Jika kita membicangkan mengenai teknologi Melayu pra Islam maka tidak boleh tidak kita akan memperkatakan mengenai teknologi seni bina Melayu purba pada zaman Sriwijaya, Funan dan Champa. Kehebatan teknologi tamadun-tamadun rumpun Melayu ini terserlah menerusi pembinaan rumah-rumah ibadatnya seperti wat dan candi. Seni bina Melayu Funan sebagai contohnya dapat dilihat manifestasinya di Kemboja sekitar sebelum abad ke 7 Masihi malah menjangkau ke beberapa abad selepas itu terutamanya zaman Chenla kerana kerajaan ini adalah warisan Funan juga, malah ada yang mengaggap wat Anghkor yang terkenal tersebut sebagai benda ajaib dunia. Kerajaan Anghkor sebenarnya adalah warisan kerajaan Chenla, kerajaan ini juga ada hubungan politik dan intelektual dengan kerajaan Melayu Champa.
Sunday, January 31, 2010
PENGARUH MELAYU DI ISTANA KEMBOJA: ABAD KE 16
Artikel kali ini adalah mengenai pengaruh orang Melayu di Kemboja sekitar zaman pasca Angkor atau zaman dimana hagemoni kerajaan Khmer telah mengalami kemunduran teruk akibat serangan bertubi-tubi daripada Siam dan Vietnam serta pemberontakan dalaman. Sebelum itu ingin saya maklumkan bahawa sebenarnya pembabitan rumpun Melayu atau orang Melayu dalam politik istana Khmer sebenarnya telah bermula sejak zaman purbakala lagi.
HUBUNGAN SRIWIJAYA DAN KERAJAAN CHOLA
Hubungan Empayar Melayu Sriwijaya dengan Kerajaan Chola selatan India adalah sebuah hubungan yang agak kompleks. Adakalanya hubungan kedua kerajaan ini renggang sehingga membawa peperangan dan pada masa lain pula baik bagaikan saudara. Sebelum kita pergi lebih jauh saya ingin membawa anda ke selatan India bagi memperkenalkan kerajaan India yang pada suatu masa dahulu pernah menyerang Nusantara.
KOTA MELAKA YANG SEBENAR
Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510, pihak Portugis sering menghantar pengintip mereka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka.
PENGARUH MELAYU DALAM MASYARAKAT BUGIS MAKASSAR
Sesungguhnya, kehadiran bangsawan Bugis Makassar di Tanah Melayu tak ubahnya seperti fenomena arus balik sejarah. Jauh sebelum mereka masuk ke jantung kekuasaan Melayu, orang orang Melayu lah yang lebih dahulu berperan dalam dinamika lokal di negeri Bugis Makassar.
TANAH PARA DEWA, TEORI TANAH PUNT
Teori Punt di Nusantara adalah lebih kukuh berbanding dengan teori-teori lain. Salah satu buku rujukan adalah karya Sir Thomas Stamford Raffles, The History of Java. Beliau menyatakan bahawa sememangnya ada petunjuk yang menyatakan bahawa terdapatnya pertapakan masyarakat Mesir purba di kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara.
HUBUNGAN SRIWIJAYA DENGAN PARSI, KHILAFAH DAN KINGDOM OF PRESTER JOHN
Dalam artikel ini kita akan lihat sebesar mana dan sejauh mana pengaruh Sriwijaya dalam lembaran sejarah dunia. Agak sukar untuk kita mencari catatan tentang Sriwijaya dalam hikayat atau catatan tempatan, hal ini mungkin kerana kurangnya kesedaran dikalangan rakyat marhaen Sriwijaya untuk menulis.
JAWAKA
Kali ini kita cuba untuk membincangkan sedikit sebanyak penjelasan tentang sebuah empayar yang dinamakan oleh orang orang Arab sebagai Zabag atau Zabaj. Tidak diketahui secara tepat sejak bila orang orang Arab mula mengenali sebuah kerajaan yang bernama Zabag ini. Namun demikian antara catatan terawal yang dijumpai menyebut nama Zabag adalah catatan daripada Ibnu Khordazbeh sekitar tahun 844-848 M.
KAMBOJAS
Artikel kali ini akan membuka satu topik yang pada saya agak kritikal dan kabur dalam pensejarahan dunia dan Asia Tenggara khasnya iaitu mengenai asal usul bangsa atau suku yang diusebut sebagai Kambojas. Siapakah sebenarnya suku Kambojas dan apakah kaitannya dengan kita?
PENDEKAR MELAYU DALAM SEJARAH DINASTI TANG?
Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini agak pelik bagi sesiapa yang tidak arif tentang sejarah ketamadunan Melayu, namun bagi yang suka membaca buku sejarah maka kehadiran orang Melayu di China adalah perkara yang tidak dapat disangkal. Ketika membuat kajian tentang hubungan China dengan negara-negara kota Melayu saya telah terjumpa satu perkara yang amat menarik. Semuanya berkait dengan perkataan Kunlun.