Thursday, February 20, 2014

42 HADIS ARBAIN IMAM NAWAWI

1) Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab r.a, dia berkata, “Saya mendgr Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap org (akan dibalas) berdasarkan apa yg dia niatkan. Siapa yg hijrahnya krn (ingin mendptkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kpd (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yg hijrahnya krn menginginkan kehidupan yg layak di dunia atau krn wanita yg ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sbgmn) yg dia niatkan. (Riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dlm dua kitab Sahih, yg merupakan kitab yg paling sahih yg pernah dikarang).

BULUGHUL MARAM: BAB ADAB

Hadis No. 1467: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Hak seorg muslim terhadap sesama muslim ada 6 iaitu bila engkau berjumpa dgnnya ucapkanlah salam, bila ia mmggilmu penuhilah, bila dia meminta nasihat kpdmu nasihatilah, bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah (ertinya, semoga Allah memberikan rahmat kpdmu), bila dia sakit jenguklah dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)”. HR Muslim.

BULUGHUL MARAM: BAB SILATURRAHIM

Hadis No. 1483: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Brgsiapa ingin dilapangkan rizqinya dan dipjgkan umurnya, hendaknya ia menghubungkan tali kekerabatan.” Riwayat Bukhari.

BULUGHUL MARAM: BAB JENAZAH

Hadis No. 555: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Perbnyklah menyebut pelebur kenikmatan, iaitu: mati.” HR Tirmizi dan Nasai.

BULUGHUL MARAM: BAB ZIKIR DAN DOA

Hadis No. 1567: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: Aku selalu bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak menyebutKu.” HR Ibnu Majah.

BULUGHUL MARAM: BAB HAJI

Hadis No. 726: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanyadan Tiada pahala bagi haji mabrur kecuali syurga.” Muttafaq Alaihi.

BULUGHUL MARAM: BAB ZUHUD DAN WARA

Hadis No. 1497: 

Nu’man Ibnu Basyir r.a berkata: Aku mendgr Rasulullah saw bersabda (dan Nu’man memasukkan dia jarinya ke dlm kedua telinganya): Sesungguhnya yg halal itu jelas dan yg haram pun jelas dan di antara kedua nya ada hal2 yg syubhat yg tidak diketahui oleh kebnykan manusia. 

BULUGHUL MARAM: BAB NAFKAH PEMBERIAN

Hadis No. 1171: 

Aisyah r.ha berkata: Hindun binti Utbah isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah saw dan berkata: Wahai Rasulullah, sungguh Abu Sufyan adalah org yg kedekut. Ia tidak memberiku nafkah yg cukup utkku dan anak2ku kecuali aku mengambil dari hartanya tanpa sepengetahuannya. Apakah yg demikian itu aku berdosa? Beliau bersabda: “Ambillah dari hartanya yg cukup utkmu dan anak2mu dgn baik.” Muttafaq Alaihi.

BULUGHUL MARAM: BAB NIKAH

Hadis ke-1: 

Abdullah Ibnu Masud r.a berkata: Rasulullah saw bersabda pada kami: “Wahai anak2 muda, brgsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya dia kahwin, krn ia dpt menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Brgsiapa blm mampu hendaknya berpuasa, sbb ia dpt mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

BULUGHUL MARAM: BAB JUAL BELI, PERNIAGAAN, TIJARAH

Hadis ke-1: 

Dari Rifaah Ibnu Rafi bahawa Nabi saw pernah ditanya: Pekerjaan apakah yg paling baik?. Beliau bersabda: “Pekerjaan seseorg dgn tgnnya dan setiap jual-beli yg bersih.” HR al-Bazzar.