Thursday, February 20, 2014

BULUGHUL MARAM: BAB HAJI

Hadis No. 726: 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Umrah ke umrah menghapus dosa antara keduanyadan Tiada pahala bagi haji mabrur kecuali syurga.” Muttafaq Alaihi.

Hadis No. 727: 

Dari Aisyah r.a bahawa dia bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kaum wanita itu diwajibkan jihad? Beliau menjawab: “Ya, mrk diwajibkan jihad tanpa perang di dlmnya iaitu haji dan umrah.” HR Ahmad, Ibnu Majah, Bukhari dan Muslim.

Hadis No. 728: 

Dari Jabir Ibnu Abdullah r.a bahawa ada seorg Arab Badui dtg kpd Nabi saw lalu berkata: Wahai Rasulullah, beritahukanlah aku ttg umrah, apakah ia wajib? Beliau bersabda: “Tidak, namun jika engkau berumrah, itu lebih baik bagimu.” HR Ahmad dan Tirmizi.

Hadis No. 729: 

Anas r.a berkata: Ada yg bertanya: Wahai Rasulullah, apakah sabil (jln) itu? beliau bersabda: “Bekal dan kendaraan” HR Daruquthni.

Hadis No. 730: 

Hadis tersebut juga dikeluarkan oleh Tirmizi dari hadis Ibnu Umar.

Hadis No. 731: 

Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw pernah bertemu dgn suatu kafilah di Rauha’, lalu beliau bertanya: “Siapa rombongan ini?” Mrk berkata: Siapa engkau? Beliau menjawab: “Rasulullah.” Kemudian seorg perempuan mengangkat seorg anak kecil seraya bertanya: Apakah yg ini boleh berhaji? Beliau bersabda: Ya bolehdan utkmu pahala.” HR Muslim.

Hadis No. 732: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Adalah al-Fadl Ibnu Abbas r.a duduk di blkg Rasulullah saw, lalu seorg perempuan dari Katsam dtg. Kemudian mrk saling pandang. Lalu Nabi saw memalingkan muka al-Fadl ini ke arah lain. Perempuan itu kemudian berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya haji yg diwajibkan Allah atas hambaNya itu turun ketika ayahku sudah tua bangka, tidak mampu duduk di atas kenderaan. Bolehkah aku berhaji utknya? Beliau menjwb: “Ya Boleh.” Ini terjadi pada waktu haji wada’. Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut riwayat Bukhari.

Hadis No. 733: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ada seorg perempuan dari Juhainah dtg kpd Nabi saw, lalu berkata: Sesungguhnya ibuku telah bernazar utk menunaikan haji, dia blm berhaji lalu meninggal, apakah aku harus berhaji utknya? Beliau bersabda: “Ya, berhajilah utknya. Bgmn pendpt mu seandainya ibumu menanggung hutang, tidakkah engkau yg membayar nya? Bayarlah pada Allah, krn Allah lebih berhak utk ditepati.” HR Bukhari.

Hadis No. 734: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Setiap anak yg haji kemudian stlh baligh, ia wajib haji lagidan setiap hamba yg haji kemudian ia dimerdekakan, dia wajib haji lagi.” HR Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi.

Hadis No. 735: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Aku mendgr Rasulullah saw ketika khutbah bersabda: “Jgnlah sekali2 seorg lelaki menyepi dgn seorg perempuan kecuali dgn mahramnyadan jgnlah seorg perempuan bepergian kecuali bersama mahramnya.” Berdirilah seorg lelaki dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku pergi haji sdg aku diwajibkan ikut perang ini dan itu. Maka beliau bersabda: “Berangkatlah dan berhajilah bersama isterimu.” Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Muslim.

Hadis No. 736: 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi saw pernah mendgr seseorg berkata: Labbaik ‘an Syubrumah (ertinya: Aku memenuhi panggilanMu utk Syubrumah) Baginda bertanya: “Siapa Syubrumah itu?” Dia menjawab: Saudaraku. Lalu baginda bersabda: “Apakah engkau telah berhaji utk dirimu?” Dia menjawab: Tidak. Baginda bersabda: “Berhajilah utk dirimu kemudian berhajilah utk Syubrumah.” HR Abu Daud dan Ibnu Majah.

Hadis No. 737: 

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji atasmu.” Maka berdirilah al-Aqra’ Ibnu Habis dan bertanya: Apakah dlm setiap tahun, wahai Rasulullah? Beliau bersabda: “Jika aku mengatakannya, ia men jadi wajib. Haji itu sekali dan selebihnya adalah sunnah.” HR Imam 5 selain Tirmizi.

Hadis No. 738: 

Asalnya dari riwayat Muslim dari hadis Abu Hurairah

No comments:

Post a Comment