Monday, January 11, 2016

HAKIKAT YANG DISEMBAH (SURAH AL IKHLAS)

Hakikat yang disembah tak tahu; tak boleh disebut – tak boleh kata – tak boleh difikir – tak boleh dikaji, Hakikat Yang Disembah!; tetapi ganti untuk kita nak sebut dipanggil DIA – hakikat yang disembah itu DIA, tapi hakikatnya tak tahu – namaNya Allah. Apabila sebut namaNya Allah ganti daripada DIA yaitu ganti daripada Hakikat Yang Disembah. Maka sekiranya kita nak pergi kepada semata-mata Zat, bahawa Allah itu AL – A’AHADU { Alllah Ahad); QUL – HUAllah - HU A’AHADUN { Allah ITU AHAD). Makna AHAD yaitu ia menunjukkan akan AhadiahNya.

HEBATNYA ZIKIR

Suatu hari Rasulullah s.a.w berkumpul bersama Para Sahabat. Lalu beliau bersabda: "Maukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari menginfakkan emas dan perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lalu kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?”

KALAM WALI

Kadang-kadang Allah memberitahu kepada waliNya tentang kesalahan seseorang lain, sama ada berkenaan perkataan, perbuatan, fikiran atau niat seseorang itu. Oleh itu Allah masukkan ke hati waliNya itu rasa ingin mempertahankan keAgungan dan keDaulatan Tuhannya, NabiNya dan agamaNya. Api kemarahan zahir dan batin mereka makin meluap-luap dengan perasaan hendak membela Tuhannya, NabiNya dan agamaNya.

ALLAH DAN MANUSIA

Mengikut Pandangan Syeikhul Akbar Ibnu 'Arabi Muhyiddin, Allah berfirman "Wahuwa maa'kum ainama kuntum" yang bemaksud; "Dia bersama kamu di mana saja kamu berada"(Kedudukan tempat tertentu bagi kita). Dia berkata kepada Nabi Musa dan Nabi Harun yang bermaksud; "Sesungguhnya Aku bersama kamu Mendengar dan Melihat".

ISI AL QURAN SELURUHNYA ADALAH TENTANG TAUHID

Imam IBNUL QAYYIM rah menjelaskan bahwasannya isi Al-Qur’an seluruhnya adalah tentang Tauhid. Maksudnya kerana isi di dalam Al-Qur’an menjelaskan hal-hal berikut: Berita tentang Allah, nama-nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya, dan perkataan-Nya. Ini termasuk Tauhidul ‘Ilmi al Khabari (termasuk di dalamnya terdapat Tauhid Rububiyah dan Asma’ wa Sifat). Seruan untuk beribadah hanyalah kepada Allah semata dan tiada yang mempersekutukan-Nya. Ini adalah 'Tauhidul Iraadi at Thalabi (Tauhid Uluhiyah).'

MENGAPA KITA TERHIJAB?

Dari Syarah Al-Hikam. “Sebenarnya, Allah Swt tertirai darimu semata-mata kerana sangat Maha DekatNya padamu.” (Ibnu Athaillah as-Sakandary)

Dalam syarahnya terhadap Al-Hikam, Syeikh Zarruq menegaskan, bahwa dekatnya Allah swt itu tidak dipahami sebagai dekatnya suatu benda dengan benda lain, atau dekatnya jarak, atau dekatnya sesuatu yang dikaitkan dengan yang lain. Kerana dekat semacam itu mustahil bagi Allah Swt. Yang dimaksud dengan dekatNya adalah kedekatan meliputiNya melalui sifat Ilmu, Qudrat dan IradatNya, selayaknya kemahabesaran dan kemahaindahanNya. Dan sudah nyata bahwa Qudrat dan IradatNya meliputi wujudnya hamba dan IlmuNya meliputi seluruh waktu dan gerak gerik hambaNya. Yang menggerakkan aktivitas dan mewujudkan makhluk adalah Dia, kerana itu Dialah yang Maha Dekat kepada makhliuk dibanding adanya makhluk itu sendiri.

SIFAT MA'ANI

Soalan: Mengapakah Sifat Ma'ani itu di katakan makhluk?

Jawapan: Di katakan Sifat Ma'ani itu makhluk ialah kerana maksud ma'ani itu ialah " berdiri sifat kepada Zat" atau sifat mengharapkan kepada Tuhan, dan yang mengharapkan kepada Tuhan itu tiada lain melainkan makhluk ataupun hamba.

TAWASUL DAN MANAQIB SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Memahami Makna Tawasul dan Manaqib: Acara Manaqib Syekh Abdul Qadir Al-Jailani sering kali dijumpai di pesantren dan halaqah-halaqah sufi di Nusantara. Jamaahnya bisa mencapai ribuan orang. Mereka datang untuk mendengarkan ceramah, mengalap berkah dan menimba ilmu, sambil berzikir dan munajat bersama guru-guru mereka. Namun, kerap kali, selalu ada saja segelintir orang yang mempertanyakan acara semacam ini. Mereka menganggapnya sebagai bid’ah.

CIRI-CIRI DALAM MAKRIFATULLAH

Seseorang dianggap makrifatullah (mengenal Allah) jika ia telah mengenali:

1. Asma’ (Nama) Allah
2. Sifat Allah dan
3. Af’al (perbuatan) Allah, yang terlihat dalam ciptaan dan tersebar dalam kehidupan alam ini.

RENUNGILAH ALAM DAN LIHATLAH ALLAH DENGAN MATA BATINMU

Oleh: Ustaz Iqbal Zain

"Allah memerintahkanmu di dunia ini untuk merenungkan ciptaan-Nya dan di akhirat Dia akan menyingkapkan kesempurnaan Dzat-Nya untukmu.” (Syekh Ibnu Atha'illah dalam Al-Hikam). Sahabatku, Allah telah memerintahkan kita di dunia ini untuk memperhatikan, merenungkan dan memikirkan secara mendalam ciptaan-Nya, dengan mata batin kita bahawa engkau melihat-Nya tampak disetiap martabat wujud.