Saturday, July 16, 2016

BERHARAPLAH HANYA KEPADA ALLAH

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yg meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasa nya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba2Ku ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat dpdKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yg aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. 

Wahai hamba2ku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan dpdKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba2ku ! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba2ku! Jika sekiranya org2 yang terdahulu dan org2 yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa spt taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yg demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba2ku! Jika sekiranya org2 yang terdahulu dan org2 yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yg demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. 

Wahai hamba2ku! Jika sekiranya org2 yang terdahulu dan org2 yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing2 meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yg demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yg jatuh ke dalam laut. Wahai hamba2ku! Sebenarnya semua itu adalah amalan2 kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu dpdnya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yg menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri.”

No comments:

Post a Comment