Wednesday, July 27, 2016

SYARAT YANG PERLU UNTUK MELAKUKAN ZIKIR

Salah satu syarat menyediakan seseorg untuk berzikir ialah berada di dlm keadaan berwuduk; basuh dan bersihkan tubuh badan dan sucikan hati. Pada peringkat permulaan, supaya zikir itu berkesan, perlulah disebut kuat2 akan perkataan dan ayat yang dijadikan zikir – kalimah tauhid, sifat2 Allah. Bila perkataan tersebut diucapkan usahakan agar kamu berada di dlm kesedaran (tidak lalai). Dgn cara ini hati mendengar ucapan zikir dan diterangi oleh apa yg dizikirkan. Ia menerima tenaga dan menjadi hidup – bukan sahaja hidup di dunia ini bahkan juga hidup abadi di akhirat. “Mereka tidak akan merasa padanya kematian, hanya kematian pertama, dan Dia pelihara mereka dpd azab jahanam”. (QS Dukhaan, ayat 56).

HUBUNGAN HAMBA DENGAN ALLAH

Bagi mereka yg dicahayai oleh Allah maka digambarkan oleh Ibnu Atha'illah dlm Al-Hikam: “Telah terpancar cahayanya dan jelaslah kegembiraanya, lalu ia pejamkan matanya dari dunia dan berpaling darinya, sama sekali dunia bukan tempat tinggal dan bukan tempat ketenteraman. Namun ia jiwanya bangkit di dlm dunia itu, semata menuju Allah Ta'ala, berjalan di dalamnya sembari memohon pertolongan dari Allah utk dtg kpd Allah. Hamparan tekadnya tak pernah terhenti dan selamanya berjalan, sampai lunglai di hadapan Hadratul Quds dan hamparan kemeseraan denganNya, sbg tempat Mufatahah, Muwajahah, Mujalasah, Muhadatsah, Musyahadah, dan Muthala'ah."

APAKAH MAKSUD IHSAN?

Oleh Dr Awang Harun bin Awang Mokti.

Agama ditunjangi oleh Islam, Iman dan Ihsan. Ihsan merupakan pokok (rukun) kepada ajaran Islam. Ihsan adalah sebagai pusat tempat melihat Allah kepada hamba-hambanya, yang menentukan diterima atau tidaknya amalan kita. Ihsan adalah nilai sebuah agama, yang membezakan kita dari agama-agama lain. Amalan dari perbuatan syariat yang baik itu, belum tentu diterima Allah, jika amalan itu tidak disertai dengan nilai ruhiyah (ihsan). Sebut sahaja tentang ibadah, semua orang akan mengaku bahawa ia beribadah kepada Allah, lebih-lebih lagi para alim ulama. 

HAKIKAT 7 HURUF HIJAIYYAH

Mana mungkin boleh melihat yang batin selagi yang zahir belum fana. Hakikat tujuh huruf Hijaiyyah yg tidak ada dalam surah Al-Fatihah berserta 7 neraka dan penghuninya. Hendaklah kita kenal huruf-huruf hijayyah yang Tidak ada didalam Al Fatihah, agar dapat meningkatkan keyakinan kita dalam beragama, dan untuk penyempurnaan dalam beribadah kpd Allah....

Dan huruf-hurufnya adalah seperti berikut : Thsa, Jim, Kha, Zai, Shim, Dza, dan Fa.

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH

Alam sekeliannya adalah kegelapan dan yang menerangkannya adalah kerana padanya kelihatan yang haq (tanda-tanda Allah s.w.t). Barangsiapa melihat alam tetapi dia tidak melihat Allah s.w.t sama ada di dalamnya, disampingnya, sebelumnya atau sesudahnya maka dia benar2 memerlukan wujudnya sahaya2 itu dan tertutup baginya cahaya makrifat oleh tebalnya awan benda2 alam itu. Alam ini pada hakikatnya adalah gelap atau ‘adam, tidak wujud. 

KONSEP KETUHANAN

Allah berfirman: “Dialah yg menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan2 dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang2 ternak pasangan2 (bagi binatang2 itu); dgn jalan yg demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yg sebanding dgn (Zat-Nya, sifat2Nya dan pentadbiran)Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat. (Ayat 11:Surah asy-Syura). “Akuilah kesucian Tuhanmu, (Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan) dari apa yg mereka katakan!” (Ayat 180:Surah as-Saaffaat). 

CAHAYA

ALLAH ITU CAHAYA dan yg lain dari Dia tidak ada cahaya. Setiap cahaya adalah Dia, dan cahaya keseluruhan adalah Dia juga. Cahaya itu adalah sesuatu yg menzahirkan atau yg menampakkan yg lain atau lebih tinggi lagi yaitu sesuatu yg dengannya dan untuknya yang lain dizahirkan bahkan lebih tinggi dari itu lagi yaitu sesuatu yg dengannya utk dirinya dan dirinya yg lain terzahirkan. Cahaya yg sebenarnya ialah sesuatu yg dengannya untuknya dan diri yang lain itu terzahirkan atau ternampakan. Cahaya ialah yg bercahaya dengan sendirinya. Cahaya itu timbul dalam dirinya, dari dirinya dan untuk dirinya. Cahaya tidak datang dari sumber yang lain. Cahaya yang demikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah saja.

ZIKIR PARA ARIF BILLAH MENGGETARKAN ARASY

Hai manusia! Ketika dikatakan kepadamu untuk berzikir kepada Allah, maka bersegeralah engkau untuk berzikir kepada Nya. Karena Zikirmu kepada Nya akan membawamu lebih dekat lagi kepada Nya, dan zikirmu itu akan menggetarkan Arsy Tuhan mu sehingga para Malaikat Arsy bertanya-tanya: ada apa ini? begitu diketahui bahwa ada seseorang yang berzikir kepada Allah maka bersegeralah para Malaikat Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertkbir seraya meohonkan Do’a ke Hadirat Allah untuk kebaikan dan ke’afiatan orang yang tenggelam di lautan zikir. Hai Manusia! Ketahuilah olehmu bahwa tidak ada amalan yg paling disukai Allah dan yg lebih utama selain Zikrullah. Sebagaimana yg di Firmankan Allah: “Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat2 yg lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS, Al ‘Ankabuut : 45)

MENUJU ALLAH SWT

Al-Arifbillah Ibn Athaillah As-Sakandari

"Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya bantuan dari Allah s.w.t. itu walaupun ianya tersembunyi, tetapi ada petanda2 yang menunjukkan kepadanya (bantuan Allah s.w.t. tersebut). Oleh itu, carilah petanda bantuan ketuhanan tersebut dalam diri kamu dengan memelihara hudud Allah (syariat Allah s.w.t.) dan menunaikan perjanjianmu dgnNya (menunaikan kehambaan kepadaNya). Ketahuilah bahawasanya, antara tanda kasih sayang Allah s.w.t. kepada hambaNya ialah takkala seseorang hamba tersebut mengasihi Allah s.w.t.. Adapun tanda bagi kecintaan hamba kpd Allah s.w.t. adalah dgn mengutamakan Allah s.w.t. daripada selainNya. Org yg bahagia ialah org yg diberi oleh Allah s.w.t. akan hati yang sentisa memikirkan keagunganNya, pandangan mata yg sentiasa melihat hal-hal yg boleh memberi pengajaran kepadanya, telingan yang sentiasa mendengar kebaikan dpd Allah s.w.t. (mendengar bacaan Al-Qur’an, zikir dan sebagainya) dan jiwa yang sentiasa bersungguh dalam berkhidmat kepadaNya.

KISAH IMAM AL GHAZALI BERGURU KEPADA TUKANG SEPATU

Suatu malam disaat orang sedang terlelap, Syekh Abdul Wahab Rokan yang saat itu masih muda dan sedang berguru kepada Syekh Sulaiman Zuhdi di Jabbal Qubis Makkah sedang membersihkan kamar mandi Gurunya menggunakan kedua tangannya tanpa merasa jijik dan melakukan dengan penuh ikhlas. Di saat Beliau melakukan tersebut, tiba-tiba Guru Syekh Sulaiman Zuhdi lewat dan berkata, “Kelak tanganmu akan di cium raja-raja dunia”.