Saturday, July 16, 2016

TAUBAT DAN SYARAT-SYARATNYA

Manusia tidak luput dari salah dan dosa. Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab atau pembatas antara hamba dengan Allah swt serta Allah memandang hambaNya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayangNya. Jika ini terjadi segala amal ibadah serta kebajikan yang kita lakukan tidak diterima dan tertolak. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat besok, Allah akan menghukum dgn Neraka yang maha dahsyat. Oleh itu wajib setiap hamba Allah itu bertaubat dengan secepatnya jika sudah terlanjur melakukan dosa dan kesalahan. Taubat secara bahasa artinya kembali. Secara istilah artinya kembali kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri padaNya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, susah serta rasa tidak patut atas dosa2 yang pernah kita dilakukan sehingga menangis. 

BERHARAPLAH HANYA KEPADA ALLAH

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yg meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasa nya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba2Ku ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat dpdKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yg aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. 

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya: Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan2 yang jahat). Allah SubhanAllah Wa Taala. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)” (H.R Tirmizi).

UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (H.R.Muslim)

Keterangan: Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yg beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka dpd iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali org yg hatinya dihidupkan Allah swt dengan ilmu".  Mudah2an Allah s.w.t. menjadikan kita di antara org yg berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah s.w.t akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.


TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w, "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yg tandus itu) menjadi lembah yg subur dan dialiri sungai2". (H.R.Muslim)

Keterangan: Skrg kita telah mula menyaksikan kebenaran sabda junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yg dahulunya tandus dan kering kontang ttpi skrg telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput2 dan pohon2 kayu. Contohnya, Padang Arafah yg ada di Makkah al-Mukarramah yg dahulunya hanya dikenali sbg padang yg tandus dan tidak ada pohon kayu. 

Skrg ini Padang Arafah dipenuhi pohon2 kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bwh naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yg merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yg diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Ertinya:  Dpd Anas r.a. bekata, Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan dtg kepada umat ku suatu zaman di mana org yg berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (H.R.Tirmizi)

Keterangan: Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh2, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara2 yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya: Dpd Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda, "Ada dua golongan yg akan menjadi penghuni Neraka yg belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yg mempunyai cemeti2 bagaikan ekor lembu yg digunakan untuk memukul org. Kedua, perempuan yg berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun2kan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yg senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yg sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim). Keterangan: Kebenaran sabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. 

ISLAM BERMULA DENGAN DAGANG DAN BERAKHIR DENGAN DAGANG

Ertinya: Dpd Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah org2 yg asing". (H.R. Muslim).

JENAKA NASRUDIN HOJA

Salah seorang Sufi yg mengajarkan kebenaran melalui tingkah jenaka ialah Nasrudin Hoja. Beliau menyuruh kita untuk menertawakan diri kita sendiri. Nasruddin Hoja seperti Abu Nawas di Timur Tengah, atau Kabayan di Tanah Sunda. Dgn kejenakaannya beliau mewariskan kebijakan dan kearifan. Berikut adalah salah satu kisah Nasrudin Hoja. Alkisah, para filusuf, ahli ilmu mantiq, dan ahli hukum semuanya berkumpul di istana. Mereka bergabung untuk berdebat dgn Nasruddin Hoja. 

ANTARA DOA DOA TOK KENALI YANG LENGKAP (ALFATIHAH)

بسم الله الرحمن الرحيم . الحمد لله رب العالمين . حمدا يوافي نعمه ويكافيء مزيده . يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك وعظيم سلطانك .
اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع الأهوال والآفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيات وبعد الممات وعلى اله وصحبه أجمعين اللهم إني أسئلك من النعمة تمامها ومن الصحة دوامها ومن الرحمة شمولها ومن العافية حصولها ومن العيش ارغده ومن العمر اسعده ومن الاحسان اتمه ومن الانعام اعمه ومن الفضل اعذبه ومن اللطف انفعه . اللهم كن لنا ولاتكن علينا . اللهم اختم بوجهك الكريم إلينا اللهم اختم بسعادة آجالنا وحقق بالزيادة آمالنا واقرن بالعافية غدونا وآصالنا واجعل فى رحمتك مصيرنا ومالنا وصب سجال عفوك على ذنوبنا ومن علينا بإصلاح عيوبنا واجعل التقوى زادنا وفي دينك اجتهادنا وعليك توكلنا واعتمادنا وثبتنا على نهج الاستقامة واعذنا فى الدنيا من موجبات الندامة يوم القيامة وخفف عنا ثقل الاوزار وارزقنا عيش الأبرار واكفنا واصرف عنا شر الأشرار.
اللهم اعتق رقابنا ورقاب آبائنا وأمهاتنا واخواننا وبمشيرتنا من عذاب القبر ومن النار برحمتك يا غفار يا عزيز يا ستار يا حليم يا جبار يا الله يا الله يا ارحم الراحمين انك على كل شيء قدير
وبالاجابة جدير وصلى الله وسلم على سيدنا محمد ن النبي الامي وعلى اله وصحبه أجمعين. سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين . الفاتحة
اللهم بحق الفاتحة وبنور الفاتحة وبحق من أنزلت عليه الفاتحة اسئلك أن ترزقنا الصحة فى الدين والدنيا والآخرة يافارج الهم وياكاشف الغم يا من لعبده يغفر ويرحم يادافع البلاء والنقم ادفع عنا يا الله يا الله يا الله كل بلاء ووباء وهم وغم وضيق وشدة ونقمة وفتنة دعواهم فيها سبحانك الله وتحيتهم فيها سلام وآخر دعواهم ان الحمد لله رب العالمين