Tuesday, July 5, 2016

RUMI DAN BOTOL MINUMANNYA

Suatu malam, Maulana Jalaluddin Rumi mengundang Syams Tabrizi (Guru kepada Maulana) ke rumahnya. Sang Mursyid Syamsuddin pun menerima undangan itu dan datang ke kediaman Maulana. Setelah semua hidangan makan malam siap, Syams berkata pada Rumi; “Apakah kau bisa menyediakan minuman utkku?”. (yg dimaksud: arak). Maulana kaget mendengarnya, “memangnya anda juga minum?’. “Iya”, jawab Syams. Maulana masih terkejut, ”maaf, saya tidak mengetahui hal ini”. “Sekarang kau sudah tahu. Maka sediakanlah”. “Di waktu malam seperti ini, dari mana aku bisa mendapatkan arak?”. “Perintah kan salah satu pembantumu untuk membelinya”. “Kehormatanku di hadapan para pembantuku akan hilang”. “Kalau begitu, kau sendiri pergilah keluar utk membeli minuman”. “Seluruh kota mengenalku. Bagaimana bisa aku keluar membeli minuman?”.

MANSUR AL HALLAJ: 'ANA AL HAQ’

Abad ke-3 Hijriyah merupakan abad yg paling monumental dlm sejarah Tasawuf. Lantaran, pada abad itu cahaya Sufi benar2 bersinar terang. Para Sufi seperti Sari As-Saqathy, Al-Harits al-Muhasibi, Ma’ruf al-Karkhi, Abul Qasim al-Junaid al-Baghdadi, Sahl bin Abdullah at-Tustari, Ibrahim al-Khawwas, Al-Husain bin Mansur al-Hallaj, Abu Bakr As-Syibly dan ratusan tokoh Sufi yang lain. Di tengah pergolakan intelektual, falsafah, politik dan peradaban Islam ketika itu, tiba-tiba muncul seorg ahli Sufi yg dianggap kontroversi di kalangan umum ketika itu. Bukan shj kaum Fuqaha’, malah sebahagian kaum Sufi pun ada yg menentang beliau. Beliau adalah Al-Husain bin Mansur Al-Hallaj, yg mempunyai pengaruh dan meninggalkan kesan yg besar di dalam sejarah Tasauf Islam. 

PAK CU HIM, MENGAJAR ILMU AGAMA DISULAM DENGAN SYAIR

PAK CU HIM dilahirkan pada tahun 1894 di Bendang Daya, Patani. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir. Beliau adalah adik kepada Pak Da Ail Patani, guru di Mekah yg termasyhur. Oleh kerana abangnya digelar Pak Da, maka beliau diberi gelaran Pak Cu Him. Sejak kecil, beliau dididik oleh ayahnya mengikut cara Islam yg dipelajarinya. Kemudian, beliau dihantar belajar agama di Bermin, Patani. Pada tahun 1912, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di Makkah, beliau belajar dengan Pak Chik Wan Daud, bapa saudaranya. Beliau begitu fasih berbahasa Arab disebabkan sejak kecil lagi tinggal di Makkah. Kebolehannya yang istimewa ialah mengarang syair Arab di mana beliau berjaya mengarang sebuah buku Qawaid al-Fiqhiah dlm bentuk syair dgn tulisan tangan. Kebolehan Pak Cu Him telah mendapat pengiktirafan dan diberi tauliah utk mengajar agama di Masjidil Haram selama beberapa tahun.

JUNAID AL BAGHDADI ULAMA SUFI YANG BERTASAUF MENGIKUT SUNNAH

Junaid Al-Baghdadi adalah seorang Ulama Sufi dan Wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli Sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang Ilmu Tasauf dgn ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yg menerangkan tentang Ilmu Tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi. Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di Kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang Guru Sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad. 

BIODATA PENGASAS KHAZANAH FATHANIYAH

Nama Jalur (sebelah ayah). Haji Wan Mohd. Shaghir bin Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Abdur Rahman bin Haji Wan Abu Bakar bin Wan Ma'aris bin Cik Wan Taksim al-Qumari al-Juhuri al-Fathani. Nama Jalur (sebelah ibu). Haji Wan Mohd. Shaghir, ibu bernama Hajah Wan Zainab binti Al-'Alim Al-'Allamah Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal 'Abidin bin Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad Faqih bin Muhammad Zainal 'Abidin@Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi al-Fathani. Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah adalah cucu waris kpd Syeikh Wan Ahmad al-Fathani seorg ulama yg tersohor pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20, lahir pada tahun 1856 dan wafat 1908. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani yg terkenal dga kitab Faridatul Faraid bab aqidah ahlus sunah wal jamaah telah dimaqamkan di Tanah Perkuburan Ma’la, Makkah iaitu dihujung kaki Syaidatina Khadijah al-Kubra.

MENGENANG RIWAYAT SINGKAT ABAH ANOM

LAHIRNYA ABAH ANOM: Syeikh Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin atau lebih dikenali dgn panggilan Abah Anom dilahirkan di Pondok Pesantren Suryalaya Kampung Godebag Desa Tanjungkerta Kecamatan Pagerageung Tasikmalaya pada tanggal 1 Januari 1915 dari rahim Hajjah Juhriyah dgn nama kecil Shohib. Abah Anom merupakan anak kelima dari pendiri pondok pesantren Suryalaya Syekh Abdullah Mubarok Bin Nur Muhammad, yang merupakan Mursyid Thoriqot Qodiriyah Naqsyabandiyah (TQN) ke 36 dari Syekh Tholhah Kalisapu Cirebon.

KARAMAH AL-IMAM AL-ALLAMAH AL-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD

Karamah adalah suatu keistimewaan yang diberikan kepada seorang Wali Allah swt sebagai karunia khusus baginya, sebagaimana mukjizat yang diberikan kepada seorang Nabi atau Rasul sebagai bukti kenabian dan kerasulannya. Kalau seorang Nabi atau Rasul diperintah memperkenalkan diri dan tugasnya kepada umatnya, dan utk membuktikan kerasulan atau kenabiannya, maka ia dibolehkan memperlihatkan mukjizatnya, seperti ketika Nabi Allah Musa as di perintah melempar tongkatnya di depan Fir’aun, sehingga tongkatnya berubah menjadi seekor ular. 

BIOGRAFI SINGKAT AL IMAM AL 'ALLAMAH AL HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL HADDAD (SHAHIBUR RATIB AL HADDAD)

Di masa kecilnya, al-Habib Abdullah mengerjakan shalat sunnah seratus rakaat setiap harinya setelah pulang dari rumah gurunya di waktu Dhuha. Karena itulah tidaklah mengherankan jika Allah swt memberi nya kedudukan sbg ‘Wali Al-Quthub’ sejak usianya masih remaja. Al-Imam Al-’Allamah Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, di lahirkan di Syubair di salah satu ujung Kota Tarim di provinsi Hadhramaut- Yaman pada tanggal 5 Safar tahun 1044 H. Beliau di besarkan di Kota Tarim dan di saat beliau berumur 4 tahun, beliau terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan kedua mata beliau tidak dapat melihat. Meskipun kedua mata beliau tidak dapat melihat sejak usia dini, beliau tetap tidak memutuskan gairahnya untuk menuntut ilmu-ilmu agama dan mengisi masa kecilnya dengan berbagai macam ibadah dan bertaqarrub kpd Allah swt, sehingga mulai dari sejak usia dini, hidupnya sangat berkah dan berguna.

AL GHAZALI, PERGULATAN DLM DIRI SEBELUM MEMASUKI TASAWWUF

Al Ghazali atau Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad, beliau digelari “Hujjatul Islam”. Nama Al Ghazali diambil dari pekerjaan ayahnya sebagai pemintal wol. Lahir di Thus di kawasan Khurasan tahun 450 H. Al Ghazali semasa kecil belajar Fiqih pada Ahmad al-Radzkani. Ketika masih belia dilanjutkan belajar kepada Imam Abu Nashr al-Isma’ili di Jurjan. Al Ghazali belajar kepada Abu al-Ma’ali al-Juwaini yang bergelar Imam al-Haramain. Kemudian beliau mengajar di Baghdad pada tahun 484 H. Dalam karyanya 'Al-Munqidz min-al-Dhalal', diuraikan kegelisahan jiwa Al Ghazali yang menggelora sampai Al Ghazali tertimpa krisis jiwa yang kronik. Akibat krisis ini Al Ghazali mulai meninggalkan jabatannya sebagai pengajar pada Perguruan al-Nizhamiah di Baghdad.

KEKERAMATAN SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Sheikh Abdul Qadir Jailani terkenal sebagai salah seorang ulama besar pada masanya. Malah beliau juga dikenal mempunyai banyak keramah dan tokoh Tariqat Al Qadiriyah. Beliau adalah daripada keturunan Rasullulah saw dan menuntut berbagai bidang ilmu agama di Parsi dan Baghdad dari berpuluh org ulama besar hingga beliau menjadi alim dan mempunyai ramai muridnya sendiri di kota Baghdad, Iraq. Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu dgn Rasullulah saw dan baginda telah meludah ke dalam mulutnya tujuh (7) kali. Sejak peristiwa itu beliau menjadi lebih pintar menyampaikan ceramahnya kepada org ramai dan banyak ilmu hakikat yg diperolehinya. Bagaimanapun, untuk mencapai ilmu hakikat kurniaan Allah itu beliau pernah mengasingkan diri selama berpuluh tahun utk beribadat, berpuasa, berzikir dan membaca al-quran khatam setiap malam. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ada sekumpulan ulama hendak menguji ilmu beliau lalu mereka mengundang beliau hadir ke majlis itu, tetapi tidak ada seorang pun yg berani bercakap. Mulut mereka seolah-olah terkunci dan ingatan mereka hilang sekaligus.