Hadrat Maulana Mohammed Yusuf Rah. menyampaikan pesanan terakhirnya di Daerah Raiwind, Lahore, Pakistan pd hari Ahad slps solat fajar, pada 24 Dzulkaedah bersamaan 28 March 1965. Pesanannya yg pjg ini telah dicatitkan oleh Maulana Abdul Aziz Khulnawi. Maulana memulakan bayan selepas membaca masnun khutbah spt berikut:
Monday, January 12, 2015
NASIHAT MAULANA SHAUKAT
(UtkSyura&OrgTggjwb-01/04/2015-s.petaling-JorKarkun 4B). Tuan2 yg mulia. Maksud atau tujuan mesyuarat adalah utk menyatukan hati2. Sebanyak mana ada perasaan belas kasihan, perasaan kasih sayang kpd org2 yg bermesyuarat, sejauh itulah mrk dpt menunaikan t/jwb mesyuarat. Mesyuarat bukanlah satu kedudukan. Mesyuarat bukanlah satu jawatan. Syura bukanlah satu kedudukan, bukanlah satu jawatan ttpi ia adalah satu t/jwb dari Allah s.w.t. Bila dlm hati ada perasaan kasih, perasaan sayang, perasaan belas kasihan barulah dpt tunaikan t/jawab sbg ahli mesyuarat. Pada zaman Sayyidina Umar khattab r.hu, beliau adalah seorg khalifah dan org yg bert/jwb buat keputusan dlm mesyuarat, beliau punya perasaan kasih, ambil berat, nakkan kebaikan utk ahli2 mesyuarat. Beliau sentiasa mengambil tahu ttg keadaan mrk2 yg dihantar keluar di jln Allah s.w.t.
BAYAN SUBUH MAULANA OSMAN
(03/04/2015 - sri petaling - Jor Karkun 4B). Tuan-tuan yg mulia. Pertama sekali, kita semua patut bersyukur pd Allah s.w.t atas ehsan dan kurniaan Allah s.w.t yg mana Allah s.w.t telah bagi kita taufiq utk kita ambil bahagian dlm jor ini. Bukan kerana kehebatan, kebolehan yg ada pd kita bahkan semata-mata kerana taufiq drp Allah. Seorang hamba tidak ada kekuatan & kemampuan utk melakukan apa-apa ketaatan dan tidak ada kekuatan utk tinggal apa-apa larangan & maksiat melainkan dgn taufiq dan hidayat dari Allah s.w.t. lahaulawalaquwataillabillah.
BAYAN DR FAROOQ
(16/08/1992 - nizamudin - mesyuarat malaysia 1992). Hendaklah kita semua bersyukur kerana Allah s.w.t telah kurniakan kerja yang mulia ini kepada kita dan melalui usaha ini Dia telah menghubungkan hati-hati kita semua. Tuan-tuan telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan usaha ini. Semoga tuan-tuan menyebarkan kebaikan dan hidayah di tempat tuan-tuan, dan diharap ada juga di kalangan tuan-tuan yang di beri taufiq untuk di hantar ke negara2 jauh.
NASIHAT HADZRATJI
(24/08/93 - nizamuddin - mesyuarat malaysia 1993). Markaz utk seluruh Malaysia hanya satu sahaja iaitu di Kuala Lumpur, sptmana yg telah dimesyuaratkan awal2 lagi. Amalan 24 jam, insyaallah diamalkan di sini (Kuala Lumpur). Begitu juga mesyuarat bulanan seluruh negara diadakan di sini sptimana yg telah diamalkan sehingga skrg. Kedtgan dan pemergian jemaah dlm negara dan luar negara akan dilaksanakan di sini dgn mesyuarat syura Malaysia. Di masjid2 lain di seluruh negara, jemaah masjid hendaklah dibentuk dan gasht hendaklah dijlnkan. Di tempat2 di mana sabguzari diadakan, ianya hendaklah diteruskan, jga mulakan sabguzari di mana2 tempat baru tanpa merujuk pada Nizamuddin. Org2 yg hendak memulakan sabguzari di tempat mereka hendaklah merujuk kpd Nizamuddin melalui syura Malaysia. Mereka yg beri masa 2½ jam atau lebih hendaklah menggunakan masa mereka mengikut tertib yg diberi secara bertulis. Setiap org lama hendaklah buat gasht di masjid marhallahnya bersama2 dgn jemaah masjidnya. Jika ada apa2 takazah lain, hendaklah diutamakan gasht di masjidnya.
BAYAN HAJI MUKIB
(mesyuarat malaysia - 1994). Fadhilat salam iaitu dari pagi hingga petang jika beri salam paling kurang 20 orang pada individu atau jemaah dan jika mati, wajib syurga, begitu juga dari petang hingga pagi esoknya. Amalkan amalan ini maka seseorang itu akan masuk syurga sambil tertawa iaitu:
1). Sebarkan salam,
2). Sentiasa menjamu makan,
3). Bercakap dengan lemah lembut,
4). Qiam (solat) ketika org lain tidur
PESANAN HADZRATJI
(mesyuarat malaysia - 1994). Allah s.w.t menganugerahkan usaha agama ini adalah merupakan satu rahmat. Sejauh mana kita bersyukur sejauh itulah Allah s.w.t akan tambahkan nikmat tersebut. Bersyukur atas nikmat Allah s.w.t bermaksud kita buat usaha dgn bersungguh2, fikir atas segala takazah agama dan pelihara dari perkara2 yg merosakkan kerja kita. Buatlah usaha dengan penuh tumpuan padaNya sahaja. Buatlah dan mesyuarat dan sentiasa bersama, juga taatlah keputusan mereka. Buatlah dgn penuh tumpuan sehingga maut dtg. Jgn kita bertelagah tentang usul. Hormatilah syor saudara kita. Apabila buat kerja dgn kasih sayang usaha akan maju dan tersebar. Ttpi apb kita bertelagah bermulalah kejatuhan.
Ikut sunnah adalah kejayaan dan meninggalkannya adalah kegagalan. Usahakan agar setiap org amalkan sunnah Nabi s.a.w. Jgnlah cakap sia2 dan berbisik2. Nabi s.a.w teruskan usaha sampai letih utk jauhkan cakap sia2. Pernah dlm satu safar Nabi s.a.w meneruskan perjlnan sehingga kesemua sahabat keletihan dan terus lena slps mendirikan khemah. Sibukkanlah diri dgn amalan dakwah. Dakwah adalah penyembuh bagi segala kemusykilan. Berdoalah kpd Allah s.w.t agar diberi taufiq utk kita buat kerja ini. Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha supaya kita bertelagah lalu lalai dari kerja ini. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita dari syaitan dan nafsu.
Ikut sunnah adalah kejayaan dan meninggalkannya adalah kegagalan. Usahakan agar setiap org amalkan sunnah Nabi s.a.w. Jgnlah cakap sia2 dan berbisik2. Nabi s.a.w teruskan usaha sampai letih utk jauhkan cakap sia2. Pernah dlm satu safar Nabi s.a.w meneruskan perjlnan sehingga kesemua sahabat keletihan dan terus lena slps mendirikan khemah. Sibukkanlah diri dgn amalan dakwah. Dakwah adalah penyembuh bagi segala kemusykilan. Berdoalah kpd Allah s.w.t agar diberi taufiq utk kita buat kerja ini. Syaitan dan nafsu sentiasa berusaha supaya kita bertelagah lalu lalai dari kerja ini. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita dari syaitan dan nafsu.
BAYAN PROF ALI NADIR KHAN
(mesyuarat malaysia - nizamuddin - 07/09/1999). Tuan2 yg mulia. Allah s.w.t berfirman, “Allah s.w.t telah beli harta dan nyawa org mukmin sbg ganti kpd syurga”. Mrk adalah org2 yg sanggup mati dan sanggup dibunuh di jln Allah. Satu ketika, isteri saya telah bebaiah dgn Maulana Yusuf rah., beliau beritahu bahawa ini bukan baiah, ttpi adalah pembaharuan baiah (renewal of bai’ah). Bila kita masuk Islam iaitu bila kita mengucap kalimah syahadah, maka pada hari itu juga nyawa kita dan harta benda kita telah dijual pada Allah. Sepatutnya nyawa kita dan harta benda kita harus digunakan berttgn dgn nafsu kita ttpi apa yg terjadi ialah kita gunakan harta kita dan nyawa kita mengikut keinginan2 nafsu kita. Skrg ini kita patut rasa malu dan kesal atas perbuatan kita selama ini dan kita kena bertaubat.
BAYAN MAULANA MUHAMMAD YUSUF
Ketahuilah bahawa ada satu usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda RA dengan tertib yang khas. Apa yang kita kehendaki ialah kita semua perlu mempelajari usaha tersebut. Alhamdulillah, kini saudara2 kita di tempat masing2 sedang mempelajari usaha tersebut sedikit demi sedikit mengikut beberapa peringkat. Tetapi tiada satu pun peringkat2 tersebut yang telah sampai ke tahap yang akhir, bahkan ada di antara peringkat2 ini yang masih dalam tahap permulaan. Hari ini jika setiap individu pada setiap tempat (daerah) yang menjalankan usaha ini menyangka usaha sendiri sebagai usaha yang asal (yakni usaha Rasulullah SAW dan sahabat2 baginda) maka tidak ada seorang pun yg akan sampai ke tahap itu. Kini siapa sahaja yg menjlnkan usaha ini hendaklah kita faham bahawa usaha kita adalah di dlm peringkat permulaan dan hendaklah kita melanjutkan usaha ini hingga ke peringkat akhir sebagaimana yg telah diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW.
BAYAN PROF SALMAN KHAN
Kejayaan dan keberhasilan kehidupan dunia dan akherat hanya terletak pada Agama. Setiap org mempunyai standard yg berbeda terhadap kesuksesan. Padahal standard kesuksesan seseorang ini telah Allah tetapkan, namun kita tidak mampu memikirkannya. Allah telah jadikan sahabat dan kehidupan mereka sebagai model untuk ditiru. Walaupun secara teknis cara hidup mereka berbeda dgn kita skrg. Kesuksesan itu hanya terjadi bila manusia ini dpt memasuki surganya Allah. Kesuksesan hidup di dunia adalah kehidupan yg dapat mengantar manusia ini ke surganya Allah Ta’ala.
Subscribe to:
Posts (Atom)