ASSALAMUALAIKUM, Ingin saya bertanyakan kepada Ustaz2 serta para sahabat tentang Baiah:
- Selepas Nabi Muhammad SAW adakah baiah itu diteruskan oleh para sahabat.
- Apakah pengertian baiat yg dilakukan oleh Ulama tarekat
- Bolehkah sesuatu baiah itu dilakukan oleh guru2 di zaman ini dan atas dasar apa.
- Kitab manakah yg banyak mengupaskan isu Baiah ini.
Mohon para Ustaz serta sahabat memberi sedikit penerangan di atas pertanyaan ini. Terima kasih..
JAWAPAN: Kitab haqaiq tasawwuf Syeikh Abd Qadir Isa membincangkn secara terperinci amalan2 tarekat menurut Quran dan sunnah, termasuk baiah.. Dibincangkn juga baiah wanita. Kalau dilihat kandungn baiah adalah sesuatu yg sdh disyariatkan.. Spt baiah aqabah. Baiah tdk mencuri dn tdk berzina, baiah ridwan adalah baiah berperang sampai mati. Jadi baiah itu adalah utk menambah keazaman utk melakukan kewajipan dn ketaatan.
Dlm baiah ada talqin zikir dn ijazah sanad zikir. Yg mana setiap guru itu mendapat keizinan ijazah dpd guru sebelum hingga bersambung sanad hingga Saidina Ali dn Saidina Ali menerima sanad zikir dpd rasulullah SAW. Jadilah ijazah zikir itu sanad yg bersambung Sampai rasulullah SAW. Satu disiplin ilmu yg diiktiraf dlm kalangan para ilmuan. Jawapan Oleh: Sidi Abu Dhiya @ Tn. Hj Md. Nasir Othman Asy Syazuliyyah.
Dlm baiah ada talqin zikir dn ijazah sanad zikir. Yg mana setiap guru itu mendapat keizinan ijazah dpd guru sebelum hingga bersambung sanad hingga Saidina Ali dn Saidina Ali menerima sanad zikir dpd rasulullah SAW. Jadilah ijazah zikir itu sanad yg bersambung Sampai rasulullah SAW. Satu disiplin ilmu yg diiktiraf dlm kalangan para ilmuan. Jawapan Oleh: Sidi Abu Dhiya @ Tn. Hj Md. Nasir Othman Asy Syazuliyyah.
2). KEWAJIPAN MEMPELAJARI ILMU FARDHU AIN
FARDHU AIN bermaksud (fardhu) wajib dan (ain) individu. Bermakna ilmu fardhu ain hukumnya WAJIB dipelajari oleh setiap manusia, hukum tidak mempelajarinya adalah DOSA BESAR kata ulama. Apakah ilmu FARDHU AIN? Ilmu fardhu ain terpecah kepada tiga bahagian iaitu:
1. Ilmu Akidah/ Ilmu tauhid/ Ilmu Usuluddin.
2. Ilmu Feqah
3. Tasawwuf
Maksud AQIDAH adalah pegangan, keyakinan ataupun iktikad seorang islam yg mengaku beriman dan mukallaf. Adapun pegangan umat Islam adalah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yg berlandaskan 2 ulama iaitu Imam Abu Hassan 'Ali Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi.
Ilmu AQIDAH membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi dan ia membicarakan tentang pegangan umbi/asas/kepercayaan umat Islam.
Ilmu FEKAH pula terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Ibadah (solat, haji, zakat dll)
2. Muamalat (ekonomi, jual beli, riba)
3. Jinayah (Hudud, qisas, ta'zir)
4. Munakahat (rumahtangga, perkahwinan)
Ilmu TASAWWUF terbahagi kepada 4 iaitu:
1. Kewajipan hati (Redha,ikhlas)
2. Maksiat anggota badan (tangan, kaki, mata, mulut)
3. Taubat/ Rukun taubat
4. Maksiat Hati (riya', ujub, takkabur)
Maka kesemua ilmu diatas ini adalah ilmu yang PALING WAJIB dipelajari oleh setiap individu Islam. Ketiga-tiga ilmu AQIDAH, FEKAH dan TASAWWUF adalah wajib belajar namun paling wajib adalah ilmu AQIDAH. Mengapa? "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w. Ketika kami kecil, kami mempelajari al-iman (Aqidah) dahulu sebelum kami mempelajari Al-Quran, kemudian selepas kami mempelajari Al-Quran, maka bertambah-tambah iman kami" Diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Ini dalil bahawa dalam Ilmu Fardhu ain, ilmu Aqidah adalah paling utama dan paling wajib di dalam wajib.
3). NASIHAT IMAM AL-GHAZALI
Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:
1.من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها.
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.
3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.
4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6.ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
7.ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia. (Kitab Tanbihul Ghofilin)
No comments:
Post a Comment