Wednesday, January 27, 2016

PROSES MENGEMBALIKAN DIRI

Dalam proses menyucikan diri dan mengembalikan rahsia kepada 'tuan empunya rahsia', maka manusia itu semestinya mempertingkatkan kesuciannya sampai ke peringkat asal kejadian rahsia Allah SWT. Manusia ini sebenarnya mesti menerokai dan melalui daripada 'alam insan' pada nafsu amarah ke martabat Zat, iaitu nafsu Kamaliah pada maqam “Izzatul-Ahdah”. Lantaran itulah tugas manusia semestinya mengenal hakikat diri ini lalu balik untuk mengembalikan amanah Allah SWT tersebut sebagaimana mula proses penerimaan amanahnya pada peringkat awal. Sesunggunya AllahSWT dalam mengenalkan diri-Nya melalui lidah dan hati manusia, maka Dia telah mentajallikan Diri-Nya menjadi rahsia kepada diri manusia. Sebagaimana diperkatakan dalam hadis Qudsi;

“Al-insanul sirruhu wa ana sirruhu" yang bermaksud, 'Manusia itu adalah rahsia-Ku dan Aku adalah rahsia diri manusia itu sendiri'.

Mengenai martabat pengujudan diri rahsia Allah SWT atau dikenali juga 'Martabat Tujuh' itu terbahagi kepada TUJUH Alam. Ketujuh-tujuh martabat atau alam ini terkandung di dalam surah -Al Ikhlas -

QulhuwAllahuAhad – Ahdah

Allahushomad – Wahdah

Lamyalidd – Wahdiah

Walamyuladd – Alam Roh (Alam Malakut)

Walamyakullahu – Alam Misal (Alam Bapa)

Kuffuan – Alam Ijsan

Ahad – Alam Insan

seperti firman SWT dalam Al-Quran,

"Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu-daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya" - surah Ar-Rad: 33.

No comments:

Post a Comment