Sunday, July 24, 2016

JANGAN PENUHI DENGAN DUNIA

Anak-anak sekalian, aku melihat aktivitimu bukanlah upaya untuk Muraqabah kepada Allah Azza wa-Jalla, yang sentiasa takut kepadaNya, tetapi lebih merupakan hubungan kaum jahat dan kehancuran, hubungan yang memisahkan diri dari Para Wali dan Para Sufi. Hatimu kosong dari Allah Azza wa-Jalla, dan kamu penuhi dengan kesenangan dunia, pendukungnya dan benteng2nya. Ingatlah bahwa rasa takut kepada Allah Azza wa-Jalla itu merupakan muatan yg menjaga hati dan menerangi qalbu, penjelas dan penafsir. 

JIBRIL A.S - SEPENINGGALAN RASULULLAH S.A.W

Sewaktu Baginda Rasulullah saw gering, terlontar satu soalan pada Jibril a.s: “Wahai Jibril as, adakah kau akan turun ke bumi setelah aku tiada?”

“Masih lagi Ya Rasulullah, ku turun ke bumi untuk mengambil 10 Mutiara hidup peninggalan mu”.

Lalu Baginda s.a.w. bertanya kembali: “Mutiara apakah yang kau akan ambil?” Jibrail a.s menjawab: 

Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah BARAKAH:

HALAWATUL IMAN ATAU KEMANISAN IMAN

Apakah itu Halawatul Iman atau Kemanisan Iman? Halawatul Iman bermaksud berasa gembira dalam beribadat , sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah swt dan RasulNya serta mengutamakan Allah swt dan RasulNya melebihi harta benda dunia. Mengapa pentingnya Halawatul Iman ini buat kita? Ianya kerana apabila kemanisan dan kelazatan iman telah bertapak di jiwa, tiada lagi rasa penat, sukar, bosan, malas dan rugi dalam melaksanakan tuntutan Allah swt. 

TERSERAH PADAMU YA ALLAH

Suatu hari Guru berkata: “Sebagian besar manusia berdoa agar diberi kekayaan duniawi, sebagian kecil orang-orang yang fokus kepada ibadah berdoa agar diberikan kekayaan akhirat, sedangkan aku tidak berdoa apa-apa tentang itu, aku terserah apa kehendak Allah”. Di lain kesempatan Beliau berkata: “Orang awam mohon kepada Allah agar dijauhkan dari bala, sedangkan bagi sebahagian Wali/Nabi justru meminta bala atau cubaan dari Allah kerana bagi mereka cubaan adalah bentuk dari perhatian dan kasih sayang Allah, sedangkan aku, terserah kehendak Allah semata, diberi nikmat aku syukuri, diberi cubaan aku syukuri, bagi ku keduanya sama-sama berasal dari Allah Yang Maha Baik”. 

SYIRIK KHAFI YANG TERSEMBUNYI LAGI HALUS

Imam Arsalan ada menyebut dalam risalah At-Tauhid (lalu disyarah oleh Imam Abdul Ghani An-Nabulsi dan Sheikhul Islam Zakaria Al-Anshori): 

كلك شرك خفي، ولا يبن لك توحيدك إلا إذا خرجت عنك

“Setiap kamu (samada zat, sifat dan perbuatan kamu) merupakan syirik yang tersembunyi (jika merasai wujud kamu tersebut secara tersendiri/ bebas dari pengaruh Allah). Tidak akan terzahir tauhid kamu (bahawa kamu dari-Nya), melainkan setelah kamu keluar dari diri kamu (tiada lagi menisbahkan apa yang terzahir dari diri kamu kepada diri kamu kerana hakikatnya adalah dari-Nya melalui diri kamu dengan pengaruh dan perbuatan-Nya)

DUNIA DAN PENCINTANYA

Alkisah. Ada seorang anak laki-laki berkata kepada bapaknya: “Ayah, saya ingin menikahi seorang gadis yang pernah saya lihat, dan saya suka kecantikan dan pesona matanya”. Bapaknya dengan suka cita dan bahagia bertanya: “Tinggal dimana gadis itu wahai anakku? Biar nanti bapak yang melamarnya untukmu”. Pergilah keduanya menemui gadis tersebut. 

KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.  Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa. Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti. 

INSAN KAMIL

Insan Kamil artinya adalah manusia sempurna, berasal dari kata 'Al-Insan' yang berarti manusia dan 'Al-Kamil' yang berarti sempurna. Konsep filosofi ini pertama kali muncul dari gagasan tokoh Sufi Ibnu Arabi. Oleh Abdul Karim bin Ibrahim al-Jili (1365-1428 M), pengikutnya, gagasan ini dikembangkan menjadi bagian dari renungan mistis yang bercorak Tasawuf filosofis.  Al-Jili merumuskan Insan Kamil ini dengan merujuk pada diri Nabi Muhammad Saw sebagai satu contoh manusia ideal. 

SEBAB UTAMA KESOMBONGAN MANUSIA

Allah swt menciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Namun tak sepatutnya manusia menyombongkan diri dengan sedikit kelebihan yang di anugerahkan Allah swt kepadanya. Orang yang sombong itu memandang dirinya lebih hebat, lebih sempurna dibandingkan orang lain dan memandang orang lain hina, rendah dan lain sebagainya. Rasulullah saw telah menjelaskan hakikat kesombongan dalam hadis:

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (HR. Muslim).

APA ITU PETUNJUK

Kita biasa mendengar bahawa PETUNJUK itu ialah Hidayah ya Allah berikan kpd hambaNya yang ingin bertaubat dan ini adalah petunjuk yang bermanfaat. Pun begitu, sebenarnya setiap gerak-geri makhluk ini tidak lepas daripada petunjuk Allah. Petunjuk itu terbahagi kepada 4 bahagian, dan jika diperhatikan setiap ayat yg digunakan sebagai dalil bagi setiap bahagian ini adalah menggunakan perkataan ‘huuda’: 

1) Petunjuk yg diberikan oleh Allah utk makhlukNya mendapat kebaikan dan manfaat dunia. Ini termasuk lah petunjuk kpd manusia dan haiwan, baik Mukmin mahupun kafir. Ini bersesuaian dgn firman Allah yang bermaksud: “Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk2Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya).” (al-A’laa:3). Dan lagi Allah ada menyebut maksudnya: “Nabi Musa menjawab: “Tuhan kami ialah yg telah memberikan kpd tiap-tiap sesuatu: kejadian semula jadinya yg sesuai dgnnya, kemudian Ia memberi petunjuk kpdnya akan cara menggunakannya.” (Taha:50)