Thursday, January 28, 2016

FASA-FASA PENCIPTAAN ALAM SEMESTA MENURUT ALQURAN

Kamus Besar Bahasa Indonesia mendefinisikan kata ‘fasa’ adalah tingkatan masa (perubahan, perkembangan, dsb). Sehingga dapat disimpulkan perkembangan ataupun perubahan tahap-tahap penciptaan alam semesta dalam hal ini ditinjau dari AlQuran dan tidak lupa juga menyertakan penjelasan di dalam Hadits. Akan tetapi, menyusun tahapan penciptaan alam semesta di dalam AlQuran bukan perkara yang mudah – disamping minimnya referensi terutama asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) ataupun penjelasan dari hadits berkaitan dengan fase-fase penciptaan diperparah dengan kemunculan cerita-cerita dari Israiliyat dan hadits yang dlaif maupun maudlu (palsu).

KASYAF

Kasyaf adalah terbukanya perkara ghaib pada alam rasa dan penyaksian mata hati. Apa yang dipikirkan dan dijumpai melalui ilham dapat dirasakan atau disaksikan melalui kasyaf. Maqam kasyaf membuka perkara yang tersembunyi dibalik yang nyata dan juga membuka hal hal alam ghaib yang tidak dapat dipandang dengan mata, tidak dapat difikirkan dan dikhayalkan dan keluar jauh dari logik kita.  Ilmu kasyaf memungkinkan seseorang memperoleh pengetahuan tentang alam rohani seperti Alam Jin, Alam Barzakh, syurga dan neraka. 

SOLATUL DAIMUN HAQ

Konsep beribadah 24 jam,Solatul Daimun Haq. Solat fardhu sblm fardhu, Solat fardhu semasa fardhu, Solat fardhu sesudah fardhu. "Ingat itu Zikir, Zikir itu Nafas, Nafas itu Laa Huruffin Wala Sautin”, Disini inginlah saya memperjelaskan bahawa maksud, erti atau makna zikir nafas itu, adalah zikir yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Adapun zikir yang tidak berhuruf dan bersuara itu, adalah zikir yang tidak menggunakan bibir mulut dan tidak menggunakan buah tasbih. Namun, sebelum itu, tuan-tuan kena faham dulu, apakah itu makna, maksud atau erti zikir. Adapun maksud perkataan zikir itu adalah dalam bahasa Arab. Bila mana dimelayukan ianya bermaksud "Ingat". Zikir dalam bahasa arab manakala dalam bahasa melayu pula ertinya "ingat".

KEWUJUDAN ALLAH

Tuan-tuan dan puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Semoga Allah melindungi, merahmati dan memberkati ilmu kita. Ketahuilah oleh mu, duhai saudara-saudara seagama ku!. Bahawa sebenar-benar Allah itu, tidak ada zat! Dikatakan Allah itu ada zat (zat Allah) itu, hanyalah sekadar mempermudahkan faham. Terutama dperingkat pengajian toriat (jalan). Yang mempunyai zat itu, adalah sifat makhluk!. Mana mungkin sifat Allah besamaan dengan sifat makhluk. Seumpama zat bagi gula itu, adalah manis dan manakala zat bagi makhluk itu, adalah roh!. Jika gula zatnya manis dan zat bagi manusia itu roh, mana pula yang dikatakan zat Allah?. Zat Allah itu apa? Sedangkan Allah itu, Allahlah, mana ada boleh diumpamakan Allah itu, dengan perumpamaan yang lain. Allah itu Allah!.

PEMBAHAGIAN ILMU OLEH PARA ULAMA

Adapun pembahagian ilmu adalah:

1. Syariat
2. Tarikat
3. Hakikat
4. Maarifat

MEMAHAMI TAWASSUL

Pembaca yang dirahmati Allah, tawassul adalah mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya, beribadah kepada-Nya, mengikuti petunjuk Rasul-Nya dan mengamalkan seluruh amalan yang dicintai dan di ridhai-Nya, lebih jelasnya adalah kita melakukan suatu ibadah dengan maksud mendapatkan keridhaan Allah dan surga-Nya. Tentu saja ini merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang sering kali kita lakukan dalam kehidupan kita namun perlu diketahui bahwa tidak sedikit pula orang yang terjerumus kedalam tawassul yang itu sama sekali tidak di syari’atkan di dalam agama Islam. Ada sebahagian orang yang mentakwil hadits-hadits tentang tawassul dengan berdasarkan akal pemikiran dan hawa nafsu belaka. Sehingga muncullah berbagai bentuk tawassul yang sama sekali tidak ada tuntunannya dalam syari’at Islam bahkan merupakan kesyirikan yang besar.

ILMU LADUNI

Apa itu Ilmu Laduni? Sebahagian orang mungkin belum pernah mendengar istilah Ilmu Laduni. Sementara sebahagian lagi yang sudah pernah mendengarnya mungkin berpikir bahwa Ilmu Laduni tidak benar-benar ada. Secara kasar, Ilmu Laduni adalah ilmu yang mempunyai manfaat menjadikan seseorang mendapatkan ilmu atau pengetahuan tanpa proses belajar. Pengertian tersebut seakan mustahil dan sulit di percaya. Inilah karunia Tuhan dalam berbagai bukti atas kekuasaan-Nya dengan menciptakan berbagai ilmu. Pastinya tidak ada yang tidak mungkin jika Tuhan meridhai. Kata laduni (Ladunni), berasal dari bahasa Arab, akar kata dari Ladun/ Laday, yang berarti dekat/ pangkuan.

SYARIAT. TARIKAT HAKIKAT MAKRIFAT

Ilmu Fiqih perlu disertai Tasawuf. Letakkan dunia ditangan bukan di hatimu. Pesanan Imam Syafie rah: “Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih (perkara syariat) dan juga menjalani tasawuf (thariqat, hakikat dan makrifat) , dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelezatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mau mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik (muslim yang ihsan) (Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i hal 47)

PENGASINGAN DIRI DARI DUNIA DENGAN MEMASUKI KHALWAT DAN SULUK

Khalwat dan suluk harus dilihat secara zahir dan batin. Khalwat zahir ialah apabila seseorang mengambil keputusan untuk memisahkan dirinya daripada dunia, memencilkan dirinya di dalam satu ruang yang terpisah daripada orang ramai supaya manusia dan makhluk di dalam dunia selamat daripada kelakuan dan kewujudannya yang tidak diingini. Dia juga berharap agar dengan berbuat demikian sumber kepada kewujudan yang tidak diingini, egonya dan hawa nafsu badannya akan terpisah daripada bekalan hariannya dan terhenti juga segala yang memuaskan dan mengenyangkannya. Seterusnya dia berharap pengasingan itu akan mendidik egonya dan seleranya, memberi peluang kepada perkembangan diri rohaninya.

APA MAKSUD SEBENAR KEMBALI KEPADA SUNNAH?

Apa maksud sebenar seruan 'kembali kepada Sunnah Nabi s.a.w.? Sebahagian yang menggelarkan diri mereka 'salafi' begitu asyik dengan seruan ini seolah-olah sekali pandang kita akan menyangka bahawa masyarakat kita begitu 'jauh' dari Sunnah Nabi s.a.w. Adakah begitu keadaannya? Ada baiknya kita melihat kepada maksud seruan kembali kepada Sunnah atau kembali memahami Islam dengan panduan Sunnah Nabi s.a.w. Sudah pasti kita semua tahu dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menunjukkan perintah untuk kita meletakkan kedudukan Nabi s.a.w. dan Sunnah Baginda pada kedudukan 'rujukan' dalam agama. Tapi apakah maksud 'rujukan' di sini? Seruan yang kita dengar daripada sebahagian 'salafi' ialah mereka ingin kita kembali kepada Sunnah tetapi dalam seruan mereka ada sedikit kekeliruan, antaranya: