Thursday, January 7, 2016

KETIKA ALLAH MENAMPAKKAN ANUGERAHNYA (AL HIKAM)

Syeikh Ibnu ‘Athaillah As-Sakandary berkata: “Apabila Allah SWT hendak menampakkan anugerah keutamaanNya padamu, maka Allah menciptakan amal bagimu, dan mengaitkan amal itu kepadamu.”

RAHSIA MENCAPAI DARJAT INSAN KAMIL

Menurut Syekh Siti Jenar, insan kamil atau manusia sempurna adalah mereka yang telah memiliki upaya terus-menerus bagi peningkatan dan pembersihan dirinya, yakni mereka yang telah mampu memisahkan dan melepaskan dirinya dari hal-hal keduniaan. Kerana memasuki wilayah kemanunggalan, walaupun dalam interaksi fisik kemanusiaan tidak terlepas sama sekali. Tujuan pembersihan ini ada dua: pertama, untuk mencapai sifat-sifat Allah. Yakni, bersifat dengan sifat-sifat-Nya yang mulia. Tataran ini mengantarkanpelakunya pada jumbuhing kawula Gusti. Kedua, untuk mencapai Dzat Allah. Yakni, mengenal-Nya melalui makrifat dan hakikat yang mengantarkan pelakunya kepada pamoring kawula Gusti.

MAQAM TAUBAT

Kata dari “Taubat” dalam bahasa Arab berarti “kembali”. Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Taubat adalah maqam awal yang harus dilalui oleh seorang salik. Sebelum mencapai maqam ini seorang salik tidak akan bisa mencapai maqam-maqam lainnya. Kerana sebuah tujuan akhir tidak akan dapat dicapai tanpa adanya langkah awal atau pintu masuk yang benar.

MAQAM MAHABBAH

Imam al-Ghazālī berpendapat bahwa maqām maḥabbah adalah maqām tertinggi dari sekian maqām-maqām dalam tarekat. Dia menggambarkan bahwa maḥabbah adalah tujuan utama dari semua maqām.

TANDA, SEBAB DAN KESAN SOMBONG

Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini. Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat. Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.

TASBIH

Benda ni ada yang panggil tali tasbih.. 
Ada yang panggil cemeti setan.. 
Ada yang panggil tali keneraka kerana padanya benda ni bidaah menggunakannya.. 
Ada yang kata benda ni lebih najis dari anjing dan babi..
Ada yang panggil alat keagamaan hindu dan budha.. 
Ada yang panggil alat kiriman siher.. 
Ada juga yang panggil alat pengingat zikir.. 
Macam macam panggilan..

KAEDAH DAN CARA MENCARI GURU MURSYID

Jika kita ingin mencari guru yang MURSYID yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki makam tauhid: Bangunlah pada sepertiga (1/3) akhir malam, lakukan solat dua (2 ) rakaat dan berdoalah seperti berikut :

ILMU ROHANI ITU ADALAH ILMU RASA

Ilmu rohani juga dikatakan ilmu rasa (zauk) kerana perbahasan ilmu ini adalah mengenai rasa. Yakni rasa-rasa atau perasaan semula jadi yang bertapak di hati sama ada rasa positif atau rasa negatif. Rasa ini berhubung kait dengan roh. Bila ada roh, adalah rasa. Bila roh tidak ada seperti jamadat (seperti batu, pasir, besi), rasa pun turut tidak ada padanya. Ertinya hakikat rasa adalah rohnya. Yang rasa marah itu adalah roh. Yang rasa sakit adalah roh. Yang rasa angkuh pun roh. Yang rasa sabar dan rasa sayang adalah roh. Begitulah seterusnya rasa-rasa yang lain. Sebab itulah ilmu roh ini juga dikatakan ilmu rasa.

SUSAHNYA BERPERANG DENGAN NAFSU

Sabda Rasulullah SAW: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi) Melawan nafsu (mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Dalam bab-bab sebelum ini, kita sudah huraikan betapa sulitnya nafsu itu hendak dikesan dan tersembunyi pula. Sebab itu sesetengah orang tidak dapat mengesannya. Sesetengahnya lagi tidak pernah ambil tahu adanya perkara batin ini. Jadi dia tidak pernah berfikir untuk berperang dengan nafsu sendiri. Golongan ini merasa hairan bila diajak melawan hawa nafsu.

SYARIAT DAN HAKIKAT ADALAH SAMA PENTING

Dinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu sepertimana berlaku di sekolah-sekolah sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekalipun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya.