Wednesday, January 27, 2016

DIRI TERDIRI DAN DIRI TERPERI

Adapun diri kita itu DUA perkara, pertama Diri Terdiri, kedua Diri Terperi. Maka Diri Terdiri inilah sifat kehinaan yang jadi daripada ibu-bapa asal daripada Mani tatkala masuk ke dalam rahim ibunya dan tatkala 40 hari lamanya ‘Alaqoh namanya, artinya darah yang bergumpal. Dan tatkala genap 120 hari lamanya Nutfah namanya, artinya daging yang tiada bertulang.

JALAN KEPADA ALLAH

Ketahuilah olehmu JALAN kepada Allah Ta’ala itu empat jalan yaitu pertama Jalan Syariat, kedua Jalan Tariqat, ketiga Jalan Hakikat dan keempat Jalan Makrifat. Adapun yang dikatakan Jalan Syariat itu Kata Nabi, Jalan Tariqat itu Perbuatan Nabi, Jalan Hakikat itu Tempat Kediaman Nabi dan Jalan Makrifat itu Rahsia. Adapun Istana Syariat itu Lidah, Istana Tariqat itu Hati, Istana Hakikat itu Nyawa dan Istana Makrifat itu Kelakuan Nabi meliputi dengan semata-mata sekalian alam. Bermula Syariat itu kerja Tubuh, Tariqat itu kerja Hati, Hakikat itu kerja Nyawa dan Makrifat itu kerja Rahsia.

NAFAS DAN ZIKIR

Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa keluar masuk nafas dengan tiada zikir Allah maka sia-sialah ia". Bermula nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka tatkala naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan Nuzuulu Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWAllah”. Dan tatkala turun kepada 7 petala bumi maka nafas Nabi itu bunyinya Allah. Tatkala masuk pujinya HUWA. Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanaffas namanya, pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya Haqqu Daa'im.

TABIR HAKIKAT

Suatu ketika seorang sufi Abu Bashir sedang berdiri dekat Ka’bah seraya menjuruskan pandangannya kepada orang ramai yang sedang bertawaf, dia tertegun kerana begitu banyaknya orang yang mengerjakan tawaf sehingga kedengaran suara gemuruh takbir, tahmid, tasbih serta do’a, lalu terlintas dalam benaknya tentulah mereka itu mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t. Sejurus kemudian datanglah Imam Ja’far Shaddiq seorang imam besar keturunan Rasulullah s.a.w dan dia mengetahui apa yang terlintas di dalam benak anak muridnya itu lantas berkata kepada Abu Bashir: "Pejamkanlah matamu wahai Abu Bashir...!"

SYARAH AL HIKAM

Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu, Kepada setiap hamba yang mengajinya

7: PENGERTIAN JANJI ALLAH SWT.

Jangan sampai meragukan kamu terhadap janji Allah kerana tidak terlaksana apa yang telah dijanjikan, meskipun telah tertentu (tiba) masanya, supaya keraguan itu tidak merosakkan mata hati kamu dan tidak memadamkan cahaya sir (rahsia atau batin) kamu. Doa dan janji Allah s.w.t berkait rapat. Allah s.w.t menjanjikan untuk menerima semua doa. Hamba sudah sangat kuat dan kerap berdoa. Hamba mendoakan agar diselamatkan daripada sesuatu musibah. Masa musibah itu sampai sudah tiba tetapi keselamatan daripadanya tidak tiba. Timbul keraguan dalam hati hamba itu tentang janji-janji Allah s.w.t.

KEBENCIAN IMAM SYAFI'E TERHADAP SEBAHAGIAN KAUM TAREQAT SUFI

Berkata Imam asy-Syafi’e rah (204H) :

لَوْ أَنَّ رَجُلًا تَصَوَّفَ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ لَمْ يَأْتِ عَلَيْهِ الظُّهْرُ إِلَّا وَجَدْتَهُ أَحْمَقَ.

Seandainya seorang menjadi sufi (pengamal tasawwuf) di awal siang hari, maka sebelum zuhur akan engkau dapati dia termasuk orang yang biul (dungu). [Manaqib asy-Syafi’e 2/207 oleh al-Baihaqi.]

SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT

Pada Artikel kali ini akan membahas tentang Ilmu Syari'at, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Ilmu menurut bahasa diartikan dengan pengetahuan dan menurut pakar ushuluddin diartikan dengan pengetahuan yang sesuai dengan realita. Baik menurut bahasa maupun menurut pakar ushuluddin ilmu mempunyai arti yang sangat luas kerana mencakup semua ilmu pengetahuan baik yang berhubungan dengan dunia maupun akhirat.

QIAMUHU BINAFSIH (BERDIRI DENGAN SENDIRI)

5 yang awal dari sifat-sifat Allah yang 20:

1) Wujud - Ada
2) Qidam - Sedia
3) Baqa' - Kekal
4) Mukholafatuhu Lilhawadith - Tidak sama dengan yang baru (ciptaanNya)
5) Qia muhu binafsih - Berdiri dengan sendiri...

Allah berdiri dengan sendirinya (Qiyamuhu Ta'ala bi nafsihi). Allah ta'ala Maha Hebat, Maha Berkuasa. Allah ta'ala tidak berkehendak (tidak memerlukan) kepada zat yang lain. Allah tidak memerlukan kepada apapun. Hanya makhlukNya (yang bersifat baharu) memerlukan kepada Allah.

ILMU TASAWUF, ILMU HAKIKAT ATAU ILMU BATIN

Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah ilmu tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh. Mengapa pula ia juga dikatakan ilmu tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan sofa’ bermakna bersih atau murni.

PROSES MENGEMBALIKAN DIRI

Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada 'tuan empunya rahsia', maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah SWT. Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada 'alam insan' pada nafsu amarah ke martabat Zat, iaitu nafsu Kamaliah pada maqam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah SWT tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awal. Sesunggunya AllahSWT dalam mengenalkan diri-Nya melalui lidah dan hati manusia, maka Dia telah mentajallikan Diri-Nya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;