(16/08/1992 - nizamudin - mesyuarat malaysia 1992). Hendaklah kita semua bersyukur kerana Allah s.w.t telah kurniakan kerja yang mulia ini kepada kita dan melalui usaha ini Dia telah menghubungkan hati-hati kita semua. Tuan-tuan telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan usaha ini. Semoga tuan-tuan menyebarkan kebaikan dan hidayah di tempat tuan-tuan, dan diharap ada juga di kalangan tuan-tuan yang di beri taufiq untuk di hantar ke negara2 jauh.
Kita perolehi nikmat ini (nikmat usaha dakwah) bukanlah daripada hasil usaha kita sendiri tetapi semata-mata kerana kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Walaupun manusia berusaha dengan bersungguh2 untuk mendapatkan nikmat ini, namun tidak ada sesiapa pun yg akan memperolehinya melainkan semata2 kerana kemurahan Allah s.w.t sahaja. Kurniaan ini adalah perkara ya ajaib. Apb Allah s.w.t hendak kurniakan sesuatu kpd hambaNya, tidak ada siapa yg dapat menghalangnya. Tetapi jika Allah tidak mahu kurniakannya, tiada sesiapa pun yg dapat memberinya.
Apabila Allah s.w.t hendak berikan hidayah atau nikmat perjuangan agama ini, manusia dtg dari jauh seperti Sulaiman Al-Farisi, Abu Zar Al-Ghifari dan sebagainya, tetapi org yg Allah s.w.t tidak mahu berikan kebaikan ini kepadanya, dia tidak akan berselera walau dpd keluarga Nabi s.a.w dan tinggal serumah dengan Nabi s.a.w. Kita mesti mengaku di hadapan Allah s.w.t bahawa kita lemah, semata2 mengharapkan rahmatNya. Perkara2 dunia Allah s.w.t kurniakan kepada sesiapa shj sama ada org2 yang Dia murka atau org2 yang Dia kasih, tetapi perkara agama hanya dikurniakanNya kepada org2 yang dikasihiNya sahaja. Tuan-tuan datang di atas maksud yang besar iaitu:
1. Utk melihat sama ada tahap fikir dan pengorbanan kita terhadap Islam dan umat meningkat atau tidak.
2. Utk meneliti adakah kita jln kewajipan kita dgn betul mengikut Al-Quran dan Sunnah atau sebaliknya.
Kami di sini bimbang takut2 kita sudah berpuas hati dan memadai dgn tahap skrg, sbb kalau demikian kita tidak akan meningkat ke peringkat tinggi di dlm usaha nabuwwah ini. Satu dpd cara syaitan menipu kita ialah dgn menunjukkan kpd org yg lebih lemah dan jahil dpd kita, walhal Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya di dlm perkara agama hendaklah kita melihat kpd org yg lebih tinggi dpd kita, ttpi di dlm perkara duniawi kita hendaklah melihat kpd org yg lebih rendah dpd kita.
Di dlm menjlnkan tugas2 dakwah hendaklah kita laksanakan kewajipan kita terhadap keluarga kita, jiran2 kita, kaum kerabat terdekat, serta org2 kampung kita, negara kita dan seluruh ummat manusia, jgn asyik memikirkan hal di dlm rumah sendiri shj. Pada asalnya kerja tabligh ini di hidupkan kembali di dlm sebuah masjid kecil di Nizamuddin ini. Kemudian ia berkembang ke seluruh dunia. Demikian di harap tuan2 kembangkan fikir dan usaha ini dpd tempat tuan2 sekalian. Usaha dakwah adalah usaha yg paling tinggi dan mulia, maka usaha ini Allah s.w.t telah kurniakan kpd insan yg paling mulia di kalangan hamba2Nya, iaitu para nabi dan rasul.
Skrg Allah telah anugerahkan kerja nabuwwah ini kpd kita ummat Islam. Ummat Islam adalah ummat yang dimuliakan sbg penyambung usaha kenabian di muka bumi pada akhir zaman ini. Dgn usul2 dan tertib2 dakwah yg Allah s.w.t ajarkan kpd Rasulullah s.a.w, itu jugalah yg Baginda s.a.w bawa dan pimpin para sahabat r.a. Apabila jemaah2 di bentuk, lalu di beri penerangan (bayan hidayat) dan doa barulah jemaah2 itu dikeluarkan ke tempat2 yg dikehendaki.
Kemudian jemaah2 itu balik memberi laporan (karguzari) dan kerja2 pun di perbetulkan. Selepas diberi nasihat dan didoakan barulah jemaah itu bersurai utk menghidup kan kerja2 marhallah tempatan masing2, di samping keluarga dan jiran2. Skrg kita berkumpul untuk membincangkan tentang usul2 dan tertib2 di dalam kerja ini. Usul2l dan tertib2 yg kita dengar di sini (di Nizamuddin) bukanlah daripada fikiran Maulana Ilyas rah. tetapi adalah dpd Al-Quran, Hadith, Sirah Nabawi dan kehidupan para Sahabat r.a. Kerja (dakwah) tabligh bukanlah kerja satu persatuan atau pertubuhan, tetapi adalah sebagai amalan kenabian dan kerja org2 Islam.
Maulana Ilyas rah. tidak pernah merujuk kerja ini kepada mana2 badan atau pertubuhan Islam di dunia ini. Oleh itu, untuk memahami kerja ini, kita dtg ke sini untuk berbincang dan bermuzakarah bagi mencari dan mamahami usul2 yg sebenar dan asli. Org2 yg membuat kerja dakwah mestilah melihat sesuatu dengan betul, iaitu dengan menilik kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t, sedangkan orang-orang duniawi sentiasa melihat makhluk, nampak makhluk dan berfikir tentang makhluk (iaitu perkara2 zahiriah). Seorang peniaga melihat manusia untuk mendapat keuntungan dunia, mencari pelanggan dan org2 politik pula mencari penyokong tetapi seorg pendakwah mesti melihat manusia untuk hidayah dan kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Seorg pendakwah mesti fikirkan, “Apakah kebaikan yg dapat saya berikan kepada org lain? Bagaimana saya dpt berkorban untuk kebaikan insan ini?”. Kita perlu berfikir untuk membantu org lain dan majukan org lain juga di dlm perkara agama. Usaha dakwah ini ada dua landasan. Kita perlu kpd landasan. Selama sebuah keretapi berada di atas dua landasan, ia akan selamat sampai ke tempat yg dituju. Kalau tidak betul2 mengikut landasan bererti ia di dlm bahaya. Burung juga ada dua sayap. satu sayap tak boleh terbang. Usaha dakwah juga mesti ada dua unsur:
1) sentiasa fikir bagaimana hendak tambahkan pengorbanan kita.
2. sentiasa belajar dan tambahkan kefahaman kita di dalam kerja ini.
Oleh itu, selalulah bertanya serta belajar dan buat kerja ini dengan mengikut cara yang betul. Perlu ada majlis-majlis seperti majlis muzakarah, majlis ilmu kitab dan hikmah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment