Wednesday, August 24, 2016

MENYAKSIKAN YANG HAQ

Menyaksikan yang haq melalui suasana kedamaian yang datang dari pelepasan segala keduniaan.  Nabi s.a.w bersabda, “Satu ilham Ilahi yang memutuskan seseorang daripada dunia ini dan kurniaan atas seseorang akan kenyataan atau cermin sifat-sifat Tuhan, menampakkan kepada seseorang keesaan Ilahi, lebih baik daripada pengalaman dunia dan akhirat”. Dan, “Orang yang tidak mengalami zauk (keghairahan) yang daripadanya menerima kenyataan makrifat Ilahi dan yang hak adalah tidak hidup”.

TABIR CAHAYA DAN KEGELAPAN

Allah berfirman: “Sesiapa yang buta di dunia buta juga di akhirat." (Surah Bani Israil, ayat 72). Bukan buta mata yang di kepala tetapi buta mata yang di hati yang menghalang seseorang daripada melihat cahaya hari akhirat. Firman Allah: “Bukan matanya yang buta tetapi hatinya yang di dalam dada." (Surah Hajj, ayat 46).

RINDU YANG TAK PERNAH BERTEPI

Menurut Imam Al-Ghazali, Allah SWT pernah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud a.s.: "Wahai Daud! Sampai bila engkau akan menyebut-nyebut Syurga dan tak pernah meminta perasaan rindu kepada-Ku?” Nabi Daud a.s. bertanya:“Siapakah orang-orang yang merindukan-Mu, ya Allah?”

PENGERTIAN WALI SONGO

Istilah Wali Songo terambil dari dua kata - "Wali" dan "Songo". Terminologi "Wali" itu sendiri dalam pengertian bahasa berarti "Lawan" (musuh). Sedangkan pengertian "Wali" menurut ahli hakikat mempunyai dua makna, yaitu barangsiapa yang dipelihara dan dijaga oleh Allah Azza wa Jalla, sebagaimana yang tersirat dalam firman Allah Azza wa Jalla: "Dan Dia (Allah) yang mengendalikan segala urusan orang- orang shaleh (dengan memberikan pertolongan kepada mereka)". 

MENGHADAPLAH HATIMU PADA-NYA DENGAN PENUH TAUHID

Barangsiapa menyembah Allah SWT kerana suatu yang diharapkan daripada-Nya atau kerana merasa dia berbuat dengan sifat taatnya dari sisi taat dia maka akan datang siksa daripada-Nya, maka tiadalah ia berdiri pada haq segala sifat-Nya kerana bahawasanya Hak Tuhan atas segala hamba-Nya itu bahawa menyembah mereka itu akan Dia kerana segala Sifat-Nya yang Jamilah. 

KALAU ADA RASA, BUKTIKAN CINTAMU

Yahya Ibn Muadz Ar-Razi mengatakan, “Siapa saja yang mencintai Allah, maka ia pasti membenci dirinya". Menurut Yahya pula, siapa saja yang tidak memiliki 3 hal berikut ini, maka itu berarti ia tidak cinta. Pertama, lebih mengutamakan firman Allah SWT dibandingkan dengan ucapan manusia. Kedua, lebih mengutamakan bertemu Allah dibandingkan dengan bertemu makhluk. Ketiga, lebih mengutamakan ibadah daripada berkhidmat kepada makhluk.

TAREKAT MENURUT HABIB LUTHFI BIN YAHYA

Makrifat adalah “mengerti dan mengenal”. Mengerti belum tentu mengenal, tapi kalau mengenal sudah pasti mengerti. Jadi makrifat di sini adalah mengenal Allah Swt., seperti halnya kita mengetahui sifat-sifatNya, baik yang wajib, mustahil dan jaiz. Tapi pengenalan itu baru pondasi. Untuk mengenal lebih jauh kita harus sering-sering mendekati Allah Swt. agar Allah juga mendekat dengan kita. Makhluk Allah banyak yang mengerti tapi tidak mengenal Allah. Dengan ilmu makrifat ini, kita belajar mengenal Allah dan Allah pun akan mengenali kita. Tapi tidak semudah yang kita bayangkan, diperlukan ritual-ritual khusus untuk bisa lebih dekat dengan Allah dan agar kita juga tidak lalai dengan Allah.

PERINGKAT-PERINGKAT MATI SEBELUM MATI

"Matikan diri kamu sebelum engkau mati”

MATI YANG PERTAMA iaitu seolah-olah bercerai Roh dari Jasad, tiada daya upaya walau sedikit pun jua, hanya Allah jua yang berkuasa, kemudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaranNya yaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu adalah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu Tubuh Jasad ini kepada yang menanggung amanah yaitu Rohaniah jua. 

25 TANDA KARAMAH ORANG YANG MENJADI PILIHAN ALLAH DI DUNIA

1. Allah swt sentiasa mengingat dan memuji-muji nama mereka kerana mereka selalu memgingat Allah.

2. Allah swt sentiasa mengucap terima Kasih kepada mereka kerana mereka selalu bersyukur kepada Allah.

3. Allah swt sangat kasih dan cinta kepada mereka. Kerana mereka sentiasa berselawat keatas kekasihnya iaitu Nabi Muhammad saw.

HAKIKAT NUR MUHAMMAD (ASAL KEJADIAN)

(Keterangan berikut adalah suntingan dari kitab 'Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar' oleh Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani r.a. Maka berkata Shaikh tentang Nur Muhammad (iaitu Hakikat Muhammad) atau ringkasnya asal kejadian. Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukaiNya dan Semoga kamu memperolehi keredhaanNya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.