAN HATI

Kalau ditatap mata terhadap gunung-gunung, lautan dan daratan, langit dan bumi tidakkah terasa kebesaran kuasa Tuhan. Jika setiap peristiwa dan kejadian, tidak terasakah ke Agungan-Nya. Setiap nikmat tidak terasakah anugerah Tuhan. Kejadian malam dan siang tidak terasakah pentadbiran dan bijaksana-Nya. Orang yang senang tiba-tiba jadi susah, orang yang susah tiba-tiba jadi senang, hari ini masih punya, besok sudah tak ada, hari ini masih ada jabatan dan besok lepas kuasa, hari ini dan besok adalah penjabaran dari Ketentuan-Nya.