Friday, January 8, 2016

NABI ALLAH KHIDIR

Nama sebenar Nabi Khidir ialah Balya bin Malkan bin Faligh bin Abir bin Syalikh bin Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh a.s (Nabi) dan gelarannya pula ialah Abu Al Abbas. Beliau juga dikenali dengan panggilan Khidir kerana dua sebab: pertama - Rasululllah s.a.w bersabda, “Dia dinamakan Khidir kerana ketika dia duduk di atas rumput, tiba-tiba memancar cahaya hijau dari arah belakangnya (HR Bukhari daripada Abu Hurairah). Sebab kedua ialah Al-Khattabi berkata, “Dia dinamakan Khidir kerana wajahnya cantik dan berseri-seri (Rujuk Al-Bidayah Wan Hinayah - Ibnu Katsir 1/327).

BIMBINGAN ROHANI SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani pada penutup surah Ali Imran dalam Tafsir Al-Jailani mengatakan: “Wahai pengikut Muhammad yang selalu mengawasi (memerhatikan) limpahan kasyf, syuhud, yaqin, dan turunnya ketenangan dan ketenteraman, hendaklah engkau bersabar atas segala musibah dan petaka yang menimpamu, serta membuatmu menyadari atas pelbagai cobaan dan ujian Ilahi. Kerana semua itu akan mengokohkan pendirianmu di dalam tauhid, meluruskankan tekadmu dalam menempuh jalan fana`, serta meningkatkan hasratmu dalam menggapai baqa`.

BAHLUL ITU BUKAN BODOH TAPI BIJAKSANA

Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, terdapat seorang ulama sufi bernama Syeikh Junaid Al-Baghdadi yang tersohor dengan ketinggian ilmunya. Selain menjadi pelopor kepada Ilmu Tasawwuf Islam, beliau juga cukup dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya di jazirah Arab. Suatu ketika, Syeikh Junaid telah berangkat ke kota Baghdad bersama pengikutnya atas urusan perniagaan. Sebaik urusannya selesai, Syeikh Junaid telah bertanya tentang seorang lelaki dan berhasrat untuk menemui sosok yang dimaksudkan. "Kenalkah kalian lelaki bernama Bahlul di kota ini?", tanya ulama tersebut kepada anak muridnya. Mereka menjawab, "Ya, dia seorang yang gila. Apakah yang tuan perlukan daripadanya?” "Cari lelaki itu kerana ada sesuatu yang aku perlukan daripadanya", kata Syeikh Junaid.

KISAH ABU YAZID AL BUSTAMI DAN MENGISLAMKAN PADERI SAMAAN

“Abu Yazid Al Bustami merupakan seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, “ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.” Semua paderi menjadi gempar dan mereka menghendaki orang itu di bunuh. Namun ketua paderi mencegahnya, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

HAKIKAT MATI SI AHLILLAH (SUFI)

“Mati” dalam pandangan orang-orang Ahlullah sufi bukan bererti sekadar “bercerai nyawa dengan badan”. Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya dan terbang bebas dan hijab dan merasai kebebasan hakiki bersama Wujud Yang Maha Murni . Badan itu ditinggalkan dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup dan baqa bersama hakikatnya.

CIRI KHAS KAUM SUFI DARI ETIKA

Apakah keadaan dan ilmu yang membezakan mereka dari ulamak yang lain?

Syeikh Abu Nashr as-Sarraj rah berkata: Hal pertama yang merupakan ciri khas kaum Sufi yang membezakannya dari Ulama yang lain setelah mereka boleh melakukan semua kewajiban dan meninggalkan larangan, adalah meninggalkan hal-hal yang tidak dianggap perlu dan penting, memutus semua hubungan yang hanya akan menghambat/ menghalang antara mereka dengan apa yang diinginkan dan dituju. Sebab yang menjadi maksud dan tujuannya tidak lain adalah al-Haq, Allah Azza Wa Jalla. Mereka memiliki adab (etika) dan keadaan spiritual yang beragam. 

ANTARA NUR MUHAMMAD DAN NABI MUHAMMAD

Hakikat Nur Muhammad ini perlu diterangkan dgn lebih lanjut dan jelas agar bisa difahami oleh semuanya.

* Apa itu Nur Muhammad ?
* Apa hubungannya dengan diri Nabi Muhammad ?
* Apa hubungannya dengan diri manusia ?

ABU DARDA SAHABAT YANG ZUHUD DAN TAAT BERIBADAH

Nama beliau adalah Uwaimir bin Amir bin Mâlik bin Zaid bin Qais bin Umayyah bin Amir bin Adi bin Ka`b bin Khazraj bin al-Harits bin Khazraj. Ada yang berpendapat, namanya adalah Amir bin Mâlik, sedangkan Uwaimir adalah julukannya. Ibunya bernama Mahabbah binti Wâqid bin Amir bin Ithnâbah. Beliau termasuk Sahabat yang akhir masuk Islam. Akan tetapi, beliau termasuk Sahabat yang bagus keislamannya, seorang faqih, pandai dan bijaksana. Rasulullâh S.a.w mempersaudarakannya dengan Salman al-Fârisi r.a. Nabi S.a.w mengatakan, “Uwaimir adalah hakîmul ummah (seorang yang sangat bijaksana).” Beliau mengikuti berbagai peperangan setelah perang Uhud. Adapun keikut sertaan beliau dalam perang Uhud masih diperselisihkan. [Usudul ghâbah 5/97].

TAUBAT PEMBERSIH JIWA

Syeikh Ibnu Atha'illah mengatakan: "Bertaubatlah kepada Allah setiap saat, kerana hal tersebut dianjurkan dan diperintahkan oleh-Nya. Allah SWT berfirman, "Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kalian beruntung."  (QS An-Nur: 31). Taubat adalah sarana yang menghantarkan seorang hamba menjadi kekasih Allah. "Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (QS Al-Baqarah: 222)

ALLAH, ADAM DAN MUHAMMAD TIDAK TERPISAH

Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan manusia, maka yang dimaksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah menyatakan: