Friday, April 8, 2016

PETUA IMAM AL GHAZALI TENTANG LAILATUL QADAR

Petua Yang Diamalkan Imam Ghazali Dan Ahli-Sufi Meramal Malam Lailatul Qadar. Kelebihan Dan Keistimewaan Malam Lailatul Qadar | 3 hari lagi Bermulahlah 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Bila disebut 10 malam terakhir, pasti kita tidak akan terpaling dengan satu malam yang dikatakan malam bagi seribu malam iaitu malam Lailatul Qadar. Tapi bila Malam itu dari 10 malam terakhir Ramadhan?? Telah berlegar di kalangan ulama dan bijak pandai akan satu formula yang telah digunapakai sejak beratus tahun lalu mengenai malam Lailatul Qadar oleh ahli sufi .

Namun ia bukan bermakna kita perlu yakin dengan formula ini dan ia tidak semestinya tepat, tetapi banyak pendapat juga yg mengatakan formula ini menjadi, seperti tanda-tanda yang muncul selepas keesokan harinya jika lailatul qadar berlaku pada malamnya...antaranya tanda-tanda telah berlakunya Lailatul Qadar adalah cahaya matahari pagi seolah2 terlindung dengan sesuatu yg kita kaitkan dengan sayap malaikat2...ia kelihatan matahari seolah2 redup keputih-putihan terlindung dipagi harinya...ini adalah tanda-tanda lalilatul Qadar yang paling sahih menurut hadis riwayat Muslim.( Sahih Muslim, “Matahari pada paginya tiada pancaran baginya”. (Muslim no: 762)). Berbalik kepada formula ahli sufi tadi dan ada juga yang mengatakan ia adalah petua yang juga diamalkan oleh Imam Al-Qhazali..

Formula ini menerangkan ...
Jika puasa bermula pada hari AHAD= Kemungkinan besar malam ke 29
Jika puasa bermula pada hari ISNIN= Kemungkinan besar malam ke 21
Jika puasa bermula pada hari SELASA= Kemungkinan besar malam ke 27
Jika puasa bermula pada hari RABU= Kemungkinan besar malam ke 29
Jika puasa bermula pada hari KHAMIS= Kemungkinan besar malam ke 25
Jika puasa bermula pada hari JUMAAT= Kemungkinan besar malam ke 27
Jika puasa bermula pada hari SABTU= Kemungkinan besar malam ke 23

Ini bukannya dari hadis nabi atau dari al Quran tapi ini hanya formula yang dicipta oleh ulamak2 sufi terdahulu...mereka mungkin diberikan kelebihan yang istimewa hingga dapat membuat formula seperti ini...tapi sebagai orang Islam yang sempurna...kita tidak sepatutnya menunggu malam2 tertentu sahaja utk beribadat dan mencari lailatul qadar...

Formula ini bukannya 100% tepat tetapi menurut kebanyakan pendapat kebanyakkannya mengena... Contohnya tahun 2012 bermulanya kita berpuasa adalah pada hari SABTU, maka kemungkinan lailatul qadar adalah pada malam ke 23 ramadhan...tapi bukan lah bermaksud selepas malam ke 23 tu kita tak perlu mencari lagi Lailatul Qadar...ada kemungkinan lailatul qadar berlaku selepas malam ke 23 juga...kita umat islam cuma harus percaya bahawa lailatul qadar pasti berlaku...nabi berpesan agar mencari lailatul qadar pada 10 malam terakhir dan nabi membanyakkan ibadat pada malam2 yang ganjil.

Ini adalah satu hikmah kepada kita semua agar kita terus beribadat tanpa menunggu satu malam sahaja utk beribadat… Ini hanyalah satu formula...dan formula ini dibuat oleh ahli2 sufi terdahulu… Artikel ini adalah satu perkongsian ilmu dan bukan untuk mengajak ke arah bidaah...tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku melainkan setelah ia berlalu, menerusi tanda-tanda yang disebutkan seperti cahaya matahari seolah-olah terhalang di awal pagi. Waalahu ‘Alam.

KESANTUNAN DAN PEMBERIAN MAAF

1. Kesantunan adalah penutup yang menutupi, sedangkan akal adalah pedang yang tajam. Maka, tutupilah kekurangan perangaimu dengan kesantunanmu, dan perangilah nafsumu dengan akalmu.
2. Kesantunan adalah perangai yang utama.
3. Kesantunan adalah keluarga.

MEMINTA KEPADA YANG MAHA KUASA

Nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian. Senang, bahagia, suka cita, duka cita, kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka kita akan merasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka kita merasa sedih dan kecewa bahkan kadangkala sampai putus asa. Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara itu adalah baik. Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah S.W.T. Hadapilah kesedihan itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.

HIKAYAT ORANG SHOLEH PASCA MAUT

Tubuh jenazah sedang lalu bertemu Sayyidina Ali ra, lalu beliau berkata, “Orang yang sedang istirehat, atau sedang menjadi beban.” “Siapa yang disebut orang yang istirehat?” beliau ditanya seseorang. “Orang beriman bila mati istirehat dari beban dunia, dan kesengsaraan penghuninya, lalu ia berjumpa dengan rahmat Allah Ta’ala. Sedangkan orang yang menjadi beban adalah orang yang menentang Allah Ta’ala, dan apabila ia mati, para hamba dan negara boleh istirehat.”

ANTARA ILMU DAN MAKRIFAT

Ketika kita mendengar antara ilmu dan makrifat dari dua itu ada perbezaannya : “ilmu mengenalkan kita tentang Allah sedangkan makrifat mengantarkan kita kepada-Nya”. Mungkin banyak yang penasaran dimana beza ilmu dan makrifat padahal buku-buku tentang tasawuf/tarekat/hakikat banyak membahas masalah makrifat sebagai ilmu dan bahkan ada buku dengan judul “ilmu makrifat” atau “Pengantar ilmu makrifat”. Saidina Ali ketika ditanya tentang makrifat, Beliau berkata, “Aku mengenal Allah dengan Allah dan aku mengenal selain Allah dengan cahaya-Nya”. Abu Yazid berkata, “tidak ada keraguan sedikitpun dalam hatiku tentang Allah”. Makrifat berdasarkan ucapan diatas adalah pengalaman seorang hamba ketika sudah mengenal dengan Tuhannya.

ALLAH SWT LAH HAKIKAT DISEBALIK SESUATU

“Bagaimana mungkin dapat dibayangkan, kalau sesuatu dapat menjadi hijab atas-Nya, padahal Dia-lah yang menampakkan segala sesuatu?” “Bagaimana dapat dibayangkan, kalau sesuatu mampu menjadi hijab atas-Nya, apabila Dia-lah yang nampak ada pada segala sesuatu?” “Bagaimana mungkin dapat dibayangkan, kalau sesuatu mampu untuk menjadi hijab atas-Nya, padahal Dia-lah yang terlihat dalam segala sesuatu?” “Bagaimana dapat dibayangkan, kalau sesuatu mampu menjadi penghalang atas-Nya, padahal Dia-lah Yang Maha Melihat atas segala sesuatu?” “Lalu bagaimana dapat dibayangkan, ada sesuatu untuk menjadi penghalang atas-Nya, sedangkan Dia-Iah Yang Maha Ada sebelum adanya segala sesuatu?” 

BERSELAWATLAH KEATAS NABI SAW

Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan: "Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu”

GELAPNYA TITIAN SIRATUL MUSTAQIM

Dengar huraian kitab ttg syurga neraka, rupa2nya titian sirat tu sgt gelap. Sahabat tanya nabi klu gelap mcmna kita nak melintasinya. Kata nabi… dgn cahaya yg keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pd amalan kita masa di dunia. Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat. Ada orang cahayanya terdpt pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu. Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...msa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia berhenti dulu...begitulah dia sepnjg perjlnannya. Ya Allah..dgr mcm ni.. kita rasa kita orang yg punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pd hujung kakinya shj??

SOAL JAWAB BERKAITAN BAIAH

ASSALAMUALAIKUM, Ingin saya bertanyakan kepada Ustaz2 serta para sahabat tentang Baiah:

- Selepas Nabi Muhammad SAW adakah baiah itu diteruskan oleh para sahabat.
- Apakah pengertian baiat yg dilakukan oleh Ulama tarekat
- Bolehkah sesuatu baiah itu dilakukan oleh guru2 di zaman ini dan atas dasar apa.
- Kitab manakah yg banyak mengupaskan isu Baiah ini.

TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 164

Mari kita amati Tafsir Sufi (Isyari) dari Sheikh Abdul Qadir Al Jailani tentang Tafsir Ayat 164 dari Shurah Al Baqarah ini: {{اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ}} [Sesungguhnya dalam penciptaan langit] maksudnya, dalam penampakan Alam Atas (al-ulwiyyat) yang merupakan manifestasi dari berbagai asma dan sifat Allah yang aktif dan mempengaruhi {{وَالْاَرْضِ }} [dan bumi] maksudnya, Alam Bawah (as-sufliyyah) yang merupakan manifestasi dari ketiadaan yang menjadi refleksi dari Alam Atas {{وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ}}