(03/04/2015 - sri petaling - Jor Karkun 4B). Tuan-tuan yg mulia. Pertama sekali, kita semua patut bersyukur pd Allah s.w.t atas ehsan dan kurniaan Allah s.w.t yg mana Allah s.w.t telah bagi kita taufiq utk kita ambil bahagian dlm jor ini. Bukan kerana kehebatan, kebolehan yg ada pd kita bahkan semata-mata kerana taufiq drp Allah. Seorang hamba tidak ada kekuatan & kemampuan utk melakukan apa-apa ketaatan dan tidak ada kekuatan utk tinggal apa-apa larangan & maksiat melainkan dgn taufiq dan hidayat dari Allah s.w.t. lahaulawalaquwataillabillah.
Mafhum hadith: sepagi atau sepetang di jln Allah s.w.t lebih baik dpd dunia dan seisinya. Lebih baik dpd dunia dan isinya bukanlah bermaksud benda2 dunia, wang ringgit, emas, perak kerana dunia tidak ada nilai disisi Allah s.w.t. walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk. Maksud lebih baik drp dunia dan isinya ialah lebih baik drp seluruh amal2 nafil/sunat yg diamalkan di seluruh dunia. Knp? Satu org yg buat amal nafil, faedah hanya utk diri dia sahaja akan tetapi satu org yg keluar di jln Allah, kesan usaha yg dia buat, bukan shj dia akan dpt faedah bahkan seluruh dunia akan dpt faedah.
Bukan shj manusia dpt faedah ttpi seluruh makhluk Allah akan dpt faedah. Asbab dia buat usaha agama, maka agama akan dpt diamal kan dan akan dtg rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Bila tak buat usaha agama, manusia jadi sesat, agama akan mati, maka kesan dari maksiat dan keingkaran yg dibuat oleh manusia, seluruh makhluk akan dpt kesan buruk amal tersebut. Oleh kerana itu, bila keluar di jln Allah, seluruh makhluk akan doakan maghfirah/doa keampunan utk org itu. Semua malaikat, burung di udara, haiwan di hutan, ikan di lautan, semut dlm lubang, semua makhluk Allah akan doakan keampunan.
Baginda s.a.w dan para sahabat telah buat usaha agama dan sebarkan agama ke seluruh alam. Allah telah bagi pd umat ini t/jawab utk sambung kerja nabi dan rasul. Sahabat telah belajar kerja agama dari nabi s.a.w secara langsung. Nabi s.a.w telah tarbiyah dan didik sahabat bagaimana nak buat usaha agama. Allah s.w.t telah perintah nabi s.a.w utk bermuzakarah dgn org2 beriman kerana ia memberi menafat pd mereka. Maksud Allah cipta manusia dan jin utk beribadat kpd Allah.
Muzakarah ttg agama, ttg usaha agama, macam mana nak hidupkan agama, macam mana nak sebarkan agama. Muzakarah ttg yakin, ttg ketaatan pd Allah, berkaitan dgn dakwah, taklim, zikir-ibadat, khidmat, keikhlasan, muamalat, musyarat, akhlak. Muzakarah setiap bahagian drp agama dan usaha agama. Nabi bukan sahaja telah ajar sahabat utk amal agama ttpi juga bagaimana nak buat usaha agama. Allah telah jadikan sahabat sbg asbab tersebarnya hidayat ke seluruh alam. Allah telah hubungkan seluruh kejayan manusia dan jin dgn agama. Allah telah hubungkan agama dgn usaha baginda s.a.w.
Agama hanya akan dtg dlm kehidupan manusia dgn perantaraan usaha nabi s.a.w. Pada hari pertama nabi dilantik jadi rasul, nabi telah mulakan dgn usaha dakwah dlm umat ini ya ayyuhan nas qulu lailahaillallah tuflihu…, wahai seluruh manusia di seluruh dunia hingga hari kiamat, yakinlah terhadap kalimah lailahaillallah, jalanilah kehidupan kamu bertepatan dgn kehendak kalimah lailahaillallah, maka kamu akan mendpt kejayaan. Abu Bakar, Khatijah, Ali r.a telah ucap kalimah. Nabi telah buat usaha atas 3 golongan lelaki, wanita dan kanak2. Nabi s.a.w telah buat usaha atas setiap lapisan umat. Setiap umat yg ucap kalimah lailahaillallah, nabi telah fahamkan mrk ttg t/jawab kerja agama. Aku adalah penutup bagi segala nabi, tidak ada nabi akan dtg selepas aku, dan tak akan ada umat yg akan dtg selepas dari kamu. Setiap dari umat ini bertggjwb meneruskan fikir risau nabi hingga hari kiamat.
Sahabat faham maksud & tujuan hidup mereka. Bila mereka keluar di jln Allah, mereka terangkan maksud kedatangan mereka. Seorang sahabat Ribbi bin amir telah pergi berjumpa raja kisra. Beliau telah masuk dlm istana yg penuh dgn tentera dan senjata. Beliau dtg dlm keadaan yg kusut, kurus, pakaian tak terurus. Raja tanya adakah kamu dtg sebab tak ada makanan dan pakaian. Ribbi b amir kata kami bukan dtg tapi Allah yg hantar kami kpd kamu. Utk kami keluarkan kamu dari penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Allah. Keluar dari kezaliman dan dtg kpd keadilan islam. Keluar dari kesempitan dunia dan dtg kpd keluasan akhirat. Kami tak nak ambil apa2 dari kamu tapi kami nak bagi kebaikan pd kamu dan nak selamatkan kamu. Ribbi telah keluarkan pedangnya yg patah, yg diikat dgn kain, sambil menghunus pedang, beliau kata ‘aslim taslam’ masuklah islam kamu akan selamat. Sahabat telah buat usaha atas yakin dan tak terkesan dgn selain dari Allah.
Dlm hati mereka tak ada sedikit pun takut pd makhluk. Bukan lelaki sahaja faham maksud mereka dihantar, kaum wanita juga faham. Ummu haram r.ha, dia ada pertalian mahram dgn nabi s.a.w. Dia dan suaminya telah masuk islam semasa di mekah. Mereka telah behijrah ke madinah dan tinggal di pinggir kota madinah. Sekali sekala nabi s.a.w pergi ke rumah dia utk berehat pd waktu tengahari. Sewaktu nabi tengah rehat, tiba2 nabi bangun dan tersenyum. Ummu haram tanya apa yg telah berlaku. Nabi kata aku dpt melihat satu jemaah dari umat aku menaiki kapal seumpama raja di atas takhta sedang keluar di jln Allah. Ummu haram faham maksud dia dihantar oleh Allah. Dia kata, wahai rasulullah, doakan supaya saya ada dlm jemaah itu. Nabi telah doa utk dia. Lepas tu lagi sekali nabi terjaga dan tersenyum. Satu lagi jemaah sedang menaiki kapal keluar di jln Allah.
Ummu haram minta lagi supaya dia berada dlm jemaah kedua itu. Nabi kata kamu ada dlm jemaah pertama sahaja. Selepas kewafatan nabi, zaman abu bakar 2 thn, zaman umar 12 thn, pd zaman sayyidina usman telah hantar satu jemaah utk keluar di jln Allah menaiki kapal. Ummu haram dan suami ada dlm jemaah tersebut. sampai di sebuah pulau, mereka telah buat dakwah dan semua masuk islam. Dlm perjalanan balik, ummu haram telah terjatuh dari binatang tunggangan yg dinaikinya dan patah leher dan syahid di jln Allah. Dia telah dikebumikan di pulau tersebut. pulau tersebut telah dinamakan sebagai pulau perempuan yg solehah. Pulau cyprus. Wanita pun faham maksud mereka dihantar.
Kanak2 juga faham maksud mereka di hantar. Satu org kanak2 sedih bila ayahnya diuzurkan drp keluar di jln Allah. Dia kata kata saya sedih sebab ayah saya tak syahid di jln Allah, ayah saya mati dia atas katil di rumah. Kawan2 saya yg lain akan berbangga bercerita ttg ayah mereka syahid di sana, ayah saya syahid sekian2 tempat. Seorang budak pun faham kemuliaan mati di jln allah. Kanak2 berlumba2 nak keluar di jln Allah. Kanak2 yg belum cukup umur setelah ditafakud oleh nabi sa.w tak dibenarkan keluar di jln Allah, mereka berjingkit atas jari2 mereka supaya nampak tinggi supaya mereka dipilih utk keluar.
Seorg kanak2 yg tak dpt keluar, telah jumpa nabi s.a.w dan minta izin nak bergusti dgn abgnya utk membuktikan kekuatan dia yg dia pun layak utk keluar di jln Allah. Nabi kata boleh gusti, kalau menang boleh keluar di jln Allah. Semasa bergusti dia telah berbisik pd telinga abgnya, kau telah dipilih utk keluar, skrg kau buat2 kalah supaya aku juga dpt keluar di jln Allah. Inilah jasbah yg ada pd kanak2 utk keluar di jln Allah. Semua sahabat lelaki, wanita dan kanak2 faham maksud mereka dihantar dan sanggup buat pengorbanan apa sahaja utk agama Allah s.w.t. Sahabat2 hanya dikenali sbg muhajirin atau ansar. Muhajirin hijrah tinggalkan negara dan keluarga krn Allah atau ansar yg membantu org hijrah di jln Allah. Tidak ada golongan ketiga di kalangan sahabat.
Golongan ketiga hanyalah org munafikin. Tapi hari ni kita gelar diri kita seorg doktor, engineer, lawyer, petani, peniaga, pekilang dan mcm2 lagi kerja dunia yg kita anggap sbg kerja kita. Allah tidak hantar kita ke dunia utk kerja2 tersebut. Kerja dunia yg tak ada nilai disisi Allah swt. Allah telah pilih umat ini dan muliakan umat ini dgn kerja nabi2. Kerja yg paling besar, kerja yg paling mulia. Kita telah tinggalkan kerja yg mulia dan ambil kerja yg tak ada nilai. Kita kena sedar. Kita dihantar utk buat kerja dakwah. Sahabat faham dan Allah telah tundukkan dunia dibawah tapak kaki sahabat. Hari kita telah lupa kerja yg sebenar dan buat kerja2 lain dan umat islam telah ditindas di seluruh dunia.
Hj Abdul Wahab kata bahawa kita tak akan dpt faham maksud hidup kita ini melainkan dgn kita keluar di jln Allah s.w.t. Walaupun kita dah keluar masih lagi belum dpt buat kerja ini sebagaimana nabi dan sahabat telah buat ke tahap yg sebenar. Bagaimana umat ini dpt dikembalikan ke tahap agama yg tinggalkan oleh nabi s.a.w dan tahap usaha agama yg wujud di zaman nabi s.a.w. Sbb tu kita buat jor, buat ijtimak, utk menghidupkan kembalikan usaha nabi s.a.w. Menghidupkan kembali pengorbanan yg dibuat oleh nabi dan sahabat. Dng pengorbanan tersebut agama akan hidup kembali sebagaimana dizaman nabi s.a.w.
Kita diminta utk keluar di jln Allah s.w.t. Sebanyak mana kita bagitahu kpd umat maksud hidup kita maka sebanyak itulah Allah akan bagi kefahaman tentang maksud hidup kita. Kerja kita adalah keluar di jln Allah dan mengeluarkan org lain di jln Allah. Sahabat jadi contoh teladan dlm setiap keadaan. Sahabat telah keluar di jln Allah dan buat usaha tempatan. Sahabat keluar di jln Allah dlm apa sahaja keadaan, bila-bila masa, dgn siapa shj, ke mana sahaja, apa sahaja takazah, setiap masa sanggup korbankan apa shj, harta, diri, masa, kebolehan, kemampuan utk agama. Kita semua kena dtg ke tahap tersebut. Seorang sahabat yg tak dpt keluar di jln Allah telah balik dan menangis, apa silap saya, apa dosa saya, yg menyebabkan Allah tak pilih saya keluar.
Ini jasbah yg ada pd sahabat. Kita niat dan mulakan langkah, insyaAllah satu hari nanti Allah akan sampaikan kita ke tahap pengorbanan sahabat. Kalau kita mati sebelum sempat sampai ke tahap tersebut, Allah akan bangunkan kita bersama para sahabat di akhirat nanti. Umat tak faham maksud hidup mereka dan tak faham kerja t/jawab mereka. Bila nak keluar dan buat kerja, apa yg dtg dlm hati mereka ialah masalah rezeki. Apa anak, isteri nak makan bila keluar jln Allah. Apa akan jadi dgn pekerjaan dan keperluan aku. Ini persoalan yg timbul dlm fikiran umat.
Pertama, nabi telah fahamkan maksud hidup sahabat. Kedua, nabi telah bina iman sahabat. Sahabat ada keyakinan yg mantap pd Allah s.w.t. Mereka tidak ada risau sedikit pun tentang masalah rezeki mereka. Iman sahabat dibentuk dgn perantaraan majlis2 iman yg diadakan di masjid nabi dan dgn perantaraan dakwah iman yakin dikalangan mereka. Nabi telah sibukkan setiap sahabat dgn usaha atas iman. Hati mereka tak terkesan sedikit pun selain dari Allah. Kalau langit tak turunkan walau setitis air hujan dan bumi tak keluarkan tumbuhan, sahabat tak ada syak sedikit pun yg Allah boleh bagi rezeki pd mereka.
Rezeki yg telah ditetapkan tetap akan sampai. Nabi telah bentuk yakin para sahabat. Nabi juga telah bentuk amal sahabat melalui perantaraan taklim fadail. Sahabat dengar kelebihan amal dan nilai2 amal sehingga mereka benci pd dosa dan maksiat, meninggalkan segala perkara yg dilarang oleh Allah. Amal mereka ada roh. Dgn perantaran amal dpt bantuan Allah dan selesai semua masalah. Tidak ada satu benda pun yg dpt menghalang mereka dari keluar di jln Allah. Hari ni, bila usaha tidak dijlnkan iman jadi lemah. Bila dlm rumah usaha atas iman tak dijlnkan, isteri dan anak2 jadi penghalang kpd usaha.
Satu org sahabat telah keluar di jln Allah. Tinggalkan sedikit keperluan dgn isteri di rumah. Selepas 3 hari makanan habis. Isteri dan anak2 lapar. Sahabiah tadi tak zahirkan masalah dia pd siapa2. Dia hanya mengadu pd Allah. Yakin pd Allah. Harap hanya pd Allah. Dia tak minta dgn makhluk. Supaya jiran2 tak tahu yg dia tak ada makanan, dia nyalakan api. Bila nampak asap keluar, jiran2 nampak dan tahu dia sdg memasak. Lepas tu dia pergi solat. Sdg dia bersolat, dtg seorg jiran nak minta api nak masak.
Bila pergi ke dapur tengok banyak roti sedang di masak. Jiran tersebut keluarkan semua roti dari tempat pembakar, susun elok2 dan balik rumah. Para sahabat dan sahabiah sedikit pun tak ada harap dgn makhluk. Dgn perantaraan amal Allah selesaikan semua masalah. Kita buat usaha ini dgn niat utk belajar. Tiada siapa yg pandai dlm usaha ini. Maulana ilyas kata kita niat belajar dlm usaha ini sampai mati. Kena ada 5 sifat :
Pertama, kita kena faham maksud hidup kita.
Kedua, kena bina iman kita.
Ketiga, usaha atas amal kita.
Keempat, sifat ehsan.
Kelima, semata2 kerana Allah.
Kelima2 sifat ini dibuat dgn mujahadah nafsu dan bila kita angkat tangan doa pd Allah, pasti Allah akan terima doa kita. Bila iman dan amal dibentuk maka mudah utk kita berjln dlm usaha ini. Bila usaha dakwah ditinggalkan, iman dan amal jadi lemah. Tak ada hakikat dlm amal. Oleh itu, kita kena keluar di jln Allah. Kita keluar di jln Allah dan ajak org lain keluar di jln Allah usaha atas iman dan amal mrk juga. Setiap umat ini dpt digerakkan dari lorong ke lorong, kpg ke kpg, bandar ke bandar, negeri ke negeri, negara ke negara, benua ke benua dgn jasbah dan cara sahabat.
Setiap umat sanggup korban apa sahaja, harta, diri, masa utk agama Allah s.w.t. Apa maksud kita buat gasht? Belajar bergerak dlm umat dgn membawa sifat seorg da’i semata2 krn Allah. Bergerak dgn zikir, fikir dan risau. Kalau umat bergerak dlm keadaan yg lalai, maka umat akan terkesan dgn dunia. Guru kita yg sebenar dlm usaha ini ialah Allah s.w.t sendiri. Bila kita jaga adab dan usul, taat amir, maka Allah akan tarbiyah/didik kita. Satu lagi perkara yg penting ialah agama akan tersebar dgn akhlak nabi s.a.w. Kita kena bawa akhlak nabi s.a.w dlm diri kita. Dgn akhlak nabi, org bukan islam pun akan dtg kpd agama.
Bila semua org islam dtg kpd agama yg sempurna, maka Allah akan buka pintu hidayat pd org bukan islam. Semoga Allah jadi kita semua asbab hidayat seluruh alam. Kita kena taubat dan istighfar pd Allah atas kelalaian kita dan tak sungguh2 dlm usaha agama. Kita bertaubat dan sediakan setiap org utk bertaubat. Kita kena azam sungguh2 jadikan kerja ini maksud hidup kita. Kita kena buat usaha ini sebagai mana para sahabat telah buat.
Buat pengorbanan sebagaimana sahabat telah buat pengorbanan. Sahabat telah bergerak ke seluruh alam. Mrka telah keluar selama 4B hingga 6B setiap tahun. Baki 8B atau 6B buat usaha tempatan. Separuh siang, separuh mlm, 8 jam setiap hari. Inilah tertib lelaki yg sebenar. 4B setiap tahun, 10 hari setiap bln, 8jam setiap hari. Selama ni kita buat tertib wanita, 40 hari setiap tahun, 3 hari setiap bln, 2½ jam setiap hari. Bila dtg kpd tertib yg sebenar Allah akan buat keputusan hidayat.
Maulana Ilyas telah mulakan usaha ini sorang2 selama 10 tahun. Selepas 10 thn baru dpt 1 jemaah org mewat. Maulana ilyas sangat gembira. Maulana kata akan berlaku satu revolusi/perubahan yg besar. 2-3 kali maulana bagi bayan hidayat dan doa. Langkahan kamu ini akan menggegarkan kota London. Satu hari nanti kamu akan naik kapalterbang pergi ke seluruh dunia. Org mewat nak cakap pun tak reti, mereka cuma kata ucaplah kalimah dan solat lah. Dgn berkat, fikir, risau maka hari ni jemah telah ada di seluruh dunia. Usaha ini Allah dah qabul. Allah dah terima. Sekarang kita kena fikir bagaimana kita diterima dlm usaha ini. Siapa yg sedia dtg kpd tertib lelaki? 4B setiap tahun…bangun bagi nama.
No comments:
Post a Comment