Wednesday, January 13, 2016

KISAH LELAKI AHLI SYURGA

Anas bin Malik bercerita, saat sedang duduk bersama sahabat, Rasulullah berkata, “Sebentar lagi, salah satu ahli surga akan muncul di hadapan kalian.” Tak lama, seorang laki-laki dari kaum Anshar muncul dengan sisa air wudhu masih menetes dari janggutnya. Ia menenteng terompah di tangan kirinya. Hari berikutnya, Rasulullah mengulang perkataannya dan orang itu kembali melintas seperti pada kali pertama. Di hari ketiga, Rasulullah mengulang perkataannya, dan kejadian itu kembali terulang. Mendengar ucapan Rasulullah, Abdullah bin Amr mengikuti lelaki yang dimaksud Rasulullah lalu berkata kepadanya, “Aku bertengkar dengan ayahku, aku tidak akan menemuinya tiga hari, apakah engkau berkenan memberiku tempat menginap?” lelaki itu menjawab, “Silahkan, dengan senang hati.”


WUDUK ZAHIR DAN WUDUK BATIN

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya Tuan solat?” Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”. Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

KEPENTINGAN KHATAMUN NUBUWWAT

Oleh: Maulana Manzoor Ahmad Chinioti Rah. Terjemahan: Maulana Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Ar-Ruhani Al-Bazi 'Ufiya ‘Anhu.

Islam menyuruh kepada sepenuh keimanan dengan kepercayaan yang setia dan kukuh dalam pegangan 'Aqidah Khatmun Nubuwwat yakni Kemuktamadan Kenabian pada Rasul yang terakhir daripada Rasul-rasul dan yang merupakan Rahmat untuk alam semesta, Hadhrat Nabi Muhammad S.a.w. Perundangan Islam ini adalah sangat penting bahawa jika terdapat sedikit keraguan pada kesahihannya boleh membawa Iman seseorang kepada kehancuran. Mereka yang tetap memelihara kepercayaan mereka terhadap doktrin asas ini pasti akan dapat melindungi kepercayaan mereka terhadap Agama Allah (SWT).

3 SUFI MASTERS AND THEIR HISTORICAL CONTRIBUTIONS TO SUFISM

Sufism is a mystical path of love that leads to the experience of divine oneness, union with God. On the Sufi path the wayfarer is guided from the illusion of the ego, our sense of a separate self, to the reality that lover and Beloved are one. This is love’s truth that is awakened within the heart.

MUJAHADAH

Mujahadah ialah salah satu istilah yang sering kita jumpa dalam pengajian Ilmu Tasawwuf atau akhlak. Perkataan “mujahadah” berasal daripada perkataan “jihad”, yang bererti usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah. Ia juga membawa pengertian penentangan (perlawanan) terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan negara dan lain-lain seperti hawa nafsu, diktator, kezaliman dan sebagainya. Dalam Ilmu Tasawwuf, mujahadah lebih menitikberatkan kepada usaha melawan hawa nafsu secara bersungguh-sungguh untuk mencapai redha Allah. Orang yang bermujahadah dipanggil ‘mujahid'. Al marhum Said Hawwa dalam kitabnyaتربتنا الروحية menyebut rukun mujahadah ada empat iaitu pertama memencilkan diri, kedua diam, ketiga berjaga malam dan keeempat berlapar.

APAKAH YANG DIKATAKAN ROH

Di dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun (hati), fuaadun(hati sanubari), latifatur-rabbaniah atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja. Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.

QALBU MUKMININ BAITULLAH

Dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika ia baik maka baik  pulalah akhlaknya dan jika ia tidak baik maka tidak baik pula akhlaknya. Ia adalah qalbu atau biasa kita kenal dengan namanya hati. Allah telah berfirman dalam hadits qudsi, “Qalbul mukmin Baitullah.” “Qalbu orang yang beriman itu adalah rumah Allah”. “Tidak dapat memuat dzat-Ku bumi dan langit-Ku, kecuali “Hati” hamba-Ku yang mukmin, lunak dan tenang”. (HR Abu Dawud ).

MATA AIR DARI KAMPUNG DANAU RUNDA

WASIAT-WASIAT SHAIKH ABDUL WAHAB ROKAN AL-KHALIDI NAQSYABANDI. Sheykh Abdul Wahab Rokan Selalu saja rahmat Allah mengalir ke setiap kaum, agar suatu kaum itu terselamatkan dari kesesatan. Cara Allah SWT member rahmat, salah satunya adalah meng-ada-kan orang-orang yang bisa memberikan pencerahan di suatu kaum. Salah satu yang bisa memberikan pencerahan dan meluruskan kaum di Propinsi Riau itu adalah Shaikh Abdul Wahab Rokan Al-Kholidi Naqsyabandi, yang lebih dikenal dengan sebutan Tuan Guru Besilam (Babussalam). Beliau lahir pada tanggal 19 Rabiul Akhir 1230 H bertepatan dengan tanggal 28 September 1811 M. Tempat kelahiran beliau bernama Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sakti, Negeri Tinggi, Rokan Tengah, Kabupaten Kampar, Propinsi Riau. Ayahandanya bernama Abdul Manap bin M.Yasin bin H.Abdullah bin Edek, suku Tembusai. Ibundanya bernama Arbaiyah binti Datuk Dagi binti Tengku Perdana Menteri bin Sultan Ibrahim, kepenuhan (Riau). Beliau wafat pada tanggal 21 jumadil Awal 1345 H bertepatan dengan tanggal 27 Desember 1926 M.

WASIAT IMAM HADDAD TENTANG BERSERAH DIRI DAN IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

"Keluarkanlah setiap harapan ataupun kecemasan yang anda rasakan dalam hati anda terhadap siapa pun di antara makhluk Allah. Sebab, adanya perasaan seperti itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk menegakkan kebenaran dan jangan sekali-kali membiarkan rasa takut akan kemiskinan menyelinap ke dalam hati anda kerana yang demikian itu merupakan seburuk-buruk pendamping diri anda sendiri. Janganlah pula memikirkan secara berlebihan segala yang berkaitan dengan perolehan rezeki. Terlalu memikirkan hal seperti itu tidak ada dasarnya selain adanya keraguan berkaitan dengan takdir Allah Swt. Apa saja keuntungan ataupun kerugian yang telah ditakdirkan untuk anda pasti akan terlaksana dengan atau tanpa usaha anda sendiri, sesuai dengan apa yang telah digoreskan oleh pena Allah dalam Al-Lauh Al-Mahfuzh. 

ANAK KUNCI MENGENAL ALLAH

Mengenal diri itu adalah “Anak Kunci” untuk Mengenal Allah.  Para Arifbillah (orang yang mengenal Allah) mengatakan: MAN ‘ARAFA NAFSAHU FAQAD ‘ARAFA RABBAHU  (Siapa yang kenal dirinya akan Mengenal Allah). Firman Allah Taala: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? (QS. 41:53).